.

.

Senin, 05 Maret 2012

SYECH MUHAMMAD AT-TAMIMI ( HAKIKAT ILMU RUHANI )

Pengertian Ilmu Rohani, Ilmu Tasawuf, Ilmu Hakikat adalah Satu

BAB 1 : ILMU ROHANI

Sebenarnya ilmu rohaniah itu adalah ilmu tasawuf atau dikatakan juga sebagai ilmu hakikat atau ilmu batin. Mengapa ilmu ini dikatakan ilmu rohani? Ini kerana perbahasannya adalah mengenai roh.

Mengapa pula ia juga dikatakan ilmu tasawuf? Jika kita lihat perbincangan para ulama termasuk ulama moden, perkataan tasawuf itu diambil daripada bermacam-macam perkataan. Tetapi di sini saya hanya memilih salah satu daripadanya iaitu dari perkataan syifak’ ( ) bermakna bersih atau murni. Tegasnya, ilmu tasawuf itu adalah ilmu bagaimana hendak membersihkan atau memurnikan roh (hati) atau nafsu. Agar dari dorongan hati yang bersih itu dapat membersihkan pula anggota lahir daripada melakukan kemungkaran dan kesalahan.

Oleh itu, ilmu tasawuf itu adalah ilmu mengenai cara-cara membersihkan lahir dan batin daripada dosa dan kesalahan. Bahkan kesalahan lahir ini berpuncak dari kesalahan batin. Dosa lahir ini berlaku setelah berlakunya dosa batin. Maka sebab itulah ia dikatakan ilmu tasawuf. Kenapa pula ilmu ini juga dikatakan ilmu batin? Ini kerana roh atau hati memang tidak dapat dilihat oleh mata kepala. Ia adalah makhluk yang tersembunyi. Maka ilmu ini dinamakan ilmu batin kerana ia membahaskan tentang hati dan sifat-sifatnya yang memang tidak dapat dilihat dengan mata lahir tapi dapat dilihat oleh mata batin.

Mengikut pandangan umum masyarakat sekarang, bila disebut ilmu batin, mereka menganggap itu adalah ilmu pengasih atau ilmu kebal. Orang yang belajar ilmu batin bermakna dia belajar ilmu kebal atau belajar ilmu pengasih. Sebenarnya orang itu belajar ilmu kebudayaan Melayu, yang mana ilmu itu ada dicampur dengan ayat-ayat Al Quran. Kebal juga adalah satu juzuk daripada kebudayaan orang Melayu yang sudah disandarkan dengan Islam. Kalau kita hendak mempelajarinya tidak salah jika tidak ada unsur-unsur syirik. Tetapi itu bukan ilmu tasawuf atau ilmu kerohanian seperti apa yang kita bahaskan di sini.

Adakalanya ilmu tasawuf dipanggil juga ilmu hakikat. Ini kerana hakikat manusia itu yang sebenarnya adalah rohnya. Yang menjadikan manusia itu hidup dan berfungsi adalah rohnya. Yang menjadikan mereka mukalaf disebabkan adanya roh. Yang merasa senang dan susah adalah rohnya. Yang akan ditanya di Akhirat adalah rohnya. Hati atau roh itu tidak mati sewaktu jasad manusia mati. Cuma ia berpindah ke alam Barzakh dan terus ke Akhirat.

Jadi hakikat manusia itu adalah roh. Roh itulah yang kekal. Sebab itu ia dikatakan ilmu hakikat. Oleh yang demikian apabila kita mempelajari sungguh-sungguh ilmu rohani ini hingga kita berjaya membersihkan hati, waktu itu yang hanya kita miliki adalah sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat terpuji. Sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat terkeji sudah tidak ada lagi.

Maka jadilah kita orang yang bertaqwa yang akan diberi bantuan oleh Allah SWT di dunia dan Akhirat. Kebersihan hati inilah yang akan menjadi pandangan Allah. Maksudnya, bila hati bersih, sembahyangnya diterima oleh Allah SWT. Bila hati bersih, puasanya diterima oleh Allah. Bila hati bersih, perjuangannya diterima oleh Allah. Bila hati bersih, wirid dan zikirnya diterima oleh Allah.

Bila hati bersih, pengorbanannya diterima oleh Allah. Tetapi bila hati tidak bersih, seluruh amalan lahirnya tidak akan diterima. Itulah yang dimaksudkan di dalam ajaran Islam bahawa walaupun kedua-dua amalan lahir dan amalan batin diperintahkan melaksanakannya tetapi penilaiannya adalah amalan roh atau hatinya. Ini sesuai dengan Hadis yang
bermaksud:

“Cukup sembahyang sunat dua rakaat daripada hati yang bertaqwa.”

Maknanya dua rakaat sembahyang seorang yang bertaqwa itu lebih baik daripada seorang yang banyak sembahyang tetapi hati masih kotor. Selain sembahyang itu diterima, dua rakaat sembahyang dari hati yang bertaqwa itu akan memberi kesan kepada kehidupan seseorang itu. Sembahyangnya itu boleh mencegah dirinya dari berbuat kemungkaran dan kemaksiatan, lahir dan batin.

Berdasarkan Hadis di atas, kita cukup bimbang kerana selama ini kita telah mengerjakan sembahyang, sudah lama berjuang, sedikit sebanyak sudah berkorban, sudah habiskan masa untuk berdakwah, sembahyang berjemaah, ikut jemaah Islamiah, yang mana ini semua adalah amalan lahir, rupa-rupanya Allah tidak terima semua amalan itu disebabkan hati kita masih kotor. Roh kita masih tidak bersih.

Oleh itu dalam kita menunaikan kewajipan yang lahir ini, jangan lupa kita memikirkan roh kita. Kerana roh yang kotor itulah yang akan mencacatkan amalan lahir, mencacatkan sembahyang, mencacatkan segala ibadah dan mencacatkan pahala seluruh kebaikan kita.
Cuba renung kembali Hadis yang pernah diucapkan oleh Rasulullah SAW kepada Sayidina Muaz bin Jabal. (Hadis lengkap - lihat Bab 15)

Orang yang banyak amal ibadah, di langit yang pertama sudah tercampak amalannya. Kalaupun boleh naik, di langit yang kedua pula tersekat. Begitulah seterusnya di pintu-pintu langit yang lain hingga sampai ke pintu langit yang ketujuh, tersangkut lagi. Itu bagi orang yang beramal, masih tertolak amalannya. Bagaimana agaknya kalau orang yang tidak beramal langsung?

Mengapa amalan lahir itu tersangkut? Tersangkutnya amalan itu kerana ia ada hubungan dengan penyakit batin atau roh (hati) kita yang masih kotor. Orang yang mengumpat umpamanya, kerana hatinya sakit. Walaupun mengumpat itu nampaknya amalan lahir, mulutnya yang bercakap tetapi ia datang dari hati yang kotor. Sebenarnya hati itulah yang mengumpat. Hasad dengki, riyak, kibir, sombong dan sebagainya, itu semua amalan hati. Rupa-rupanya yang menghijab amalan lahir ini adalah mazmumah hati. Amalan hati (roh) ini hendaklah dijaga kerana mazmumah hati inilah yang membatalkan pahala amalan-amalan lahir.

Ditegaskan sekali lagi, ilmu rohani adalah ilmu yang mengesan tabiat roh atau hati sama ada yang mazmumah atau mahmudahnya. Bukan untuk mengetahui hakikat zat roh itu sendiri. Hakikat roh itu sendiri tidak akan dapat dijangkau oleh mata kepala atau tidak akan dapat dibahaskan. Tetapi apa yang hendak dibahaskan adalah sifat-sifatnya sahaja supaya kita dapat mengenal sifat-sifat roh atau hati kita yang semula jadi itu.

Mana-mana yang mahmudahnya (positif) hendak dipersuburkan dan dipertajamkan. Kita pertahankannya kerana itu adalah diperintah oleh syariat, diperintah oleh Allah dan Rasul dan digemari oleh manusia. Mana-mana yang mazmumahnya (negatif) hendaklah ditumpaskan kerana sifat-sifat negatif itu dimurkai oleh Allah dan Rasul serta juga dibenci oleh manusia.

Oleh yang demikian, sesiapa yang memiliki ilmu tentang roh ini, mudahlah dia mengesan sifat-sifat semula jadi yang ada pada roh itu. Mahmudahnya dapat disuburkan dan yang mazmumahnya dapat ditumpaskan. Maka jadilah roh atau hati seseorang itu bersih dan murni.

Sedangkan hati adalah raja dalam kerajaan diri. Bila raja dalam kerajaan diri ini sudah bersih, baik, adil, takut kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul, maka sudah tentu dia akan mendorong rakyat dalam dirinya iaitu anggota (jawarih) ini untuk tunduk dan patuh kepada Allah. Mudah untuk membangunkan syariat dan Sunnah Rasulullah SAW serta mudah berbuat bermacam-macam bentuk kebaikan lagi.

Maka kebaikan anggota lahir inilah yang merupakan buah daripada kebersihan jiwa itu sendiri. Jadi kebersihan jiwa itulah pokok yang melahirkan kebaikan kepada tangan, mulut, mata, telinga, kaki dan seluruh tindakan lahir kita ini. Maka bila roh sudah baik, akan jadi baiklah seluruh lahir dan batin manusia. Bila baik lahir batin manusia, dia akan menjadi orang yang bertaqwa.

Bila dia telah menjadi orang yang bertaqwa, maka dia dapat pembelaan dari Allah sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Selagi belum menjadi manusia yang bertaqwa, tidak ada jaminan dari Allah akan dibela sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Kalau sekadar menjadi orang Islam, tidak ada jaminan dari Allah untuk dibela.

Dalam Al Quran, Allah tidak mengatakan akan membela orang Islam. Tidak ada satu ayat pun yang Allah berjanji hendak membantu orang Islam. Tetapi yang ada dalam ayat Al Quran mahupun dalam Hadis, Allah hanya membantu orang-orang mukmin yang bertaqwa. Jadi bila jiwa sudah bersih, maka akan bersih lahir dan batin, maknanya orang itu sudah memiliki sifatsifat taqwa. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam Al Quran:

Maksudnya: “Hendaklah kamu berbekal. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa.” (Al Baqarah: 197)
Bila seseorang itu sudah dapat berbekal dengan sifat-sifat taqwa, maka dia akan dapat pembelaan dari Allah SWT. Pembelaan di dunia mahupun di Akhirat. Sebenarnya, di sinilah rahsia kejayaan dan kemenangan umat Islam. Juga rahsia kehebatan umat Islam hingga berjaya menumpaskan musuh-musuhnya sama ada musuh lahir mahupun musuh batin.

 Ilmu rohaniyyah atau ilmu ruhani adalah ilmu mengenai roh. Yakni ia mengkaji, memerhati, mengesan dan menilai tentang perjalanan roh. Perkataan rohaniyyah itu berasal daripada perkataan ‘ruhun’ ( ). Apakah yang dikatakan roh itu? Untuk mencari jawabannya marilah bersama-sama kita mengembara ke alam rohani ini, dengan izin Allah SWT. Moga-moga saudara-saudari juga turut sama dapat memahaminya melalui pengembaraan kerohanian ini. Untuk itu mari kita kenali apa itu roh. Roh terbagi menjadi dua yaitu:

1.Ruhul hayah
terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian ahli biologi atau para saintis, pokok-pokok kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat seperti batu, kayu dan sebagainya.

2. Ruhul Tamyiz
Ruhul tamyiz (ruhul amri) lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak wujud pada binatang tetapi hanya wujud pada manusia, malaikat dan jin. Dengan adanya roh tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yang mukalaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperintahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri itu tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada ruhul hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yang membolehkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat. Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan membangunkan syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dari Allah SWT.

Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang mesti bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya ruhul tamyiz ini.

Roh tamyiz terkenal dengan sebutan akal. Hadis ada meriwayatkan:
Maksudnya: “Ketika Allah menciptakan akal, Dia memanggil akal itu dan akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia. Kemudian Allah berfirman kepada akal: ‘Demi kebesaran dan kemuliaan-Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku sayangi daripada kamu. Dan tidak Aku sempurnakan kamu melainkan pada orang yang Aku cintai. Kepadamulah Aku akan menyuruh, melarang dan menyeksa serta memberi pahala’.” (Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad)

Inilah yang membezakan antara manusia, jin dan malaikat dengan lain-lain makhluk yang hanya semata-mata ada ruhul hayah. Umpamanya binatang, ia tidak mukalaf. Sebab itu pada binatang walaupun ia berbuat baik, tidak diberi pahala. Ia berbuat jahat pun tidak berdosa. Maka bila mati mereka jadi tanah. Ke Syurga tidak, ke Neraka pun tidak.

Tetapi ketiga-tiga makhluk ini yakni manusia, jin dan malaikat, oleh kerana memiliki akal atau ruhul amri maka mereka akan dibalas sama ada ke Syurga dengan rahmat-Nya atau ke Neraka dengan keadilan-Nya. Kalau mereka berbuat baik akan diberi pahala. Sebaliknya bila berbuat jahat, mereka berdosa dan akan dicampakkan ke Neraka. Selama ini kita mungkin jarang mendengar tentang istilah roh tamyiz ini. Mungkin kita hanya biasa mendengar tentang istilah roh atau ruhul hayah sahaja.

Ruhul hayah yang ada pada binatang, manusia, malaikat dan jin, kiranya ia keluar dari badan, mereka akan mati. Kalau ia keluar dari malaikat, malaikat akan mati. Begitu juga kalau ia keluar dari jin, jin akan mati. Kalau ia keluar dari haiwan, haiwan itu juga akan mati. Kerana ruhul hayah ini menjadi penyebab pada manusia dan lain-lain makhluk itu hidup.

Manakala roh tamyiz pula, kalau ia keluar dari badan manusia, manusia tidak akan mati. Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain. Mungkin dapat melihat alam malakut, dapat melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib, dapat melihat alam kubur, dapat melihat alam Akhirat, dapat melihat alam jin, dapat melihat alam malaikat, alam yang seni-seni (alam mawaraa-ul maddah - ) iaitu dapat melihat alam di luar material (kebendaan) ini dengan izin Allah.

Ini yang berlaku apabila roh tamyiz keluar dari jasad sama ada keluar di waktu kita tidur atau secara jaga. Kiranya roh tamyiz itu keluar di waktu seseorang itu sedang tidur, dia akan dapat mimpi. Bila ia jumpa roh yang suci, seseorang itu akan dapat mimpi yang baik-baik. Tetapi apabila roh tamyiz itu bertemu dengan ruhul khabitah (roh yang jahat) ia akan berjumpa dengan jin yang jahat, syaitan, iblis atau benda-benda yang menakutkan.

Jika ruhul tamyiz ini keluar di waktu jaga, secara yakazah, dia akan dikasyafkan iaitu tabir yang bersifat maddiah dibuka atau diangkat. Ia akan dapat melihat alam malaikat, alam jin, alam kubur, dapat membaca hati orang dan Allah memperlihatkan hakikat manusia itu sendiri atau melihat benda-benda yang jauh darinya seperti manusia lain yang tidak semajlis dengannya.

Mungkin manusia yang dilihatnya itu berada di jarak ratusan atau ribuan batu darinya. Apa yang ada pada manusia itu, bagaimana perangai manusia itu, begitulah yang akan dilihat oleh roh. Itulah kelebihan ruhul tamyiz dengan kuasa Allah. Tetapi ruhul hayah itu bila keluar dari badan mana-mana makhluk, maka makhluk itu akan mati.
Perlu dijelaskan lagi:

1. Malaikat ada roh, ada akal tetapi tidak ada nafsu. Dia mukalaf yang taat atau tabiat makhluknya taat, patuh dan tidak pernah ingkar. Seperti yang disebutkan di dalam Al Quran:

Maksudnya: (Malaikat itu) tidak pernah menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim: 6)

2. Binatang ada roh, ada nafsu tetapi tidak ada akal dan tidak mukalaf. Tidak dipertanggungjawabkan syariat kepada mereka. Bila mati jadi tanah. Tidak ke Syurga dan tidak ke Neraka.

3. Manusia ada roh, ada nafsu dan ada akal. Ertinya, ada ketiga-tiga sekali. Kalau diasuh, dididik dan dibersihkan hatinya, ia akan berwatak malaikat yang berupa manusia. Bila tidak dididik dan diasuh atau tidak dibersihkan hatinya, dia akan jadi watak binatang atau watak syaitan yang berupa manusia.

Sebenarnya ilmu rohaniah itu adalah ilmu tasawuf atau dikatakan juga sebagai ilmu hakikat atau ilmu batin. Mengapa ilmu ini dikatakan ilmu rohani? Ini kerana perbahasannya adalah mengenai roh.
Mengapa pula ia juga dikatakan ilmu tasawuf? Jika kita lihat perbincangan para ulama termasuk ulama moden, perkataan tasawuf itu diambil daripada bermacam-macam perkataan. Tetapi di sini saya hanya memilih salah satu daripadanya iaitu dari perkataan syifak’ ( ) bermakna bersih atau murni. Tegasnya, ilmu tasawuf itu adalah ilmu bagaimana hendak membersihkan atau memurnikan roh (hati) atau nafsu. Agar dari dorongan hati yang bersih itu dapat membersihkan pula anggota lahir daripada melakukan kemungkaran dan kesalahan.

Oleh itu, ilmu tasawuf itu adalah ilmu mengenai cara-cara membersihkan lahir dan batin daripada dosa dan kesalahan. Bahkan kesalahan lahir ini berpuncak dari kesalahan batin. Dosa lahir ini berlaku setelah berlakunya dosa batin. Maka sebab itulah ia dikatakan ilmu tasawuf.
Kenapa pula ilmu ini juga dikatakan ilmu batin? Ini kerana roh atau hati memang tidak dapat dilihat oleh mata kepala. Ia adalah makhluk yang tersembunyi. Maka ilmu ini dinamakan ilmu batin kerana ia membahaskan tentang hati dan sifat-sifatnya yang memang tidak dapat dilihat dengan mata lahir tapi dapat dilihat oleh mata batin.

Mengikut pandangan umum masyarakat sekarang, bila disebut ilmu batin, mereka menganggap itu adalah ilmu pengasih atau ilmu kebal. Orang yang belajar ilmu batin bermakna dia belajar ilmu kebal atau belajar ilmu pengasih. Sebenarnya orang itu belajar ilmu kebudayaan Melayu, yang mana ilmu itu ada dicampur dengan ayat-ayat Al Quran. Kebal juga adalah satu juzuk daripada kebudayaan orang Melayu yang sudah disandarkan dengan Islam. Kalau kita hendak mempelajarinya tidak salah jika tidak ada unsur-unsur syirik. Tetapi itu bukan ilmu tasawuf atau ilmu kerohanian seperti apa yang kita bahaskan di sini.

Adakalanya ilmu tasawuf dipanggil juga ilmu hakikat. Ini kerana hakikat manusia itu yang sebenarnya adalah rohnya. Yang menjadikan manusia itu hidup dan berfungsi adalah rohnya. Yang menjadikan mereka mukalaf disebabkan adanya roh. Yang merasa senang dan susah adalah rohnya. Yang akan ditanya di Akhirat adalah rohnya. Hati atau roh itu tidak mati sewaktu jasad manusia mati. Cuma ia berpindah ke alam Barzakh dan terus ke Akhirat.

Jadi hakikat manusia itu adalah roh. Roh itulah yang kekal. Sebab itu ia dikatakan ilmu hakikat. Oleh yang demikian apabila kita mempelajari sungguh-sungguh ilmu rohani ini hingga kita berjaya membersihkan hati, waktu itu yang hanya kita miliki adalah sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat terpuji. Sifat-sifat mazmumah iaitu sifat-sifat terkeji sudah tidak ada lagi.

Maka jadilah kita orang yang bertaqwa yang akan diberi bantuan oleh Allah SWT di dunia dan Akhirat. Kebersihan hati inilah yang akan menjadi pandangan Allah. Maksudnya, bila hati bersih, sembahyangnya diterima oleh Allah SWT. Bila hati bersih, puasanya diterima oleh Allah. Bila hati bersih, perjuangannya diterima oleh Allah.

Bila hati bersih, wirid dan zikirnya diterima oleh Allah. Bila hati bersih, pengorbanannya diterima oleh Allah. Tetapi bila hati tidak bersih, seluruh amalan lahirnya tidak akan diterima. Itulah yang dimaksudkan di dalam ajaran Islam bahawa walaupun kedua-dua amalan lahir dan amalan batin diperintahkan melaksanakannya tetapi penilaiannya adalah amalan roh atau hatinya. Ini sesuai dengan Hadis yang
bermaksud:

“Cukup sembahyang sunat dua rakaat daripada hati yang bertaqwa.”

Maknanya dua rakaat sembahyang seorang yang bertaqwa itu lebih baik daripada seorang yang banyak sembahyang tetapi hati masih kotor. Selain sembahyang itu diterima, dua rakaat sembahyang dari hati yang bertaqwa itu akan memberi kesan kepada kehidupan seseorang itu. Sembahyangnya itu boleh mencegah dirinya dari berbuat kemungkaran dan kemaksiatan, lahir dan batin.

Berdasarkan Hadis di atas, kita cukup bimbang kerana selama ini kita telah mengerjakan sembahyang, sudah lama berjuang, sedikit sebanyak sudah berkorban, sudah habiskan masa untuk berdakwah, sembahyang berjemaah, ikut jemaah Islamiah, yang mana ini semua adalah amalan lahir, rupa-rupanya Allah tidak terima semua amalan itu disebabkan hati kita masih kotor. Roh kita masih tidak bersih.

Oleh itu dalam kita menunaikan kewajipan yang lahir ini, jangan lupa kita memikirkan roh kita. Kerana roh yang kotor itulah yang akan mencacatkan amalan lahir, mencacatkan sembahyang, mencacatkan segala ibadah dan mencacatkan pahala seluruh kebaikan kita.
Cuba renung kembali Hadis yang pernah diucapkan oleh Rasulullah SAW kepada Sayidina Muaz bin Jabal. (Hadis lengkap - lihat Bab 15)

Orang yang banyak amal ibadah, di langit yang pertama sudah tercampak amalannya. Kalaupun boleh naik, di langit yang kedua pula tersekat. Begitulah seterusnya di pintu-pintu langit yang lain hingga sampai ke pintu langit yang ketujuh, tersangkut lagi. Itu bagi orang yang beramal, masih tertolak amalannya. Bagaimana agaknya kalau orang yang tidak beramal langsung?

Mengapa amalan lahir itu tersangkut? Tersangkutnya amalan itu kerana ia ada hubungan dengan penyakit batin atau roh (hati) kita yang masih kotor. Orang yang mengumpat umpamanya, kerana hatinya sakit. Walaupun mengumpat itu nampaknya amalan lahir, mulutnya yang bercakap tetapi ia datang dari hati yang kotor. Sebenarnya hati itulah yang mengumpat. Hasad dengki, riyak, kibir, sombong dan sebagainya, itu semua amalan hati. Rupa-rupanya yang menghijab amalan lahir ini adalah mazmumah hati. Amalan hati (roh) ini hendaklah dijaga kerana mazmumah hati inilah yang membatalkan pahala amalan-amalan lahir.

Ditegaskan sekali lagi, ilmu rohani adalah ilmu yang mengesan tabiat roh atau hati sama ada yang mazmumah atau mahmudahnya. Bukan untuk mengetahui hakikat zat roh itu sendiri. Hakikat roh itu sendiri tidak akan dapat dijangkau oleh mata kepala atau tidak akan dapat dibahaskan. Tetapi apa yang hendak dibahaskan adalah sifat-sifatnya sahaja supaya kita dapat mengenal sifat-sifat roh atau hati kita yang semula jadi itu. Mana-mana yang mahmudahnya (positif) hendak dipersuburkan dan dipertajamkan.

Kita pertahankannya kerana itu adalah diperintah oleh syariat, diperintah oleh Allah dan Rasul dan digemari oleh manusia. Mana-mana yang mazmumahnya (negatif) hendaklah ditumpaskan kerana sifat-sifat negatif itu dimurkai oleh Allah dan Rasul serta juga dibenci oleh manusia.

Oleh yang demikian, sesiapa yang memiliki ilmu tentang roh ini, mudahlah dia mengesan sifat-sifat semula jadi yang ada pada roh itu. Mahmudahnya dapat disuburkan dan yang mazmumahnya dapat ditumpaskan. Maka jadilah roh atau hati seseorang itu bersih dan murni.

Sedangkan hati adalah raja dalam kerajaan diri. Bila raja dalam kerajaan diri ini sudah bersih, baik, adil, takut kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul, maka sudah tentu dia akan mendorong rakyat dalam dirinya iaitu anggota (jawarih) ini untuk tunduk dan patuh kepada Allah. Mudah untuk membangunkan syariat dan Sunnah Rasulullah SAW serta mudah berbuat bermacam-macam bentuk kebaikan lagi.

Maka kebaikan anggota lahir inilah yang merupakan buah daripada kebersihan jiwa itu sendiri. Jadi kebersihan jiwa itulah pokok yang melahirkan kebaikan kepada tangan, mulut, mata, telinga, kaki dan seluruh tindakan lahir kita ini. Maka bila roh sudah baik, akan jadi baiklah seluruh lahir dan batin manusia. Bila baik lahir batin manusia, dia akan menjadi orang yang bertaqwa.

Bila dia telah menjadi orang yang bertaqwa, maka dia dapat pembelaan dari Allah sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Selagi belum menjadi manusia yang bertaqwa, tidak ada jaminan dari Allah akan dibela sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Kalau sekadar menjadi orang Islam, tidak ada jaminan dari Allah untuk dibela.

Dalam Al Quran, Allah tidak mengatakan akan membela orang Islam. Tidak ada satu ayat pun yang Allah berjanji hendak membantu orang Islam. Tetapi yang ada dalam ayat Al Quran mahupun dalam Hadis, Allah hanya membantu orang-orang mukmin yang bertaqwa. Jadi bila jiwa sudah bersih, maka akan bersih lahir dan batin, maknanya orang itu sudah memiliki sifatsifat taqwa. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam Al Quran:

Maksudnya: “Hendaklah kamu berbekal. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa.” (Al Baqarah: 197)
Bila seseorang itu sudah dapat berbekal dengan sifat-sifat taqwa, maka dia akan dapat pembelaan dari Allah SWT. Pembelaan di dunia mahupun di Akhirat. Sebenarnya, di sinilah rahsia kejayaan dan kemenangan umat Islam. Juga rahsia kehebatan umat Islam hingga berjaya menumpaskan musuh-musuhnya sama ada musuh lahir mahupun musuh batin.




BAB 2: NAMA DAN BENTUK RUH

Di sini kita akan membincangkan tentang ruhul amri (hati) yakni perbahasan secara terhurai dan terperinci tentang perjalanan ruhul tamyiz atau ruhul amri atau qalbun (hati). Iaitu roh yang membedakan antara manusia, jin dan malaikat dengan haiwan.

Setelah dikaji dalam kitab-kitab Islam, di dapati ada bermacam-macam nama atau istilah roh yang diberi oleh ulama. Bahkan dalam Al Quran kalau kita lihat ada bermacam-macam nama. Antara yang terkenal ialah roh. Adakalanya ia dipanggil dengan qalbun ( ) - hati, fuaadun ( ) - hati sanubari, latifatur-rabbaniah ( ) atau ruhul amri ( ). Pada orang Melayu ia juga dipanggil hati, nyawa, hati nurani atau hati sanubari. Tetapi yang terkenalnya adalah roh saja.

Roh yang sedang kita perkatakan ini, kalau dia berperasaan seperti sedih, gembira, senang, terhibur, marah atau sebagainya, maka ia dipanggil dengan roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak, berkemahuan atau merangsang sama ada sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal ataupun yang haram, di waktu itu ia tidak dipanggil roh, hati atau nyawa lagi. Tetapi ia dipanggil nafsu. Kalau di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik, maka ia dipanggil akal.

Kalau begitu huraiannya, maka nafsu, roh atau akal ini hakikatnya adalah satu. Ia dipanggil akal di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai, memerhati dan menyelidik. Walhal bila berperasaan, ia tidak dipanggil akal lagi, sebaliknya ia dipanggil roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak, berkemahuan atau merangsang sama ada sesuatu yang berkehendak itu positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal ataupun yang haram, di waktu itu ia dipanggil nafsu.

Kalau begitu walaupun ia mempunyai tiga nama atau tiga istilah tetapi hakikatnya adalah satu. Benda yang sama juga. Cuma peranannya saja yang tidak sama. Peranan yang tidak sama itulah yang menjadikan namanya tidak sama atau namanya berlainan.

Untuk mudah difahami begini kiasannya: manusia bila dia berbohong dinamakan pembohong. Bila dia menipu dinamakan penipu. Tetapi bila dia mencuri dinamakan pencuri. Bila dia memimpin dipanggil pemimpin. Dinamakan pembohong, penipu, pencuri dan pemimpin, hakikatnya adalah orang yang sama. Cuma namanya berbeza bila peranannya bertukar. Kenapa fizikal yang sama boleh timbul istilah yang berlainan? Ini kerana peranannya tidak sama. Apakah bila namanya berlainan, orangnya berlainan? Tidak! Orang yang sama juga.

Perlu diingat, bila kita membicarakan tentang roh ini, bukannya pula kita hendak mengkaji hakikat roh atau mengkaji ain ataupun mengkaji hakikat zat roh itu. Kerana zat atau hakikat roh itu tidak akan dapat dilihat oleh mata kepala. Kerana ia adalah jismullatif ( ), yakni benda halus yang bersifat maknawiah atau abstrak. Iaitu tidak dapat dilihat oleh mata kepala tetapi terasa akan adanya. Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang roh. Hendaklah engkau katakan kepada mereka, ‘Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku’...” (Al Israk: 85)

Daripada ayat ini dapatlah kita faham bahawa hakikat roh itu tidak akan dapat dijangkau oleh mata kepala. Zat roh itu tidak akan dapat difikirkan oleh akal. Kita tidak tahu bagaimana rupanya. Sebab tidak dapat dilihat oleh mata kepala. Tetapi terasa oleh hati akan adanya. Maka oleh yang demikian, hakikat roh itu tidak dapat difikirkan oleh akal bagaimana rupanya, bagaimana bentuknya, berapa tebal atau panjangnya. Ia tidak dapat dibayangkan. Hanya Allah yang tahu dan tidak ada makhluk yang tahu.

Walaupun Allah berkata hakikat roh atau zat roh tidak dapat diketahui dan tidak dapat dijangkau oleh akal dan mata kepala, namun ada juga ulama-ulama yang berijtihad tentangnya. Antaranya ialah Imam Malik. Beliau pernah berkata: “Roh manusia itu sama saja bentuknya dengan jasad lahirnya.”

Kalau diambil ijtihad Imam Malik itu, ertinya rupa roh kita ialah macam rupa bentuk badan lahir kita. Ini juga memberi erti bahawa walaupun Allah berkata roh itu adalah urusan-Nya, iaitu hakikat roh itu Allah saja yang tahu dan makhluk lain tidak mengetahuinya, tetapi tidak pula ada larangan dari Allah kalau ada sesiapa yang ingin berijtihad untuk mengkajinya.

Bagi sesetengah orang, mungkin Allah beri ilmu yang men25 dalam tentang hal ini sehingga dia dapat menjangkaunya. Oleh itu maksud ayat Al Quran yang menyatakan ‘roh itu adalah urusan Tuhanku’, Allah bermaksud kebanyakan manusia tidak dapat mengetahuinya tetapi tidak pula menolak kalau ada orang-orang yang tertentu secara khusus yang Allah beri ilmu tentang hakikat roh ini sehingga dapat menghuraikannya.

Mengikut pendapat saya boleh jadi juga Imam Malik memperkatakan hakikat roh ini bukan berdasarkan ijtihadnya saja tetapi juga berdasarkan kasyaf. Kalau berdasarkan ijtihad tidak mungkin akal beliau dapat menjangkaunya kerana roh itu jismullatif (tubuh halus). Ia adalah hati nurani yang bersifat maknawiah. Diibaratkan seperti cahaya. Bahkan cahaya, dapat juga dilihat tetapi cahaya yang ini tidak dapat dilihat atau ia jenis cahaya yang tersembunyi.

Bagaimana pula hendak diijtihadkan? Ijtihad itu dibuat pada benda-benda yang berketul atau benda yang dapat dilihat. Benda-benda yang boleh diraba dan dirasa. Tetapi roh, benda yang tidak boleh diraba, tidak boleh dirasa dan tidak boleh dilihat oleh mata kepala. Jadi bagaimana hendak diijtihadkan. Begitulah pandangan saya. Wallahu ‘alam.

Oleh itu atas dasar apakah roh seseorang itu seperti rupa bentuk lahirnya sebagaimana pendapat Imam Malik itu? Saya berpendapat Allah beri dia (Imam Malik) kasyaf. Allah perlihatkan roh itu. Roh yang jismullatif itu dibentukkan, dilihatkan macam rupa diri seseorang itu. Kalau begitu apa yang dimaksudkan oleh Al Quran bahawa tidak ada orang yang mengetahui hakikat roh itu melainkan Allah saja, itu adalah untuk orang awam. Manakala bagi orang yang khusus macam Imam Malik mungkin Allah beritahu padanya sebagai karamahnya.

Pendapat Imam Malik ini agak munasabah, boleh diterima dan agak rasional. Contohnya kita bermimpi melihat seseorang yang kita tidak pernah jumpa atau dengan orang yang pernah kita jumpa sama ada yang masih hidup mahupun sudah mati. Apa yang kita lihat dalam mimpi itu serupa dengan bentuk lahir orang itu. Sedangkan orang yang kita lihat dalam mimpi itu rohnya bukan orangnya. Mungkin waktu itu orang tersebut berada di rumah atau telah berada di alam Barzakh.

Jadi di waktu itu dia adalah roh. Roh bertemu dengan roh. Tetapi mengapa dalam mimpi kita roh orang itu serupa dengan dirinya? Sedangkan bukan berjumpa jasadnya tetapi rohnya. Ini membuktikan roh orang itu macam jasadnya juga. Jadi benarlah apa yang diijtihadkan oleh Imam Malik itu.

Begitu juga orang yang diyakazahkan melihat secara jaga orang yang sudah meninggal dunia. Contohnya melihat Rasulullah, melihat para ulama zaman dahulu atau sesiapa sahaja yang dia kenal. Dia melihat Rasulullah betul-betul macam Rasulullah. Atau dia melihat gurunya benar-benar macam gurunya, melihat ibu dan ayahnya serupa macam ibu dan ayahnya, tidak ada cacatnya.

Sedangkan mereka sudah mati. Waktu itu yang dilihat adalah rohnya. Ini juga membuktikan benarnya pendapat Imam Malik yang mana roh seseorang itu serupa dengan diri lahirnya.
Contoh lain, Rasulullah SAW sewaktu diisrak dan dimikrajkan telah ditemukan dengan roh para rasul dan para nabi. Rasulullah SAW lihat mereka sepertimana melihat jasad-jasad mereka. Ini juga merupakan bukti yang rasional bahawa roh seseorang itu sama rupanya dengan bentuk jasadnya.

Boleh jadi juga ayat Al Quran di atas itu bermaksud bahawa ayat itu khusus ditujukan kepada orang-orang kafir. Yakni mereka ini memang tidak memahami tentang perjalanan roh dan fungsinya. Allah SWT memberitahu kepada kekasih-Nya, Rasulullah SAW bahawa mereka tidak akan faham tentang hal ini. Kekufuran mereka itulah yang menghijabnya sepertimana huraian saya yang panjang lebar tentang hal ini di dalam Bab Mata Hati. Dikeranakan itulah menjadi penyebab mereka langsung tidak memahaminya.

Allah SWT tidak meminta Rasulullah SAW bersusah payah untuk pergi memahamkan orang-orang kafir itu tentang hal roh ini. Lantaran itulah dikatakan roh itu urusan Allah. Ini bukan pula bermaksud umat Islam pun turut sama dilarang mengkaji tentang roh. Bahkan umat Islam mesti memahaminya sungguhsungguh tentang perjalanan roh ini. Kalau tidak bagaimana pula hendak membaiki diri? Atau bagaimana hendak mengekalkan watak-watak kemanusiaannya dan bukan watak kebinatangannya.

Untuk ini kita wajib memahaminya serta menghayati watak- watak kemanusiaan itu. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan. Kerana hati manusia boleh menerima perintah suruh dan perintah larangan. Kerana itulah ia disebut ruhul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian, maka ia disebut ruhul hayah.




BAB 3 : SIFAT-SIFAT RUH

1. Sifat-sifat mahmudah
Contoh : Kasih Sayang, Rasa Simpati, Rasa Malu, Mencintai ilmu, dll
2. Sifat-sifat mazmumah
Contoh : Dendam (rasa tidak senang) dengki, iri hati, ujub, riya, sum'ah, tamak bakhil, sombong, pemarah dll.

Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya sensitif, selalu berubah- ubah, sekejap baik dan sekejap jahat. Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai dan sifatsifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak.
Sifat-sifat roh terbahagi kepada dua iaitu:
Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifatsifat yang baik) Sifat-sifat mazmumah (sifat negatif atau sifatsifat yang keji)
1. Sifat-sifat mahmudah
antaranya: a) jujur b) ikhlas c) tawadhuk d) amanah e) taubat f) sangka baik g) pemaaf h) pemurah i) syukur j) zuhud k) tolak ansur (timbang rasa) l) sabar m) redha n) berani o) lapang dada p) lemah lembut q) kasih sayang r) selalu ingat mati s) tawakal t) takut Allah

2. Sifat-sifat mazmumah
di antaranya:
riyak ujub sum’ah takabur atau sombong hasad dengki pemarah dendam bakhil penakut cinta dunia gila pangkat gila puji jahat sangka putus asa tamak
Kajian terhadap sifat-sifat mahmudah dan mazmumah ini sangat penting kerana dengan adanya ilmu ini memudahkan seseorang itu mengenal hakikat dirinya. Yakni, kenal sungguh tentang sifat batinnya. Bila sifat baik dan sifat jahat sudah dikenal pasti ada dalam diri seseorang itu maka tindakan yang perlu dilakukan ialah:
Sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) itu hendaklah kita pertahankan, suburkan, pertajamkan dan kekalkan kerana sifat-sifat ini dikehendaki dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul serta digemari oleh manusia seluruhnya, yang mana itulah bunga diri pada seseorang. Sifat-sifat yang terkeji (mazmumah) pula hendaklah ditumpaskan, dikikis, dibuang, dihapus dan dicabut. Ini perlu dilakukan melalui proses mujahadatun nafsi (melawan hawa nafsu). Yakni melalui latihan terus-menerus terhadap nafsu (riadatun nafsi). Wajib dicabut buang sifat-sifat keji ini kerana sifat-sifat ini sangat dibenci oleh Allah dan rasul serta dibenci oleh manusia seluruhnya.
Untuk mendapat akhlak yang baik (terpuji) macamlah proses mendapatkan buah yang baik dan manis. Ia didapati setelah ditanam daripada benih-benih yang baik dan manis. Begitulah juga untuk melahirkan perbuatan dan tindakan yang baik serta akhlak yang baik itu adalah dengan menanam benih-benih yang baik di dalam roh (hati). Yakni benih-benih sifat-sifat mahmudah seperti kasih sayang, rasa simpati, rasa malu, sukakan ilmu pengetahuan, pemurah, pemaaf, sabar dan lain-lain lagi.

Buah yang masam adalah hasil ditanam benih yang masam. Begitulah perbuatan atau tindakan yang buruk atau akhlak yang buruk (keji) adalah berpunca daripada ditanam benih-benih yang keji (mazmumah) di dalam roh (hati).

Adapun benih-benih mahmudah dan benih-benih mazmumah yang wujud dalam roh (hati) hanya dapat dikesan oleh mata hati yang dibantu oleh ilmu mengenainya. Bukan dengan mata kepala yang sifatnya tidak dapat menjangkau dan merasainya. Yakni roh melihat roh. Hanya roh yang dapat mengenali atau mengesan roh.

Ini bererti, mengesan sifat-sifat roh ini mestilah melalui kepekaan pandangan mata hati serta dibantu oleh ilmu. Perjalanan roh ini laju dan sentiasa berubah-ubah, sensitif dan berbolak-balik dari detik ke detik. Kalau kita tidak peka dalam mengesannya setiap saat, kita akan rugi. Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat yang baik bererti kita telah mengabaikan sifat-sifat roh yang baik atau perasaan-perasaan yang baik. Maka sifat baik tadi jadi tidak subur. Macam menanam pokok tanpa disiram air, tanpa diberi baja, tanpa dijaga, walaupun pokok itu boleh tumbuh tetapi daunnya kuning, kering, akhirnya mungkin mati. Yang baiknya, perlu ada guru mursyid yang memberi pimpinan atau didikan (yang dapat memimpin hati kita, asalkan kita sanggup mentaatinya).

Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat mazmumah (jahat) bererti kita biarkan mazmumah itu berada dalam diri. Dari hari ke hari mazmumah itu kian subur bersama suburnya jasad lahir. Akhirnya ia menguasai diri dan kehidupan kita. Ketidakpekaan tadi menyebabkan mazmumah itu tetap bersarang di dalam hati (roh), tidak ditumpaskan, dikikisbuangkan dan dicabut. Akhirnya hati yang jahat itu mendorong untuk melakukan perbuatan atau tindakan-tindakan jahat atau akhlak-akhlak jahat. Yang kerananya akan merosakkan pergaulan dan menerjunkan kita ke Neraka.

Bagaimanakah kaedah untuk mengesan kelajuan perubahan sifat-sifat roh yang sentiasa berubah-ubah dan berbolak-balik ini? Cara mengesan benih-benih sifat-sifat roh (hati) ialah roh melihat roh atau roh meneropong roh. Diteropong, dikaji dan diselidiki sebaik-baiknya dengan dibantu oleh ilmunya untuk memastikan di kala mana berlaku sifat-sifat yang baik dan di waktu mana berlaku sifat-sifat jahat. Bila didapati roh (hati) bersifat baik maka hendaklah disuburkan. Di waktu roh (hati) bersifat jahat maka dikekang dan dilawan, serta ditahan.


CONTOH SIFAT-SIFAT MAHMUDAH:

1. Sifat kasih sayang
Dengan pandangan mata hati (mata roh) kita akan dapat mengesan adanya benih kasih sayang dalam hati. Ia adalah fitrah semula jadi yang murni. Yakni hati terasa terhutang budi kepada orang yang membantu atau berjasa kepada kita. Mengikut istilah syariat dikatakan rasa syukur atau rasa hendak balas budi. Ini sifat baik (positif). Apabila didapati ada sifat-sifat ini dalam hati hendaklah disuburkan, dipertajamkan dan dikekalkan serta dilaksanakan supaya kita jadi orang yang berterima kasih pada manusia. Lebih-lebih lagi bersyukur kepada Allah kerana nikmat-Nya yang tidak pernah putus-putus.

Rasa kasih sayang ini diperintahkan oleh Allah dan Rasul. Rasulullah bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang tidak mengasihi sesama manusia maka dia tidak dikasihi Allah.” (Riwayat Tirmizi)
Hadis ini menyuruh kita untuk berkasih sayang. Ia mendorong kita untuk saling mengasihi antara manusia dan makhluk Allah yang lain. Suburkan dan tajamkan lagi sehingga matang bersama matangnya jasad lahir kita. Lakukan bermacam-macam cara untuk suburkan sifat kasih sayang ini.

2. Rasa simpati, timbang rasa atau tolak ansur
Benih rasa simpati atau timbang rasa ini dapat dikesan ada dalam hati bila berhadapan dengan orang yang mendapat kesusahan. Walaupun kita tidak dapat menolong dan membantunya tetapi secara automatik timbul rasa belas kasihan atau simpati itu. Setelah dikesan didapati ada sifat baik ini maka mestilah disuburkan dan dikekalkan. Ini supaya mendorong kita menolong orang yang susah atau sanggup bersusah payah untuk berkhidmat dan berbakti pada orang lain.
Syariat juga menyuruh kita bersimpati atau bertimbang rasa atau bertolak ansur pada orang. Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain.” (Riwayat Qudha’i dari Jabir)

3. Rasa malu
Benih rasa malu dapat dikesan wujudnya dalam hati, lebih-lebih lagi bila kita berbuat salah. Rasa malu bila orang lain tahu. Ini mesti disuburkan supaya dapat membendung kita daripada berbuat salah, sekalipun kesalahan-kesalahan dosa kecil, apatah lagi dosa besar. Ini juga mendorong kita segera bertaubat apabila bersalah. Seterusnya ia akan menyuburkan sifat jujur (berlaku benar), ikhlas dan amanah terhadap Allah dan Rasul serta manusia seluruhnya.

4. Rasa sukakan ilmu pengetahuan
Benih rasa sukakan ilmu pengetahuan dapat dikesan ada dalam hati bila ada perasaan ingin tahu, ingin pandai, ingin menyiasat, ingin memiliki ilmu sepertimana orang yang sudah ada ilmu, ingin amalkan, ingin membaca, mengkaji, menilai dan prihatin pada satu-satu perkara atau ingin mencari pengalaman sebanyak- banyaknya. Bila didapati benih sifat baik ini ada dalam hati maka suburkan dan dorong lagi supaya kecintaan kepada ilmu bertambah. Ini bersesuaian dengan perintah Allah dan Rasul-Nya. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.”
Maksudnya: “Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China, menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Ibnu Abdul Bar dari Anas)

Bertambahnya ilmu dan pengetahuan memberi kesan lahiriah yang baik pada akhlak dan perbuatan seseorang itu seperti berani, pandai, berwibawa, cakapnya bernas, hidup tidak buntu, kreatif dan lain-lain lagi.

Perlu diingat bahawa sifat-sifat yang baik yang disebut di atas tadi dan banyak lagi sifat-sifat mahmudah lainnya itu, ia wujud bersama dengan jasad lahir. Rasa-rasa itu semuanya tidak perlu dipelajari dan tidak ada guru yang mengajarinya. Ia adalah perasaan semula jadi yang murni yang ada dalam hati. Cuma waktu kecil ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa bersama dewasanya tubuh kasar.

Benih-benih sifat-sifat mahmudah tersebut mesti dikenal pasti dengan menggunakan teropong mata hati serta dibantu oleh ilmunya. Kemudian sifat-sifat baik ini hendaklah disuburkan, dipertajamkan dan didorong lagi supaya kita dapat mengekalkan sifat-sifat mahmudah itu dalam diri. Dengan itu lahirlah akhlak-akhlak yang baik, tindakan-tindakan yang mulia dan perbuatan-perbuatan yang terpuji dalam kehidupan kita.


CONTOH SIFAT-SIFAT MAZMUMAH:

1. Rasa tidak senang (berdendam)
Benih-benih mazmumah rasa tidak senang atau tidak redha atau berdendam dapat dikesan ada dalam hati di waktu kita diuji atau ditimpa bala. Sama ada ujian-ujian itu berbentuk lahiriah atau maknawiah (batiniah). Umpamanya:
Terasa tidak senang bila dikata nista, dihina, diumpat, difitnah. Hati rasa marah, rasa dendam, rasa ingin hinakan orang itu semula. Ini sangat merbahaya. Boleh mencetuskan pecah ukhwah, pecah belah, huru-hara dan pergaduhan dalam masyarakat. Terasa tidak senang atau menderita bila tidak ada duit, tidak ada pangkat atau harta. Terasa tidak senang bila diuji dengan sakit atau kematian orang yang dikasihi. Terasa tidak senang atau kecewa apabila orang-orang yang dikasihi membuat ragam atau tidak bertanggungjawab. Terasa tidak senang atau tidak redha dengan takdir Allah. Ini dapat dikesan bila kehendak-kehendak atau hajat-hajat hati tidak tercapai. Katalah kita hendak begian, dapat begian. Hendak banyak, dapat sikit. Hendak pandai, tidak pandai-pandai juga. Hendak pangkat, jawatan, pujian tapi tidak dapat-dapat. Barangkali kalau didorong sifat keji ini akan timbul bimbang terhadap masa depan. Hati makin susah sebelum susah yang sebenarnya menimpa. Misalnya hati merasa, “Bagaimana nanti kalau aku sakit? Bagaimana kalau aku miskin? Kalau aku tak kahwin? Kalau aku tak dapat anak? Kalau aku tak ada rumah? Kalau tak ada kebun selepas pencen? Dan macam-macam hajat yang tak tercapai.”

Bila rasa tidak senang ini disuburkan, ia boleh membawa kepada iri hati atau hasad dengki pada orang lain. Dia tidak akan senang melihat ada orang yang dapat lebih nikmat atau lebih senang daripadanya.

Setelah dikesan adanya rasa tidak senang atau tidak redha dengan ketentuan Allah ini mestilah dikikisbuangkan, ditumpas dan dicabut. Jika sifat-sifat ini tidak dibuang dan dibendung sebaliknya disuburkan, ia akan jadi lebih parah lagi. Dia sentiasa keluh-kesah atau gelisah bila berhadapan dengan sebarang ujian atau kesusahan. Ia menjadi seorang yang pemarah, pendendam, tidak senang dan putus asa hingga timbul akhlak-akhlak yang buruk atau perbuatan-perbuatan atau tindakan-tindakan yang buruk yang merosakkan dirinya dan masyarakat. Maka hilanglah kebahagiaan hidup.

Sebab itu dalam Islam disuruh redha dengan ketentuan Allah. Sifat tidak redha ini sangat dibenci Allah dan Rasul serta seluruh manusia. Untuk membendungnya ingatlah perintahperintah Allah SWT.
Firman-Nya dalam Al Quran:

Maksudnya: “Hendaklah kamu katakan semua itu datang daripada Allah.” (An Nisaa’: 78)

Maksudnya: “Janganlah kamu berputus asa daripada nikmat Allah.” (Yusuf: 87)
Ingatlah setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk, hakikatnya daripada Allah. Ia ada hikmahnya yang tersendiri, yang tersembunyi, untuk kebaikan dan manfaatnya pada diri kita kalau kita pandai menerimanya.

Sebenarnya ada rahsia yang kita tidak tahu. Mungkin kalau kita dapat apa yang kita kehendaki, kita tidak bersyukur. Tentulah ini berdosa. Boleh jadi ada orang lain pula yang hasad dengki dengan apa yang kita dapat itu. Bukankah itu membahayakan diri kita? Kalau kita sedar hakikat ini tentulah kita rasa bertuah dengan apa yang ada atau apa yang Allah berikan.

Walaupun tidak memenuhi hajat kita namun tidaklah sampai rasa tidak senang, yang mana bererti kita tidak senang dengan Allah, Tuhan yang Maha Adil itu. Bila rasa tidak senang ertinya kita kufur dengan nikmat. Itulah penzaliman terhadap diri yang kita lakukan setiap saat. Oleh itu sifat keji ini hendaklah dikikisbuangkan. Kalau tidak, ia akan menjadi dosa dan menerjunkan kita ke Neraka, wal’iyazubillah.

2. Rasa ujub
Benih rasa ujub ini dapat dikesan bila kita dapat nikmat lebih sama ada lebih ilmu, lebih pangkat, lebih harta, lebih cantik, lebih pandai, lebih bijak dan lain-lain kelebihan lagi. Waktu itu hati terasa istimewa, terasa hairankan diri. Bila didorong lagi sifat keji ini akan menjadi sifat riyak. Yakni timbul rasa ingin menunjuk-nunjuk. Seterusnya bila disuburkan lagi berubah kepada sifat keji yang lain pula iaitu sifat sombong. Yakni rasa bermegah-megah, rasa diri superman atau superwoman, rasa hebat diri dan suka menghina orang lain.

Sifat keji ini bila didapati wujud dalam hati, maka mestilah ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi. Ini kerana sifat sombong atau takabur atau membesarkan diri sangat dimurkai Allah. Yang mana ia merupakan pakaian Allah SWT yang tidak dibolehkan bersekutu pada mana-mana makhluk-Nya.

Sombong ini boleh menimbulkan hilang ukhwah, hilang kasih sayang dan benci-membenci. Akhirnya bergaduh dan timbul perpecahan, krisis, tegang dan jatuh-menjatuhkan. Masyarakat jadi haru-biru dan porak-peranda serta hilang kebahagiaan dan keamanan.

3. Rasa tamak atau bakhil
Benih rasa tamak ini dapat dikesan ada di hati bila kita melihat atau ternampak nikmat. Waktu itu rasa hendak memiliki nikmat itu untuk jadi hak milik sendiri. Iri hati kalau nikmat itu dipunyai oleh orang lain. Rasa tamak dan haloba menyerang hati. Walau apa cara sekalipun dia akan usahakan untuk memilikinya tanpa mengira halal atau haram.

Rasa hati di waktu itu rakus, gelojoh dan ganas. Dia tidak peduli sama ada menyusahkan orang lain atau tidak. Melanggar hak asasi kemanusiaan atau tidak. Pokoknya dia dapat walau apa cara sekalipun. Sifat keji ini tersangat merbahaya. Ia boleh bertindak merampas, menipu, mencuri, merompak, rasuah, merogol, berzina, bergaduh dan akhirnya berperang. Penyakit ini perlu ditumpaskan dari awal lagi.

Bila dikesan ada rasa tamak, ia hendaklah ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi. Ia sangat dibenci dan menjadi musuh Allah dan Rasul-Nya serta seluruh manusia. Kemudaratannya bukan setakat di dunia bahkan di Akhirat akan dicampak ke Neraka, wal’iyazubillah.

4. Rasa takut
Benih rasa takut dapat dikesan wujud dalam hati bila berhadapan dengan makhluk yang lebih berkuasa, lebih kaya, lebih berpangkat, lebih berpengaruh atau yang berbudi padanya dan lain-lain lagi. Boleh jadi rasa takut ini juga disebabkan oleh inferiority complex dengan makhluk.

Bila takut menguasai diri, dia akan hilang kebebasan dan kemerdekaan diri. Kalau disuburkan rasa takut ini, tanpa sedar dia akan menganggap makhluk lebih berkuasa daripada Tuhan. Terjebak dengan mentuhankan makhluk tanpa sedar. Ini termasuk syirik khafi. Sifat keji ini tersangat merbahaya. Ia mengakibatkan orang ini sanggup melanggar syariat Allah dan Rasul serta menafikan kuasa Allah.

Walaupun mulutnya mengatakan Allah-lah yang berkuasa tetapi pada realitinya makhluklah tempat dia rujuk, patuhi, taati dan takuti. Artinya, dia sudah mentuhankan makhluk atau mentuhankan manusia. Contohnya, dia sembahyang, puasa, naik haji tetapi tunduk dengan ‘tuan’nya bila disuruh jual atau beli atau minum arak. Katalah dia tidak minum arak, cuma jual atau beli arak, tetapi kerana ‘tuan’nya memberinya gaji, maka dia taat dan patuh. Walhal dia tahu perbuatan ini jelas melanggar syariat Allah. Ertinya dia lebih takutkan arahan manusia melebihi suruhan Allah SWT.

Oleh itu sifat keji ini hendaklah dihapus dan ditumpaskan daripada bersarang di hati kita. Kalau perkara ini tidak dikaji dan diteliti, sudah tentu tidak diketahui. Kikiskanlah dengan menanam rasa takut hanya pada Allah. Rasakanlah Allah Maha Berkuasa, Maha Besar dan Allah-lah Maha Kuat dan Maha Gagah daripada segala-galanya. Semua makhluk ini sama-sama lemah di sisi Tuhan yang Maha Perkasa itu. Kalaupun makhluk itu kuat atau berkuasa, hanya kerana dia diberi nikmat yang lebih sedikit saja daripada orang lain.

Tetapi dia tetap lemah dan tetap dalam kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa. Allah telah mendidik kita agar hanya pada-Nya kita wajib takut dan menghinakan diri. Ini kerana Allah-lah yang Maha Mencipta, Maha Menganugerah, Maha Pemberi, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Allah-lah yang mengadakan dan mentiadakan sesuatu.

Allah-lah yang menentukan nasib makhluk. Allah-lah yang muassir (memberi bekas). Selain-Nya semuanya tidak lebih gagah, tidak lebih besar dan tidak memberi bekas apa-apa. Walaupun makhluk itu lahirnya kita nampak besar dan hebat, gagah dan berkuasa tapi hakikatnya semua makhluk itu tetap dalam genggaman Allah SWT. Hanya empat sifat mazmumah saja yang kita kaji secara terperinci di sini, yang merupakan sebahagian daripada sifatsifat mazmumah yang banyak itu.

Perlu diingat juga bahawa sifat-sifat yang jahat ini semuanya sudah wujud bersama lahirnya tubuh kasar. Rasa-rasa itu tidak perlu dipelajari dan tidak ada guru yang mengajarinya. Cuma waktu kecil ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa bersama dewasanya tubuh kasar. Oleh itu benih-benih sifat mazmumah dalam hati ini mesti dikenal pasti di awal-awal lagi.

Dengan menggunakan teropong mata hati dengan dibantu oleh ilmunya, sifat-sifat jahat ini mesti ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi (yang akan kita bincangkan dalam bab akan datang). Barulah sifat mazmumah ini dapat dikekang dan dikosongkan, yang akhirnya sifat mahmudah dapat diisi dalam hati.
Di sinilah pentingnya mengkaji dan mengesan sifat-sifat roh (hati). Supaya setelah kedua-duanya dikesan, yang mahmudahnya dapat disuburkan dan yang mazmumahnya dapat dihapuskan.

Barulah manusia itu kembali kepada hakikat dirinya. Yakni hakikat manusia itu sendiri. Ini kerana nilai diri manusia itu adalah pada sifat roh (hati)nya. Ia jadi penentu yang mencorak kehidupannya dan manusia seluruhnya.
Roh ini dikekalkan untuk ditanya dan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti. Roh inilah yang mukalaf. Ia yang akan merasai nikmat atau azab. Roh inilah juga yang akan ke Syurga



Bab 4 Mata Hati

MATA LAHIR MATA HATI
Di dalam diri manusia ada dua mata, iaitu pertama mata lahir, dan kedua mata batin.

1. MATA LAHIR
Ia adalah mata kepala atau mata fizikal yang kebiasaannya pada manusia ada dua biji. Mengikut ahli biologi, biji mata ini berbentuk bulat. Ada mata putih dan mata hitam. Mata hitam atau anak mata ini terdapat kanta di dalamnya. Kanta inilah yang berfungsi menangkap apa saja objek lahir yang ada di hadapannya sehingga menghasilkan arca-arca (gambar-gambar) yang dapat dilihat oleh mata. Objek-objek yang dapat dilihat oleh mata lahir ini seperti jenis insan, jenis haiwan, jenis jamadat (batu, besi, pasir), jenis nabatat (tumbuhan), jenis cairan dan lain-lain lagi.

2. MATA HATI
Kekuatan pandangan mata lahir ini boleh dikategori kepada empat peringkat:

1. Pandangan yang tajam atau luar biasa
Kuasa mata ini mampu memandang atau melihat bendabenda lahir yang jauh. Atau mampu melihat bendabenda halus tanpa menggunakan alat-alat saintifik seperti mikroskop, teropong dan sebagainya. Ini mungkin terdapat hanya seorang dalam sejuta.

2. Pandangan yang biasa
Ini berlaku pada kebanyakan orang. Yakni mampu melihat benda-benda lahir dari jarak yang sederhana jauhnya. Atau tidak mampu memandang benda atau objek yang terlalu jauh. Atau ia tidak mampu melihat benda-benda lahir yang halus seperti sel, kuman dan lain-lain lagi tanpa dibantu dengan mikroskop dan lain-lain alat-alat saintifik.

3. Pandangan yang rosak atau kabur
Ia terbahagi kepada dua iaitu kabur kuat dan kabur sedikit atau kabur biasa. Berkemungkinan berlakunya kerosakan mata ini kerana diliputi selaput nipis atau tebal. Jadi kekuatan pandangannya samar-samar atau kabur. Dia tahu ada benda (objek) di hadapannya tetapi tidak jelas atau tidak tahu dengan tepat apakah jenis objek itu. Kecuali jika dibantu dengan cermin mata, barulah penglihatannya nampak jelas objek di hadapannya.

4. Pandangan yang buta
Ada hal-hal yang terjadi yang menyebabkan mata ini buta, tidak nampak langsung objek yang ada di hadapannya. Mata ini tidak boleh berperanan atau berfungsi langsung mungkin kerana beberapa sebab: – biji mata sudah pecah – mungkin kerana tercucuk benda-benda tajam – mungkin tersiram asid atau racun – mungkin ditimpa penyakit ketumbuhan

Inilah mata hati atau mata rohaniah. Ia bersifat maknawiah atau abstrak. Yakni hanya pada makna saja, tidak pada rupa. Dilihat tidak ada, tetapi terasa adanya. Fungsinya sangat berbeza dengan mata lahir yang hanya mampu melihat objek-objek lahir saja itu. Mata batin ini berkemampuan melihat benda-benda yang batin atau benda-benda yang ghaib atau benda-benda maknawiah seperti alam roh, alam malakut, alam jin, alam Barzakh, alam Akhirat, Loh Mahfuz, mampu menampung ilmu wahyu, ilmu laduni atau ilmu ilham hatta mampu tajalli terus dengan Allah SWT secara laisakamislihi syaik ( – ti-dak seumpama- Nya bagi sesuatu) dan lain-lain lagi dengan izin Allah.

Mengikut kaedah kekuatan mata lahir tadi yang terbahagi kepada empat itu, saya mentafsirkan kekuatan mata batin juga terbahagi kepada empat kategori iaitu:

1. Pandangan mata hati yang tajam atau luar biasa. Ini hanya dimiliki oleh para rasul dan para nabi. Mata hati mereka mampu melihat alam-alam ghaib tadi dengan izin Allah. Mampu menampung ilmu wahyu dan sesetengah mereka dapat tajalli terus dengan Allah Azzawajalla, yang tidak dapat digambarkan secara material atau secara makhluk atau benda.

2. Kekuatan pandangan mata hati biasa. Ini hanya dimiliki oleh para wali atau orang yang bertaqwa yang mata hati mereka tembus, dapat melihat alam-alam ghaib dan dapat menampung ilmu laduni dengan izin Allah. Walau bagaimanapun kekuatan mata hati para wali ini adalah lebih rendah daripada mata hati para rasul dan nabi-nabi.

3. Pandangan mata hati yang rosak (kabur biasa dan kabur kuat).
  a. Kabur biasa Ini mata hati orang-orang soleh yang walaupun mereka tidak mampu melihat alam-alam ghaib tetapi diberi keyakinan dan keteguhan hati tentang persoalan iman dan persoalan ghaib. Kalau ada pun golongan ini yang dapat melihat alam ghaib atau menangkap alam rohaniah atau dapat ilmu laduni, itu terlalu sedikit atau sekali-sekala. Mungkin ia dibantu oleh berkat seseorang seperti berkat gurunya.
b. Kabur kuat (hampir buta) Ini mata hati orang mukmin ‘asi atau mukmin yang derhaka atau fasik atau zalim. Mata hati ini sudah ada hijab, tidak dapat melihat alam ghaib dan keyakinan tentang alam ghaib pun tidak begitu padu, sudah samar-samar tetapi tidak menolaknya.

4. Pandangan mata hati yang buta. Ia langsung tidak nampak alam ghaib. Dan tidak ada keyakinan langsung tentang alam kerohanian dan alam ghaib yang tepat. Ini dimiliki oleh orang kafir atau orang munafik.
Ijtihad saya ini hasil merenung mata lahir. Mata lahir di peringkat 1 dan 2 ini adalah mata yang normal. Ertinya tidak sakit.

Manakala mata lahir di peringkat 3 dan 4 adalah mata yang sakit. Oleh itu terpaksalah memakai cermin mata untuk dapat melihat dengan jelas. Boleh jadi juga tidak nampak terus walaupun dibantu dengan alat apa sekalipun. Mata lahir yang tidak sakit, dia dapat menangkap dengan baik dan jelas objekobjek yang ada di hadapannya. Sedangkan kalau ia sakit atau buta, dia tidak dapat menangkap lagi objek-objek yang ada di hadapannya.

Bagaimana pula dengan mata batin? Kaedah yang berlaku pada mata lahir ini berlaku juga pada mata batin. Mata batin ini kalau tidak sakit atau tidak berpenyakit, ia dapat menangkap objek-objek maknawiah atau yang berbentuk rohaniah yang Allah hadapkan padanya dengan baik. Kalau ia tidak sakit, ia bersih dan tidak berselaput atau istilah syariatnya, ia tidak ada hijab.

Apabila hati itu bersih, ia macam cermin yang bersih. Ia dapat menangkap apa saja objek yang ada di hadapannya dengan baik dan jelas. Kalau cermin itu makin bersih kerana rajin menggilapnya maka makin bertambah jelaslah gambar-gambar (arca atau imej) yang ada di hadapannya. Kalau ia terlalu bersih, kekuatan mata hati macam cermin yang digilap dihadapkan setentang dengan Loh Mahfuz; yakni tempat segala suratan takdir Allah tercatat di sana sama ada yang sudah berlaku, yang sedang berlaku atau yang akan berlaku. Semua hal ada di sana tanpa tertinggal satu pun.

Bagi hati yang terlalu bersih seperti hati para rasul dan nabi-nabi itu, kekuatan mata hati mereka itu mampu melihat atau menangkap gambaran (objek maknawiah atau rohaniah) yang ada di Loh Mahfuz dengan izin Allah SWT. Hatta mereka dapat terus tajalli dengan Allah Al Khalik dengan secara ‘laisakamislihi syaik’.

Taraf yang di bawah ini ialah hati para wali iaitu mempunyai kekuatan mata hati di peringkat kedua. Yakni mata hati tembus yang dapat melihat alam ghaib. Mungkin dapat melihat alam roh atau alam jin atau alam malaikat, alam Barzakh atau dapat membaca hati manusia atau diperlihatkan hal-hal masa depan yang akan berlaku dengan izin Allah. Itulah yang dikatakan kasyaf. Jika berlaku kepada rasul dan nabi, ia dikatakan sebagai mukjizat maknawiah. Tetapi bila berlaku pada wali-wali, ia dianggap sebagai karamah maknawiah.

Bagaimana hati boleh melihat alam batin atau maknawiah atau alam bukan material itu? Umpama burung, hati terkurung dalam sangkar badan. Oleh kerana sangkar itu kuat dan berat, maka burung terpaksa terkurung dalam sangkar yang sempit dan menyeksakan itu. Sempit gelanggangnya, terbatas juga penglihatannya. Iaitu sekitar dalam sangkar atau di luar sangkar yang jaraknya hanya beberapa depa saja.

Walhal kalau burung itu besar dan kuat, tentu saja dia dapat terbangkan sangkar tersebut. Yakni kekuatan sangkar itu dapat dikalahkannya. Maka dibawalah sangkar tersebut terbang ke merata-rata tempat, sekadar yang termampu. Padahal waktu itu dia masih berada di dalam sangkar. Tetapi sekurang-kurangnya penglihatan, pandangan dan pengalamannya sudah jauh. Bukan sekadar sekitar jarak dua tiga depa saja. Penglihatannya seluas mana dan sejauh mana kemampuannya membawa sangkar itu.

Paling hebat kalau burung itu mampu pecahkan sangkar. Tidak terkurung dan terikat lagi. Di waktu itu ia bebas terbang ke mana saja. Boleh pergi ke jarak yang lebih jauh lagi. Ikut saja kemahuan hati. Tidak ada halangan apa-apa lagi. Dapat terbang sebebas-bebasnya seperti burung-burung yang lain. Atau boleh terbang ke tempat yang burung lain tidak boleh pergi. Tentulah pandangan dan penglihatannya juga makin jauh. Tentu sekali sangat berbeza dari alam sangkar yang sempit sebelumnya.

Demikianlah hati, kalau ia gagah, kuat dan teguh (kerana terlalu bersih), ia mampu menerobos keluar daripada sangkar badan dan bebas terbang ke mana saja ia suka. Atau kalau dia tidak terlalu kuat mungkin tidak dapat bebas daripada sangkar badan tetapi mampu terbangkan badan secara rohaniah. Macam burung yang dapat terbangkan sangkar tadi. Ertinya di waktu itu dia terkeluar daripada pengaruh benda (material). Pengaruh itulah yang menjadi penghalang besar selama ini. Walhal bila pengaruh itu tidak ada lagi, dia cukup bebas, merdeka, boleh berlegar-legar terbang ke mana saja. Sehingga dapat melihat alam yang selama ini bukan alamnya iaitu alam ghaib atau alam rohaniah. Maka tersingkaplah alam ghaib yang penuh rahsia itu.

Kalau burung yang kecil dan lemah terkurung selama-lamanya dalam sangkar, maka hati yang lemah juga akan terkurung selama-lamanya dalam jasad. Roh dan hati yang lemah tidak dapat mengatasi jasad. Pengaruh materiallah yang melemahkan hati. Itulah penyebab utama hati terkurung dan terpenjara. Akhirnya hati itu jadi kabur dan buta. Maka terhijablah ia selama-lamanya daripada melihat alam rohaniah atau alam ghaib.

Bagaimanakah proses terhijabnya mata hati ini? Proses yang berlaku pada mata lahir jadi rosak atau buta ialah berpunca daripada penyakit dan sakit, hingga berselaput dan tidak boleh melihat objek-objek yang ada di hadapannya. Proses atau kaedah yang sama juga berlaku pada mata batin. Mata batin juga boleh rosak atau buta disebabkan penyakit-penyakit batin. Inilah yang jadi selaput atau hijab sehingga tidak dapat melihat alam rohaniah atau alam ghaib serta tidak dapat menangkap sesuatu yang bersifat rohaniah.

Hijab-hijab hati antaranya disebabkan oleh:
Penyakit syirik jali atau kekufuran atau kemunafikan. Penyakit syirik khafi iaitu riyak, ujub, sombong, sum‘ah, pemarah, pendendam, bakhil, penakut, cinta pangkat, cinta nama dan lain-lain lagi. Penyakit cinta dunia dalam semua hal. Baik yang halal, haram, makruh dan syubhat. Penyakit cinta dunia yang harus atau halal sahaja. Jadi hati boleh dikategorikan kepada empat peringkat:

PERTAMA: Hati para rasul, nabi-nabi dan wali-wali Allah
Hati mereka terlalu bersih. Tidak terlibat langsung dengan penyakit-penyakit hati yang menghijabkan. Pada para rasul dan nabi-nabi, Allah perlihatkan alam ghaib, alam malakut, alam Barzakh, alam jabarut, alam Akhirat, alam jin, Loh Mahfuz dan lain-lain lagi.
Mata hati mereka mampu menangkap benda-benda maknawiah iaitu ilmu yang bersifat wahyu. Yakni ilmu yang jatuh ke hati secara direct daripada Allah. Ini adalah anugerah-Nya atau wahbiah yang ianya didapati tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau tanpa berguru. Kalau ada perantaraan pun, ianya daripada malaikat. Ini hati peringkat pertama iaitu hati para rasul dan nabi-nabi. Sementara hati wali-wali berada di bawah sedikit daripada hati para rasul dan para nabi ini. Mereka juga dapat menangkap sesuatu yang berbentuk maknawiah seperti ilham atau ilmu laduni.

KEDUA: Hati orang soleh
Hati mereka ini sedikit terhijab kerana tersangkut dengan hijab keempat iaitu terpaut dengan dunia yang harus atau halal sahaja. Walhal mereka tidak terhijab dengan hijab-hijab lain. Walau bagaimanapun mata hati mereka masih bersih daripada kekufuran, bersih daripada kemunafikan, bersih daripada sifatsifat mazmumah serta terlepas daripada cinta dunia yang haram, makruh dan syubhat. Tahap hati ini mungkin sekali-sekala Allah perlihatkan juga alam ghaib. Atau mungkin dapat menangkap objek-objek (benda-benda) yang bersifat rohaniah atau maknawiah iaitu ilmu yang bersifat ilham atau ilmu laduni. Yakni ilmu yang terus jatuh ke hati, yang datang terus daripada Allah secara wahbiah. Mendapat ilmu tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar dan tanpa berguru. Atau ia juga diberi rasa hati atau gerakan hati yang tepat dan benar, yang disebut juga sebagai ilmu firasat. Rasulullah SAW bersabda dalam satu Hadis Qudsi:
Maksudnya: “Namun hamba-Ku itu sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan perkaraperkara yang sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengarannya untuk dia mendengar, dan penglihatannya untuk dia melihat.” (Riwayat Bukhari)
Bagi rasul dan nabi, Allah kurniakan ilmu wahbiah ini melalui perantaraan malaikat saja. Manakala pada wali-wali atau orang soleh, ilmu ilham ini diberi melalui perantaraan malaikat, rasulrasul, nabi-nabi, wali atau jin-jin yang soleh.

KETIGA: Hati mukmin yang ‘asi atau yang derhaka
Mata hati mereka terhijab dengan penyakit nombor 2 dan nombor 3. Yakni hati yang cinta dunia dalam semua hal. Tidak kira halal, haram, makruh atau syubhat. Juga mereka masih mengekalkan sifat-sifat mazmumah. Walau bagaimanapun mereka terlepas daripada syirik dan kekufuran serta kemunafikan. Mata hati golongan ini sangat kabur macamlah cermin yang kotor disebabkan habuk, wap atau air. Ia akan gelap atau terus jadi kabur. Akibatnya benda-benda yang ditangkapnya juga jadi kabur dan samar. Tidak dapat menangkap alam ghaib atau alam maknawiah (ilmu laduni). Mereka bagaikan orang yang teraba-raba dalam gelap walhal matanya celik.

KEEMPAT: Hati orang kafir atau munafik
Mata hatinya terhijab dengan penyakit syirik jali iaitu kufur dan munafik. Atau terhijab dengan keempat-empat kategori di atas. Jadi hijabnya sangat tebal. Mata hati jadi buta, gelap dan tidak nampak apa-apa. Macam cermin yang terlalu tebal karatnya hingga menutupi seluruh cermin. Apa saja yang ada di hadapannya, tidak dapat ditangkap gambar (arca) itu. Oleh itu dia tidak nampak tentang alam ghaib, langsung tidak kenal tentang adanya Tuhan, Allah yang wujud itu. Seperti firman Allah:

Maksudnya: “Dan barangsiapa buta (di dunia) ini akan buta pula di Akhirat dan terlebih sesat lagi dari jalan yang benar.” (Al Israk: 72)
Untuk golongan ini Allah berfirman:

Maksudnya: “Dalam hati mereka ada penyakit lalu ditambah Allah penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta.” (Al Baqarah: 10) '
Allah tempelak lagi mereka ini:

Maksudnya: “Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada.” (Al Hajj: 46)

Kini kita telah sama-sama mengenali hati rasul dan nabi, hati orang soleh, hati orang mukmin yang asi, hati orang munafik dan hati orang kafir. Kita juga sudah kenali hati dan mata hati serta peranannya. Ditegaskan sekali lagi, kalau hati itu bersih, ia akan menjadi tempat jatuhnya pandangan Allah. Hati itu ibarat wadah. Macamlah kita ada wadah atau bekas. Wadah yang kotor macam pinggan kotor. Mana mungkin kita isi makanan yang sedap di dalamnya? Kita tidak akan tergamak untuk letakkan barang yang sedap atau benda-benda yang bersih dan berharga itu ke dalam wadah atau bekas yang kotor.

Hati sebagai wadah tempat jatuhnya pandangan Allah, tidak mungkin Allah hendak kurniakan barang berharga dan bernilai ke dalamnya jika ada kekotoran hati? Tentulah tidak. Kecuali sesudah dibersihkan dan betul-betul bersih, barulah Allah curahkan ke dalamnya barang yang terlalu bernilai itu yang berupa keyakinan, keimanan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu laduni, ilham, firasat dan lain-lain lagi.




BAB 5 : MAKANAN RUH

Sabda Rasululah SAW:
Maksudnya: “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis ini bermaksud, hati kitalah yang menentukan tindak-tanduk kita seharian. Tangan, kaki, mulut, perut dan lain-lain anggota, cuma menunaikan kehendak-kehendak hati. Oleh kerana itu roh (hati) hendaklah diberi makanan atau hiburan yang baik (sempurna) barulah roh (hati) itu sihat dan kuat. Roh yang sihat ialah roh yang mempunyai sifat-sifat hati yang bersih (baik) yakni sifat-sifat hati yang mahmudah.

Sebaliknya kalau roh (hati) diberi makanan atau hiburan yang tidak baik atau kotor, roh tadi jadi sakit atau lemah (lemah jiwa). Roh yang sakit ialah kerana dia berpenyakit. Yakni roh itu mempunyai sifat-sifat hati yang kotor (keji) iaitu sifat-sifat mazmumah.

Barangkali boleh kita kiaskan keperluan makanan atau hiburan roh sama seperti keperluan makanan jasad lahir. Kalau jasad lahir perlukan makanan, maka roh juga perlukan makanan. Jasad akan gemuk dan subur kalau dia diberi makanan yang baik dan berzat. Memilih makanan yang baik untuk badan sangat penting untuk menentukan badan sihat bertenaga dan tidak berpenyakit seperti diberi makan nasi, daging, ikan, sayur, susu dan lain-lain lagi. Ia merupakan makanan berzat yang mampu membina tubuh. Jasad lahir jadi subur dan cepat membesar. Badan jadi segar, cergas, aktif dan bergerak tangkas.

Kalaulah jasad lahir tadi perlukan makanan yang baik dan berzat, roh juga perlukan makanan atau hiburannya yang baik untuk membina roh atau memberi kekuatan kepada roh. Makanan yang baik dan bersih untuk roh ialah zikir, tasbih, tahmid, tahlil, sembahyang, puasa, baca Al Quran, doa, selawat, tafakur, mendapatkan ilmu yang memberi manfaat, memahami dan merasa tentang kebesaran dan kehebatan Allah, faham kenapa Allah datangkan ujian, faham segala qadak dan qadar Allah. Juga berjuang dan berjihad, berdakwah dan mengajar kerana keredhaan Allah, berkhidmat dengan manusia sama ada dengan ilmunya, tenaganya, hartanya dan lain-lain lagi, dengan kefahaman dan penghayatan serta dengan hati yang penuh ikhlas.

Bila makanan yang baik untuk roh ini diberikan maka roh itu akan subur dan sihat. Kemudian ia tidak sakit dan berpenyakit. Roh yang sihat ialah roh yang mempunyai sifat-sifat yang baik (mahmudah) seperti sifat-sifat tawadhuk, pemaaf, pemurah, berani, tawakal, sabar, lapang dada, kasih sayang, timbang rasa, taat, patuh, redha, zuhud, cintakan Akhirat, cinta Allah, rindukan Syurga, takutkan Neraka dan lain-lain lagi. Dengan wujudnya sifat-sifat roh atau hati yang disebutkan tadi, akan tercetuslah keharmonian, aman damai dan kebahagiaan di dalam kehidupan secara individu dan bermasyarakat.

Ertinya, kalau roh sihat, individunya jadi orang yang baikbaik dan soleh. Bukan sahaja dia baik tetapi orang-orang lain juga dapat manfaat bersama dengan kebaikannya. Dia boleh memberi bantuan untuk keamanan dan keselamatan orang lain. Sepertimana pernah berlaku dalam sejarah di zaman Rasulullah SAW juga salafussoleh. Makanan roh mereka adalah zikir, tasbih, tahmid, tahlil, baca Al Quran, sembahyang, sedekah, puasa, tafakur, selawat dan lain-lain lagi. Mereka disebut oleh Rasulullah SAW sebagai:

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah manusia di kurunku. Kemudian kurun yang mengiringinya. Kemudian kurun selepas itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Justeru itu lahirlah dalam kehidupan mereka hasil daripada roh yang kuat dan tenang serta akal yang dipimpin oleh hati, satu kehidupan yang luar biasa. Mereka aktif membantu masyarakat, berkhidmat pada masyarakat, mementingkan masyarakat dan mengutamakan orang lain lebih dari diri sendiri. Mereka jadi pelindung dan penaung kepada masyarakat. Jadi pembangun tamadun dan pengislah di bumi. Masyarakat selamat, dunia jadi aman makmur.

Kenapa berlaku roh atau hati itu sakit? Kiasannya, macam juga badan atau jasad lahir. Badan sakit kerana makanan yang tidak baik atau tersalah memilih makanan. Atau badan terdedah dengan udara yang berkuman. Badan atau jasad kurus kalau tidak diberi makanan yang baik-baik. Makanan yang tidak bersih, bernajis dan berkuman tidak baik untuk badan atau jasad seperti rokok, arak, candu, ganja, morfin dan lain-lain lagi. Akhirnya, badan jadi tidak subur, rosak dan mudah diserang penyakit.

Akibatnya badan jadi lemah, tidak bertenaga, hilang kecergasan, tidak bermaya, tidak aktif, pasif dan sakit-sakit. Bahkan menyusahkan orang lain dengan kesakitan yang ditanggungnya. Boleh jadi penyakitnya itu penyakit yang berjangkit yang menyebabkan orang menjauhi diri darinya. Ertinya bukan dia sahaja yang sakit dan susah bahkan orang lain juga turut susah dan disusahkannya.

Begitu jugalah bandingannya roh yang diberi makan dengan makanan yang tidak baik atau tersalah pilih makanan yang tidak bersih tadi. Makanan roh yang tidak bersih atau tidak baik itu seperti berhibur dengan nyanyian yang melalaikan, muzik-muzik, menonton filem-filem lucah, suka melihat aurat perempuan, suka bergaul bebas dengan lelaki atau perempuan yang bukan muhramnya, berhibur dengan judi, tari-menari, arak, zina, suka ke kelab malam, pub, disko, rumah sundal dan sebagainya.

Semua makanan atau hiburan roh bentuk ini akan membina mazmumah serta menyuburkan dan membangkitkan nafsu. Oleh kerana makanan roh tadi itu tidak bersih, maka akibatnya roh jadi tidak subur. Roh sudah dirosakkan. Jadilah roh itu sakit, mudah berpenyakit atau lemah jiwa. Iaitu ia ditimpa penyakitpenyakit sifat-sifat mazmumah seperti sombong, riyak, ujub, pemarah, tamak, hasad dengki, pendendam, bakhil, penakut, gila dunia, gila pangkat, gila puji dan lain-lain lagi.

Dorongan hati (roh) yang bersifat jahat ini akan menghasilkan tindak-tanduk anggota-anggota lahir yang mencetuskan perbuatan- perbuatan jahat di tengah kehidupan masyarakat. Maka lahirlah mengumpat, mengeji, menghina, menghasut, berkrisis yang tidak sudah-sudah, demonstrasi di sana sini, perpecahan di mana-mana, penipuan di semua peringkat, rasuah berleluasa, kecurian dan rompakan yang menjadi-jadi, penyalahgunaan kuasa bermaharajalela, menggelapkan wang negara, kekusu83 tan rumah tangga yang berpanjangan dan pergaduhan yang akhirnya membawa peperangan. Inilah kemuncaknya. Akibat dari itu, akan hilang ketenangan, kebahagiaan, kedamaian dan keselamatan di kalangan manusia.

Tidak ada ketenangan, kebahagiaan dan kedamaian di dunia hari ini kerana roh manusianya sudah ditimpa penyakit mazmumah. Bukan sebab-sebab yang lain. Tapi malangnya para pemimpin, golongan intelek, para pendidik atau para cendiakawan hari ini banyak yang belum ketemu lagi punca-punca penyakit ini. Masing-masing menyangka tidak bahagia, tidak tenang, tidak damai adalah berpunca daripada soal-soal kemiskinan, berpunca dari soal-soal ekonomi, soal-soal politik yang ada, berpunca daripada sistem masyarakat yang wujud di hari ini.

Walhal itu semua adalah buah atau hasilnya. Pokoknya adalah hati. Hati (roh) itulah punca segala masalah (penyakit). Oleh kerana cerdik pandai dan para pemimpin hari ini tidak nampak penyakit-penyakit ini berpunca daripada hati, maka dicuba-cubalah baiki penyakit-penyakit tadi dengan membaiki sistem yang ada ini. Dibaiki sistem pentadbiran, dibaiki sistem politik, dibaiki sistem masyarakat, membasmi kemiskinan dan lain-lain lagi. Yang paling parahnya, hati mereka sendiri lebih banyak penyakitnya (mazmumah) atau paling jahat. Apakah orang jahat boleh membaiki orang jahat? Anda jawablah sendiri. Inilah yang berlaku di dunia moden hari ini.

Oleh itu kononnya berhibur mengikut istilah masyarakat hari ini mesti dengan melakukan maksiat dan kemungkaran. Itu adalah pendapat yang tidak betul menurut Islam. Hakikatnya ia menjadikan hati (roh) macam badan atau jasad yang makan makanan yang kotor, bernajis dan berkuman atau macam tersalah pilih makanan seperti ganja atau morfin. Bahkan bertambah melalaikan dan merosakkan badan. Begitu juga roh (hati), dia jadi bertambah berpenyakit dan sakit. Memperdalamkan lagi sakit jiwanya. Disangka terhibur tapi yang sebenarnya tidak.

Cuma berhibur dengan maksiat ini mengghalitkan (melalaikan). Lupa sekejap masalah dan penderitaan jiwa (buat semen- tara waktu). Bukan membahagiakan, hanya lupakan sekejap masalah diri. Selepas itu penderitaan itu datang semula bahkan bertambah kusut dan bertambah frust lagi. Buktinya, kita lihat di dunia hari ini, mereka yang menggelar diri mereka itu penghibur antarabangsa, merekalah yang paling tidak terhibur. Berjaya menghiburkan orang tetapi hatinya sendiri tidak terhibur. Akhirnya ambil dadah, ganja, morfin dan sebagainya. Diri binasa dengan

AIDs dan akhirnya mati. Sesetengahnya pula bunuh diri.
Sebab itu penghibur-penghibur di hari ini seperti penyanyi, penasyid-penasyid yang telah melacurkan nasyid-nasyidnya, penari, pelakon, penyambut tetamu, peragawati, pelacur-pelacur, yang dedah aurat dan jual maruah diri dengan harga yang murah, mereka semuanya sebenarnya orang yang paling sakit jiwa. Itulah sebabnya golongan inilah yang paling banyak ‘frust’ dalam hidup. Data dan fakta menunjukkan golongan inilah yang paling banyak bunuh diri, kahwin cerai, kecewa dan sakit jiwa. Paling tidak, jiwanya gelisah.

Ini menunjukkan berhibur cara itu bukan fitrah tetapi adalah rangsangan nafsu yang jahat. Oleh itu orang-orang yang berhibur dengan perkara itu tadi, akan jadi orang yang jahat pula. Yang mana selalu jadi masalah pada masyarakat. Untuk membuktikan ia bukan dari fitrah murni tetapi dari dorongan nafsu jahat, kita lihat walaupun majoriti manusia terjebak dengan hiburan itu kerana tidak mampu untuk lawan nafsu tetapi kalau seseorang itu hendak jadi pemimpin negara atau raja, orang ramai akan mempersoalkan jika dia kaki disko, kaki zina dan kaki membuang masa di kelab malam.

Di Barat, mana-mana pemimpin yang terlibat dengan kes-kes perempuan, dia akan jatuh dalam pilihan raya. Rakyat tidak menyenanginya sedangkan rata-rata rakyatnya pun sama-sama jahat seperti pemimpin mereka. Ini menunjukkan fitrah manusia suka pada kebaikan walaupun dia sendiri seorang yang tidak baik


BAB 6 : KENAPA MAKANAN RUH TIDAK BERFUNGSI

Dalam bab yang lalu kita dapati roh (hati) jadi rosak (jahat) disebabkan oleh pemakanannya. Sama ada berpunca dari makanan yang tidak baik atau tersalah pilih makanan yang tidak bersih atau makanan roh itu terdedah kepada maksiat dan mungkar. Kesannya, roh yang jahat akan mendorong anggota-anggota lahir turut menjadi jahat.

Ada golongan yang berkata, “Saya sudah sembahyang, puasa, zikir, selawat, baca Quran, berkorban, berjihad, berdakwah dan buat lain-lain kebaikan tetapi hati tetap tidak terhibur atau jiwa masih tidak tenang.”
Dalam maksud yang lain, hati itu tetap juga sakit atau masih berpenyakit. Yakni hati masih lagi bersifat pemarah, tidak sabar, hasad, dendam, mengumpat, bakhil, tidak ada kasih sayang dan lain-lain lagi. Kenapa jadi begitu? Bagaimana pula untuk mengatasinya?

Untuk menjawab persoalan ini saya jawab begini: Kiaskan pemakanan roh sama dengan pemakanan jasad lahir kita. Kalau jasad lahir kita sudah diberikan dengan makanan yang baik dan berzat, tetapi tidak juga badan itu sihat. Ertinya, kena kaji juga bagaimana makanan itu disajikan. Apakah kerana cara memasak itu tidak betul? Adakah kerana makanan itu belum sempat masak, kita sudah memakannya. Adakah makanan itu terdedah dengan pencemaran? Adakah makanan tersebut sudah tercampur racun atau sudah basi? Adakah kita makan terlalu banyak atau mungkin makanan yang merosakkan badan juga turut kita makan?

Katakanlah makanan yang baik dan berzat itu ialah nasi, daging, ikan, sayur, susu dan lain-lain lagi. Kalau dimasak nasi dengan cara yang tidak betul seperti terlalu kuat apinya hinggakan nasi menjadi hangit, maka akan hilanglah zat karbohidratnya. Ikan yang segar dan mempunyai protin, kalau belum sempat masak, kita sudah memakannya, tentulah tidak sedap rasanya kerana ia masih mentah.

Begitu juga dengan sayur-sayuran hijau yang banyak mengandungi vitamin C, kalau dimakan tanpa dibasuh dengan bersih, tentu ia akan terdedah kepada kuman penyakit atau beracun (racun serangga). Susu yang mempunyai zat lemak, kalau disajikan setelah susu itu basi, ia bukan lagi memberi kesihatan pada badan, bahkan akan memudaratkannya. Apatah lagi kalau makanan yang berzat itu disertai dengan racun atau keracunan, tentu racun itulah yang akan menguasai seluruh badan, merosak dan menyakitkan badan.
Adapun teknik atau cara atau kaedah menyajikan makanan itu pun mesti kita faham betul-betul.

Barulah makanan yang baik dan berzat itu jadi begitu sedap dan menyelerakan. Kalau salah cara memasaknya akan tinggal hampas-hampas sahaja. Tidak ada zatnya lagi. Walhal makanan itu asalnya baik, bermutu tinggi, penuh dengan zat tetapi hasilnya tetap sama sahaja dengan orang yang makan makanan tidak baik atau tidak berzat atau orang yang makan makanan beracun. Ertinya, tetaplah makanan itu tidak dapat menyuburkan badan. Bahkan badan tidak sihat dan mudah diserang dengan penyakit serta selalu saja sakit.

Begitu juga dengan roh. Makanan roh yang baik ialah sembahyang, puasa, zikir, selawat, baca Al Quran, berkorban, berjihad, berdakwah, belajar, berkhidmat kepada masyarakat dan lain-lain kebaikan lagi. Walaupun makanan roh yang baik seperti di atas itu sudah dilakukan, ia tetap tidak mendatangkan ketenangan kerana ia mungkin dilakukan dengan cara yang tidak sempurna dan tidak tepat dengan ilmunya. Atau dilakukan dengan cara yang tidak ikhlas atau tidak dihayati dengan jiwanya.

Tentulah ibadah-ibadah tersebut tidak akan memberi kesan kepada jiwa dan fikiran. Jadi, kalau sudah tidak memberi kesan kepada jiwa dan fikiran, tentulah ia juga tidak akan memberi kesan kepada tindakan anggota lahir. Yakni anggota lahir tetap juga jahat. Contoh-contohnya:
Sembahyang tetapi tidak menghayatinya, lalai dan berkhayal sewaktu menunaikannya. Sembahyang begini tidak akan memberi kesan apa-apa pada hati dan fikiran. Bila tidak berkesan pada hati dan fikiran, tentulah ia juga tidak akan berkesan pada anggota lahir. Rajin baca Al Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutantuntutan dari ayat-ayat yang dibaca itu, tentulah tidak akan memberi kesan apa-apa kepada hati dan fikiran. Ia tentunya tidak berkesan juga pada anggota lahir. Selawat, zikir, berjuang, berjihad dan berdakwah tetapi tidak dari hati. Hanya ucapan di lidah sahaja. Tentulah tidak berkesan apa-apa kepada hati dan fikiran. Bila tidak berkesan pada hati dan fikiran, tentulah ia juga tidak berkesan apaapa pada anggota lahir. Berkorban, bersedekah, lain-lain kebaikan dan kebajikan juga, kalau tersalah cara, tidak tepat dengan ilmunya, tidak dibuat dengan sempurna, bukan kerana Allah, tidak pada tempatnya atau tidak dihayati, maka kesannya tidak akan sampai ke hati dan fikiran. Apabila tidak berkesan di hati dan fikiran, tentulah tidak berkesan juga kepada anggota lahir.
Adapun semua makanan roh yang baik ini walaupun asalnya baik tetapi oleh kerana tidak faham cara, tidak tepat dengan ilmunya, tidak dibuat dengan sempurna, tidak dihayati di hati atau membuat perkara itu tetapi tidak disertai dengan mujahadatun nafsi, maka hasilnya tetap sama dengan orang yang tidak melakukannya. Yakni tidak dapat memberi kekuatan kepada roh (jiwa atau hati).

Kalau begitu roh tetap tidak sihat, lemah jiwa, mudah diserang penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, riyak, pemarah, bakhil, dendam dan lain-lain mazmumah lagi. Penyakit- penyakit mazmumah (keji) tetap juga tidak terubat. Sebab itu hati tidak tenang, gelisah dan keluh-kesah.
Roh atau hati juga boleh jadi rosak (jahat) kalau kita campurkan antara membuat perkara yang baik dengan membuat perkara-perkara yang jahat.

Walaupun perkara-perkara yang baik itu dibuat tetapi dalam masa yang sama masih melanggar pantang-larang syariat seperti bergaul bebas lelaki dan perempuan, mendedahkan aurat, makan makanan yang haram dan subahat, suka mengumpat, memfitnah orang, gila dunia, gila pangkat dan gila puji, maka tentulah makanan roh yang baik tadi tidak akan memberi kesan.

Kiasannya, macam memakan makanan yang berzat dicampur dengan racun. Kita tentu dapat mengagak apa yang akan terjadi. Tentulah bukan makanan yang berzat yang berperanan tetapi racun itulah yang kuat menjalar cepat dan aktif dalam badan. Akhirnya, merosakkan seluruh urat saraf dan saluran darah serta daging. Badan akan rosak dan sakit-sakit dengan parahnya.

Begitulah juga kalau makanan roh yang baik dicampur dengan makanan roh yang tidak baik. Tentulah makanan roh yang tidak baik itu yang lebih berperanan. Jadi kalau yang hak dan yang batil sama-sama dilakukan, maka yang batil itulah yang akan lebih memberi kesan pada akal, hati serta tindakan lahir.

Oleh kerana itulah Allah berpesan dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Apakah kamu percaya dengan setengah dari kitab dan ingkar dengan sebahagiannya. Tidak ada balasan orang yang melakukan demikian melainkan hina hidup di dunia.” (Al Baqarah: 85)

Ertinya, kalau perintah suruh Allah (yang hak) dan larangan Allah (yang batil) dibuat serentak samalah dengan orang yang percaya dengan sebahagian dari kitab dan ingkar dengan sebahagian lainnya. Jadi untuk golongan ini, hukuman yang setimpal di atas kedegilan mereka ini ialah Allah hinakan hidup mereka di dunia lagi.

Terhinanya hidup mereka ini berpunca dari sifat-sifat mazmumah yang masih bersarang dalam diri mereka itu seperti sifat pemarah, ujub, sum‘ah, sombong, keras hati, tamak, hasad, dengki, mengumpat, bakhil, gila dunia, gila pangkat, gila puji dan lain-lain mazmumah lagi.
Sifat-sifat jahat (penyakit-penyakit jiwa) inilah yang menjadikan jiwa tidak tenang, gelisah, keluh-kesah dan tidak bahagia serta boleh merosakkan orang lain dan masyarakat.

Tetapi manusia kebanyakannya tidak sedar bahawa sifat-sifat mazmumah yang wujud dalam diri mereka itulah yang menjadi punca tidak adanya ketenangan dan kebahagiaan sekalipun dia seorang raja, pemerintah negara, ulama, pemimpin, orang kaya dan sebagainya. Kerana itulah Allah melarang dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Jangan kamu campurkan yang hak dan yang batil.” (Al Baqarah: 42)
Ertinya, dalam kita berbuat baik, jangan dicampur dengan perbuatan yang jahat atau perintah suruh dibuat, perintah larang juga dilaksanakan.
Kesimpulannya, bila membuat atau melakukan yang baik dan yang jahat sekaligus, yang jahat itulah yang akan lebih berpengaruh dan berkesan dalam kehidupan. Akibatnya, kebaikan itu tidak akan jadi apa-apa atau sia-sia sahaja sebab sudah dirosakkan oleh perbuatan yang jahat itu.



BAB 7 : ILMU RUHANI ADALAH ILMU RASA

CARA MENDAPATKAN ILMU RASA (ZAUK) Ilmu rohani juga dikatakan ilmu rasa (zauk) kerana perbahasan ilmu ini adalah mengenai rasa. Yakni rasa-rasa atau perasaan semula jadi yang bertapak di hati sama ada rasa positif atau rasa negatif. Rasa ini berhubung kait dengan roh. Bila ada roh, adalah rasa. Bila roh tidak ada seperti jamadat (seperti batu, pasir, besi), rasa pun turut tidak ada padanya. Artinya hakikat rasa adalah rohnya. Yang rasa marah itu adalah roh. Yang rasa sakit adalah roh. Yang rasa angkuh pun roh. Yang rasa sabar dan rasa sayang adalah roh. Begitulah seterusnya rasa-rasa yang lain. Sebab itulah ilmu roh ini juga dikatakan ilmu rasa.

Rasa positif seperti cinta, berani, ikhlas, kasih, sabar dan lain-lain, semuanya dirasa oleh roh di dalam jasad. Begitu juga dengan rasa negatif seperti kecewa, marah, angkuh, hasad dan lain-lain lagi. Ini juga berhubung kait dengan roh.

Rasa positif (mahmudah) yang bertapak di hati itu akan lahir pada sikap atau pada anggota lahir yang akan bertindak melakukan macam-macam kebaikan. Manakala rasa-rasa negatif (mazmumah) juga akan lahir pada sikap atau pada anggota lahir, yang mana ia juga akan bertindak secara negatif pula.

Di sini kita akan bahaskan tentang ilmu rasa sehingga rasa positif dan negatif yang bertapak di hati itu benar-benar dapat dirasakan, bukan sekadar diakal-akalkan. Dengan itu, sifat-sifat mahmudah dapat dimiliki (dirasai) dan dapat disuburkan. Manakala sifat-sifat mazmumah pula dikenal pasti dan dikikisbuangkan.

Mungkin selama ini kita baru tahu (sekadar akal) tentang sifat- sifat mahmudah dari ilmu yang kita pelajari tetapi kita belum benar-benar merasai (di hati) sifat-sifat mahmudah itu. Begitu juga dengan sifat-sifat mazmumah, kita sekadar tahu adanya sifat-sifat itu tetapi buat acuh tak acuh sahaja hinggakan tidak serius berusaha membuangnya dan menggantikannya dengan sifat-sifat mahmudah.

Melalui kaedah roh melihat roh, rasa-rasa positif atau negatif ini dapat dikesan. Setelah dapat dikesan serta dapat pula disuburkan melalui mujahadah dan latihan-latihan secara istiqamah, maka perasaan-perasaan mahmudah yang bertapak di hati itu akan mampu mengubah anggota lahir manusia atau tindaktanduk atau tabiat untuk melakukan kebaikan-kebaikan. Yakni ia menjadi motor (pendorong) atau kuasa untuk seseorang itu berbuat baik.
Umpamanya, rasa ikhlas dalam hati akan menjadikan seseorang itu ikhlas di dalam perbuatannya.

Rasa kasih menjadikan dia berkasih sayang dengan manusia. Rasa tawakal dalam hati menjadikan dia seorang yang menyerah diri pada Allah dalam setiap kerjanya. Rasa rindukan Allah dalam hatinya menjadikan dia perindu Allah dan sanggup berkorban apa saja demi Tuhan. Rasa takutkan Allah menjadikannya gementar apabila mendengar nama-Nya disebut dan dia akan menjauhkan segala larangan-Nya. Rasa yakin dengan janji-janji Allah menyebabkan dia terhibur dengan kebenaran dan tahan dengan ujian.

Sehingga lahirlah dalam kehidupan seharian kebaikan-kebaikan yang terserlah seperti dia akan jadi orang yang ikhlas, tawadhuk, berkasih sayang, pemurah, tawakal, sabar, redha, baik sangka, pencinta dan perindu Allah, sangat sensitif dengan dosa dan kesalahan, suka mengutamakan orang lain dan lainlain sifat mahmudah lagi.
Firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, maka gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah keimanan mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Al Anfal: 2)
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Dari Iyadh bin Himar r.a., katanya telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada saya, bertawadhuklah (merendah diri) sehingga seseorang tidak menyombongkan diri terhadap lainnya dan seseorang tidak menganiaya terhadap dirinya.” (Riwayat Muslim) Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidak kurang harta kerana bersedekah dan Allah tidak menambah pada seseorang yang memaafkan melainkan kemuliaan. Dan tiada seseorang yang bertawadhuk (merendah diri) kerana Allah, melainkan dimuliakan Allah.” (Riwayat Muslim) Maksudnya: Daripada Aisyah r.ha., katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah lunak, tenang dan suka pada ketenangan dalam semua urusan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain.” (Riwayat Qudha‘i dari Jabir) Terlalu banyak sifat mahmudah ini disebut di dalam Al Quran dan Hadis khususnya ditujukan kepada orang-orang mukmin. Tujuannya supaya mereka meyakini kemudian merasainya. Meyakini tidak sama dengan merasai. Meyakini atau mempercayai itu hanya pada akal atau atas dasar ilmu. Ada hujah-hujah dan dalil tentang itu sehingga akal tidak boleh menolaknya. Tetapi merasai itu di hati, iaitu hati menghayatinya serta sangat memberi kesan terhadap sikap hidupnya.

Selama ini kita hanya yakin atau percaya tentang sabar, redha, tawakal, takut, cinta, harap, kasih sayang, pemurah, ikhlas, zuhud, malu, merendah diri, tolak ansur, pentingkan orang lain dan lain-lain lagi. Tetapi ia belum subur di dalam hati dan tidak pernah menjadi pengalaman dalam diri, apalagi merasai hal-hal itu semua. Yakni hati belum lagi menghayatinya dan belum menjadi tabiat diri. Maka ia tidak akan berkesan di dalam sikap diri dan dalam kehidupan.

Seperti yang dikatakan tadi, meyakini sifat-sifat itu tidak sama dengan merasai (menghayati)nya. Dua perkara yang sangat berbeza. Semua orang boleh bercakap atau memperkatakan hal ini, bahkan mempercayainya. Percaya itu di akal tetapi rasa itu di hati.

Untuk mudah difahami biar dibuat satu perbandingan. Seorang yang yakin dan percaya bahawa harimau itu menakutkan tidak sama dengan seorang yang rasa takutkan harimau. Percaya, baru di peringkat ilmu tetapi rasa takutkan harimau itu adalah rasa dan pengalaman. Semua orang bila sebut harimau akan percaya yang harimau itu menakutkannya. Tetapi rasa takut itu belum ada dalam hati.

Bilakah rasa takut itu benar-benar bertapak di hati? Itulah sewaktu terserempak dengan harimau. Spontan saja timbul rasa takut yang amat sangat di dalam hati. Takut yang mungkin tidak terkawal lagi. Ibarat kucing yang sedang menggonggong anaknya, akan terjatuh anaknya dari mulutnya lantaran rasa takut itu terlalu menguasai dirinya. Itulah kesan dari rasa takut. Sedangkan orang yang tidak berdepan dengan harimau, tidak terkesan apa-apa. Walaupun dia tahu yang harimau memang menakutkan.

Demikianlah bandingannya dengan contoh rasa-rasa yang lain. Seperti rasa manis pada gula, tidak dapat dikesan kalau kita cuma tahu yang gula itu manis. Tetapi bila dimakan barulah terasa manisnya. Demikian juga rasa pedas pada cili. Atas dasar ilmu memanglah semua orang percaya yang cili itu mempunyai sifat pedas tetapi belum merasai pedas. Sudah makan cili barulah rasa pedasnya. Selagi tidak dimakan, walaupun kita cukup tahu yang cili itu pedas, pasti tidak akan terasa pedasnya.

Begitu jugalah selama ini, akal atau ilmu kita percaya dan yakin bahawa takut, hebat, sayang, gerun, sensitif, malu, merendah diri, cinta, harap, tawakal dan rindu dengan Allah itu semuanya diperintahkan tetapi kita belum merasainya di dalam hati.

Rasa-rasa ini jika benar-benar bertapak dalam hati, ia akan mendorong anggota lahir manusia bertindak membuat seribu satu macam kebaikan. Dengan kata-kata lain, ia merupakan penghayatan tauhid di dalam hati. Yakni bukan sekadar diketahui oleh akal sebagai ilmu tetapi ia benar-benar dirasai oleh hati.

Setiap ilmu itu kalau sekadar difahami di akal tanpa dirasai oleh hati, maka ilmu itu akan jadi mental exercise semata-mata. Tidak untuk dijadikan tindakan di dalam kehidupan. Jadilah ia bahan perbahasan di dalam kertas-kertas kerja atau teori falsafah sahaja. Ia sekadar menjadi bahan perbincangan di muktamarmuktamar atau seminar-seminar, sebagai perbahasan ilmiah di dalam tulisan-tulisan, sebagai bahan kajian atau tesis atau hanya untuk peperiksaan bagi melayakkan dapat sijil atau degri serta sekadar diperbincangkan. Ternyata ia tidak berlaku dalam sikap dan kehidupan.

Itulah yang berlaku di kalangan sebahagian besar para ilmuan terutama para ulama sekarang ini. Iaitu ilmu menjadi bahan perbincangan semata-mata. Tidak untuk mengubah sikap daripada jahat kepada baik. Daripada tidak berakhlak kepada berakhlak. Daripada sombong kepada merendah diri. Daripada bakhil kepada pemurah. Tidak juga mengubah daripada cinta dunia kepada cinta Allah SWT. Daripada takutkan makhluk kepada takutkan Allah. Daripada sensitif dengan dunia kepada sensitif dengan kesalahan dan dosa atau sensitif dengan Akhirat. Daripada kasar kepada berkasih sayang. Daripada keluh-kesah kepada ketenangan. Daripada penting diri kepada mengutamakan orang lain dan sebagainya.

Ilmu rohani atau ilmu rasa (zauk) ini bukan senang hendak disuburkan ke dalam hati, sekalipun asasnya sudah ada. Selama mana hati tidak dapat dibersihkan daripada mencintai dunia serta sifat-sifat mazmumah yang lainnya, maka selama itulah cinta kepada Allah tidak akan bertapak di hati. Rasa hamba tidak akan terasa. Rasa hebat kepada Allah tidak akan tersemat. Rasa kasih sayang tidak akan berbunga. Rasa rindu jauh sekali. Rasa timbang rasa tidak akan wujud. Rasa pemurah tidak akan ada. Rasa diawasi oleh Allah tidak akan timbul. Rasa sensitif dengan dosa tidak akan bertapak di dalam hati. Rasa senang menunggu janji dari Allah tidak akan ada dan begitulah seterusnya.

Kalau rasa-rasa yang disebut di atas tadi belum bertunjang di hati atau tidak subur di dalam hati (zauk), dengan apa lagi yang akan mendorong manusia untuk membuat kebaikan? Apakah lagi perkara lain yang akan menjadi enjin atau motor yang mampu menolak kejahatan atau mendorong mencetuskan kebaikan? Kalaupun kelihatan ada kebaikan-kebaikan lahir yang dibuatnya, itu bukanlah didorong oleh hati (iman). Tetapi atas dorongan kepentingan peribadi - huzuzunnafsi ( ). Contoh-contohnya:
– Seorang yang menolong orang atas dasar inginkan undinya. – Memberi fatwa untuk hiburkan hati tuan, bukan Tuhan. – Berkhidmat kepada masyarakat kerana inginkan kemasyhuran. – Bersedekah kerana nama. – Membantu kerana hendak mengelak daripada kejahatan manusia. – Hormatkan orang kerana takutkan kuasanya. – Beri kasih sayang kerana inginkan bantuan dan pemberiannya. – Bekerja kerana gaji atau elaun. – Membanteras kemungkaran kerana diarahkan oleh tuan, bukan kerana itu perintah Tuhan. – Berseminar atau membentangkan kertas kerja kerana ada peluang-peluang untuk dapat duit yang dicurahkan dalam seminar-seminar itu dan bukan tujuan perlaksanaan. – Memperkatakan Islam supaya jangan rasa ketinggalan di zaman kebangkitan Islam ini. Atau jangan sampai dituduh orang tidak mengikuti perkembangan semasa dan macammacam desakan kepentingan peribadi (huzuzunnafsi).
Semua itu bukan merupakan kebaikan yang hakiki, tetapi cuma untuk sementara waktu. Ia hanya dorongan luaran, bukan dorongan dalaman. Di sisi Allah, mereka termasuk ke dalam golongan orang yang berpura-pura baik atau bersifat nifak. Di waktu-waktu kepentingan tidak ada, kebaikan itu tidak dibuat lagi. Orang begini biasanya kebaikan yang dibuat itu tidak tahan diuji. Yakni kalau ada ujian dia tidak akan dapat meneruskan kebaikan itu.
Untuk golongan ini Allah SWT ada mengingatkan di dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengkehendaki pahala di dunia saja (maka ia merugi), kerana di sisi Allah ada pahala dunia dan Akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (An Nisaa’:
134)


CARA MENDAPATKAN ILMU RASA (ZAUK)

Ilmu rohani atau ilmu tasawuf atau ilmu rasa (zauk) ini tidak akan dapat diperolehi dengan hanya diberitahu atau dipelajari saja. Ianya mesti diusahakan melalui beberapa langkah iaitu:
Mendapat pimpinan guru mursyid atau guru yang bertaqwa. Mengetahui tentang ilmu rohani. Melalui tarbiah atau didikan. Melalui latihan melawan nafsu. Sanggup mujahadah melawan nafsu. Istiqamah bermujahadah. Selalu berfikir tentang dosa dan kelemahan diri di samping berfikir tentang kebesaran Allah. Berdoa mengharapkan pertolongan Allah.
Sebenarnya, lapan cara untuk mendapat zauk ini tiada bezanya dengan cara-cara mendapatkan iman dan taqwa. Sebab zauk ini adalah sama dengan menanamkan iman dan taqwa. Kelainan istilah dan susunan hanya memperlihatkan bahawa proses itu boleh berlaku dalam berbagai cara.

Apa yang berlaku di seluruh dunia hari ini ialah sekolah-sekolah, kolej-kolej, institusi-institusi dan universiti-universiti Islam menyampaikan ilmu semata-mata. Ertinya pelajar-pelajar atau siswa-siswi atau orang ramai hanya diberikan taalim tanpa diberi tarbiah atau didikan, tanpa ada latihan (riadatunnafsi), tanpa bimbingan mujahadatunnafsi, tanpa disiplin-disiplin ibadah tertentu dan tanpa pimpinan terus oleh guru-guru yang terlibat dengan taalim yang mana guru itu pula mesti menjadi contoh. Untuk mendapat guru mursyid memanglah susah terutama di akhir zaman ini kerana bukan mudah untuk menjadi guru mursyid. Iaitu guru yang dirinya itu menjadi model dan contoh.

Guru yang sekadar berikan kuliah ilmu, lepas itu terpulanglah kepada murid untuk faham atau tidak, untuk beramal atau tidak. Esoknya ditambah dengan kuliah ilmu yang baru pula. Guru seperti ini mudah dicari. Begitu juga pelajar-pelajar dan siswa-siswi hanya buka kitab, tutup kitab dan strugglelah sendiri kalau ingin faham atau lulus dalam pelajaran mereka.

Hubungan murid dengan guru tidak ada langsung. Lebih-lebih lagi guru-guru itu tidak pula menjadi contoh kepada pelajar pelajarnya. Usahkan guru hendak memimpin murid, dirinya sendiri pun tidak terpimpin. Kalaupun ada kelas tambahan atau tutorial selepasnya, itupun dibuat kerana hendak lulus periksa. Bukan dibuat untuk memimpin dan mendidik murid-muridnya. Jadi bagaimanakah mereka dapat melahirkan anak-anak murid yang terdidik dan berakhlak mulia?

Begitu juga berlaku sebahagian besar di pondok-pondok dan pesantren-pesantren di seluruh dunia hari ini, selepas guru-guru atau ustaz-ustaz mengajar Babul Buyuk (bab jual beli) misalnya, mereka tidak pun berusaha untuk melaksanakan apa yang dipelajari. Seolah-olah Allah suruh belajar untuk tahu sahaja, bukan untuk dilaksanakan.

Yang sedihnya kadang-kadang kita lihat, betul-betul di sebelah pondok atau pesantren itu, tersergam kedai orang bukan Islam yang berniaga dan menjadi tempat beli- belah penduduk sekitar pondok itu. Seluruh kakitangan pondok, dari murid-muridnya hingga ke ustaz-ustaznya turut bertumpu ke kedai tersebut. Membantu membangun dan memajukan ekonomi orang bukan Islam.

Sistem ekonomi Islam yang dipelajari tidak pun diusahakan dan ditegakkan. Patutnya hasil pelajaran itu, guru-guru terus melatih murid-muridnya mempraktikkan ilmu dalam kedaikedai kecil yang modalnya diusahakan bersama. Usahakan sampai kaedah perniagaan Islam itu tertegak dan perniagaan yang tidak ikut sistem Islam itu dapat dihapuskan. Sebagaimana Rasulullah SAW berjaya mengatasi ekonomi kapitalis Yahudi di Madinah melalui perniagaan Islam ‘Suqul Ansar’.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka.” (Al Fath: 29)

Tetapi mengapa terjadi sekarang ini hal yang sebaliknya? Sebab ilmu yang diberi itu ilmu yang mati (beku). Tidak ada rohnya. Maka kesannya, guru dan murid tidak rasa apa-apa terhadap perniagaan orang kafir itu. Tidak timbul rasa cemburu, tidak rasa tercabar, tidak malu dan tidak ingin berlumba-lumba untuk menegakkan ekonomi Islam bagi menggantikan ekonomi orang bukan Islam itu. Tegasnya, jiwa perjuangan atau jihad fisabilillah tidak ditanam ke dalam jiwa melalui pengajaran yang dibuat. Hasilnya murid tiada upaya untuk memperjuangkan ilmu Allah yang telah diketahuinya. Jadilah umat Islam jumud dan beku.

Jadi, ilmu yang hanya menjadi mental exercise ini tidak akan dapat dihayati oleh hati. Akhirnya lulusan pengajian Islam ini tidak dapat menjadi contoh kepada masyarakat. Hinggakan masyarakat tidak nampak contohnya lagi. Maka berterusanlah masyarakat hidup dalam dunia sekularnya.

Oleh itu menghayati ilmu rasa atau ilmu tasawuf itu sangat penting kepada kaum muslimin kerana ia menjadi pendorong yang kuat kepada kebaikan dan benteng yang kebal kepada kejahatan. Kalau tidak nanti manusia itu ibarat kereta tanpa enjin. Walaupun bodynya baik, cantik dan gagah tetapi ia tidak dapat bergerak ke hadapan atau tidak dapat digunakan atau tidak dapat dimanfaatkan.



BAB 8 : AMALAN SYARI'AT DAN HAKIKAT HARUS SERENTAK

1. Ilmu Syariat 2. Ilmu Hakikat 1. Ber-fiqh tanpa tasawuf 2. Bertasawuf tanpa fiqh
Dinul Islam itu adalah satu ajaran yang mencakup seluruh ruang hidup manusia lahir, batin, dunia dan Akhirat. Mengkaji ilmu Islam yang sangat luas ini tidak cukup kalau dibuat setakat beberapa jam sahaja dalam satu minggu sepertimana berlaku di sekolah-sekolah sekular sekarang ini. Sebab itulah hari ini, ramai umat Islam yang tidak tahu betul tentang agama anutannya sendiri sekalipun mereka beranggapan mereka lebih tahu dan faham serta berautoriti kerana mereka lulusan dari universiti Islam. Walhal hakikat sebenarnya, mereka belum mengetahuinya.

Dengan izin Allah saya akan cuba menerangkan serba sedikit tentang selok-belok yang ada dalam ajaran Islam ini. Ajaran Islam itu selain daripada ilmu usuluddin (ilmu yang mengkaji tentang ketuhanan) yang menjadi asas kepada ajaran Islam, terdapat juga ilmu syariat dan ilmu hakikat. Disebut juga keduanya sebagai ilmu feqah dan ilmu tasawuf. Kedua-duanya termasuk perkara yang penting yang turut dituntut oleh Al Quran dan Hadis. Bidang kajian ilmu syariat ialah tentang kehidupan lahiriah manusia.


1. Ilmu Syariat
Definisi ilmu syariat itu ialah: hukum-hakam yang datang daripada Allah, yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW terdiri daripada lima hukum iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus (mubah).

Dengan hukum-hakam ini, syariat menentukan seluruh kehidupan ini ada yang mesti dibuat, yakni perkara-perkara yang wajib. Ada yang elok dibuat yakni perkara sunat. Ada pula yang mesti ditinggalkan iaitu perkara haram.

Manakala yang makruh elok ditinggalkan. Terdapat juga sebahagian daripada kehidupan ini yang boleh dibuat dan boleh ditinggalkan, yakni perkaraperkara yang dikategorikan sebagai harus (mubah) hukumnya. Dengan kata lain, setiap apa sahaja bidang yang kita ceburi di seluruh aspek kehidupan seperti dalam sistem pendidikan, ekonomi, pertanian, kebudayaan, teknologi dan lain-lain sistem hidup, tidak akan terlepas dari lima hukum ini.


2. Ilmu Hakikat
Ilmu hakikat itu bidang kajiannya ialah tentang alam rohani atau hati nurani manusia atau mengkaji tentang sifat-sifat nafsu. Sifat-sifat nafsu yang terdiri daripada nafsu ammarah, nafsu lawwamah, nafsu mulhamah, nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah dan nafsu kamilah. Termasuk juga di dalamnya perihal sifat-sifat gerakan serta dorongan hati.

Definisi ilmu hakikat ialah rasa-rasa hati (zauk) atau syu’ur ( ) yang ada di dalam hati atau jiwa manusia yang sifatnya berubah-ubah dari satu bentuk rasa kepada rasa yang lain. Bergantung kepada bentuk-bentuk rangsangan-rangsangan lahir yang mendatangi manusia itu. Ada yang mahmudah dan ada yang mazmumah.

Di antara rasa-rasa hati yang mahmudah (sifat positif) itu ialah ikhlas, cinta Allah, rasa kehebatan Allah, rasa gerun dengan Neraka, rasa berdosa, malu, rasa diawasi, kasih sayang, simpati, merendah diri, yakin, tawakal dan sebagainya. Sementara rasarasa hati yang mazmumah (sifat negatif) itu pula di antaranya riyak, ujub, sombong, pemarah, hasad, dendam, tamak, bakhil, penakut, jahat sangka dan lain-lain lagi.

Rasa-rasa hati yang telah disebutkan di atas sentiasa silih berganti menguasai hati atau roh. Oleh kerana itu, hati sentiasa berbolak-balik. Sebab itulah di dalam kitab, hati berbolak-balik itu dikatakan qalbun ( ). Tidak dinamakan hati itu melainkan kerana berbolak-baliknya. Hati juga wajib bersyariat iaitu menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Inilah yang dikatakan syariat batin.

Jelaslah bahawa syariat dan hakikat sama pentingnya. Kita tidak boleh menolak salah satu dan mengambil salah satunya sahaja. Kedua-duanya mesti diamalkan serentak atau berjalan seiring. Oleh itu dalam siri tertib untuk mengamalkan ajaran Islam bolehlah disusun begini:
Syariat Tareqat Hakikat Makrifat Ertinya kita mulakan dengan bersyariat, kemudian bertareqat, seterusnya berhakikat dan akhirnya bermakrifat. Semuanya saling berhubungan. Hubungan antara satu dengan yang lain seolah-olah anak tangga pertama dengan berikutnya, hinggalah selesai di anak tangga tertinggi sekali. Maksudnya, mula-mula kita memahami syariat iaitu peraturan-Nya, yakni mengetahui hukum-hakam. Mana yang halal, mana yang haram, yang sunat, makruh dan mubah. Juga sah dan batal sama ada mengenai sembahyang, puasa, jihad, dakwah, ekonomi, pendidikan dan lain-lain lagi. Kemudian apabila kita mengamalkannya bersungguh- sungguh dan istiqamah, ertinya kita telah menempuh jalan- Nya iaitu yang dikatakan tareqat. Yakni mengamalkan apa yang diperintahkan dan meninggalkan yang dilarang secara serius.

Jadi tidaklah salah kalau syariat itu disebut jalan. Cuma belum ditempuhi jalan itu hanya sekadar mengetahuinya terlebih dahulu. Bila jalan tadi telah ditempuh atau digunakan, barulah dinamakan tareqat.

Syariat dan tareqat itu kalau dibuat dengan faham dan dihayati akan berlakulah nanti ahwal (perubahan jiwa) atau perubahan peringkat-peringkat nafsu. Misalnya perubahan rasa kehambaan, rasa cinta kepada Allah, rasa rendah diri kepada Tuhan, rasa tawakal, rasa penyerahan diri, rasa berani, rasa kasih sayang sesama makhluk, rasa redha, rasa sabar, rasa ikhlas kepada Allah dan mahmudah-mahmudah yang lainnya. Atau kalau hendak dinisbahkan pada peringkat nafsu, prosesnya berlaku daripada nafsu ammarah kepada nafsu lawwamah, berperingkat-peringkat sehinggalah ke peringkat kemuncak kebersihan nafsu iaitu nafsu kamilah.

Orang yang mendapat ahwal (perubahan jiwa) secara istiqamah (tetap - tidak turun naik), inilah yang dikatakan telah mendapat maqam. Yakni dia mendapat darjat mengikut sifat mahmudah yang diperolehinya. Biasanya ia berlaku bertahap-tahap. Umpamanya maqam sabar, maqam tawakal, maqam redha sehinggalah kesemua sifat-sifat mahmudah itu diperolehi secara tetap (istiqamah).

Boleh jadi ada yang mendapat secara serentak sifat-sifat mahmudah itu. Inilah juga yang dikatakan dia telah mendapat hakikat. Iaitu mendapat intipati Islam (lubbun).
Erti lain maksud hakikat itu ialah batin Islam atau intipati Islam (lubbun). Bilamana hal-hal hakikat tadi dapat dialami secara kekal (istiqamah) berterusan, bahkan makin menebal dan subur, maka akan terbukalah nanti rahsia-rahsia ghaib atau rahsia Allah. Ini sangat sulit untuk digambarkan kecuali dirasai oleh orang-orang yang mengalami dan merasainya.

Sebagaimana lautan dalam yang penuh dengan pelbagai misteri, bukan semua orang dapat mengetahui rahsia di dalamnya kecuali yang ahli tentangnya sahaja. Itupun perlu dibantu dengan peralatan yang canggih, barulah dapat menyelami hingga ke dasarnya. Sehingga terbongkarlah pelbagai rahsia yang tidak pernah diketahui oleh manusia lain selama ini. Kebanyakan orang hanya tahu di permukaannya sahaja.

Hasil berhakikat pula kita akan mendapat makrifat. Iaitu sampai ke peringkat hal-hal hakikat dapat dialami secara istiqamah. Allah akan kurniakan satu peringkat kemuncak yang mana dapat mencapai ke satu tahap keyakinan yang tertinggi. Di waktu itu, dia telah sampai ke peringkat makrifat, yakni dapat benar-benar mengenal Allah dan rahsia-rahsia-Nya. Gelaran untuk mereka ini lebih dikenali sebagai al ‘arifbillah.

Bandingan adalah seperti berikut. Mula-mula kita semai sebiji benih. Kemudian ia tumbuh menjadi sebatang pokok. Pokok itu akhirnya berbuah dan buah itu bila masak memberikan kita kesedapan rasanya, yang tidak dapat kita ceritakan pada orang yang tidak memakannya. Maka:
biji benih itu umpama syariat. menanam pokok itu umpama tareqat. buah itu umpama hakikat. rasa buah itu umpama makrifat.
Sebab itu dikatakan syariat menghasilkan tareqat. Tareqat membuahkan hakikat. Hakikat buahnya adalah makrifat. Semuanya saling melengkapi, perlu-memerlukan, sandar-menyandar dan mesti berjalan seiring. Yang lahir menggambarkan yang batin. Maka kalau dipisah-pisahkan, akan cacat dan rosaklah keislaman seseorang itu. Imam Malik r.hm. berkata:
Maksudnya: “Barangsiapa berfeqah (syariat) tanpa tasawuf (hakikat), maka ia jadi fasik. Barangsiapa bertasawuf (hakikat) tanpa feqah (syariat), maka ia jadi kafir zindik (kafir secara tidak sedar).”
Supaya lebih jelas lagi, mari kita lihat contoh-contoh berikut:


1. Berfeqah tanpa tasawuf
Seseorang itu hanya melakukan amalan-amalan lahir. Katalah semua rukun Islam yang lima itu beres dilakukannya. Ditambah lagi dengan berjuang fisabilillah, berdakwah, belajar, mengajar, menziarah, berkorban dan menutup aurat. Dijaga juga dari melakukan perkara-perkara lahir yang haram dan makruh. Ditambah lagi dengan amalan-amalan sunat. Pendek kata, semua perintah atau larangan lahir ditaati, tetapi amalan batin yakni hatinya tidak diambil pusing.

Dibiarkan saja riyak, ujub, gila nama, ingin glamour, sombong, tamak, bakhil, pemarah, dendam, dengki, cinta dunia dan lain-lain lagi sifat negatif mencorak sikapnya. Inilah dia orang syariat atau orang berfeqah sahaja. Pada pandangan mata lahir, dia seorang yang sangat baik kerana hukum Islam yang lahir sangat dijaganya. Tetapi di sisi Allah orang ini masih berdosa, yakni derhaka pada

Allah kerana dia tidak menjalankan syariat batin yang diperintahkan oleh Allah. Lihatlah sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)
Maka orang yang melanggar syariat batin ini, Imam Malik menjatuhkan hukum fasik. Yakni orang berdosa, kalau mati tanpa taubat akan masuk Neraka tetapi tidak kekal di dalam Neraka.


2. Bertasawuf tanpa feqah
Seseorang yang menjaga hati sahaja, seluruh atau sebahagian dari syariat batin (amalan batin) tetapi menolak dan meninggalkan syariat lahir semua sekali. Katakanlah dia sangat menjagai hati dari hasad, dendam, pemarah, jahat sangka di samping menyuburkan kasih sayang, simpati, tawakal, tawadhuk, sabar dan lain-lain sifat mahmudah lagi. Tetapi dia tidak melaksanakan rukun Islam yang lima dan lain-lain lagi. Inilah orang yang berhakikat tetapi menafikan syariat. Pada Imam Malik, orang ini dikatakan kafir zindiq iaitu kafir secara tidak sedar. Bila mati tanpa taubat, akan dimasukkan ke Neraka dan kekal di dalamnya. Wal’iyazubillah.

Dalam masyarakat hari ini banyak kita temui mereka yang memisahkan ajaran Islam dan beramal dengan salah satu darinya. Ada yang bersyariat sahaja. Ada yang berhakikat saja. Bahkan ada yang meninggalkan kedua-duanya sekali. Hal ini sebenarnya menyimpang dari ajaran Islam. Islam yang sebenarnya bukan begitu. Ia mesti diamalkan serentak antara syariat dan hakikat. Bila diamalkan, kita akan memperolehi hasilnya iaitu makrifatullah. Seperti sebiji buah, ada yang jadi kulit, ada isi dan ada rasa. Mana boleh kita pisahkan-pisahkan antara ketiga-tiganya. Semuanya mesti bagus, barulah kita mengatakan buah itu bagus. Kalau kulit saja busuk, tentu sudah ditolak orang kerana dikatakan buah itu tidak bagus.

Kesimpulannya, Islam seseorang itu hanya akan sempurna kalau dia mengamalkan syariat, tareqat dan hakikat secara serentak. Maka layaklah ia digelar taslim, yakni tunduk lahir dan batin. Siapa yang tidak sedemikian halnya maka Allah menempelak dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Mereka bercakap dengan mulut mereka tetapi tidak seperti dalam hati-hati mereka.” (Ali Imran: 167)
Ciri-ciri yang menyamai sifat orang munafik yang lahirnya lain, dalam hati pula lain. Moga-moga kita diberi hidayah dan taufik dari Allah SWT. Amin.



BAB 9 : MENOLAK ILMU RUHANIYYAH

Kalau diterima tuduhan-tuduhan dari sebahagian orang yang menolak tasawuf atau ilmu rohaniah atau ilmu zauk, ertinya kita telah menganggap syariat Islam itu hanya mengenai kehidupan lahir semata-mata. Seolah-olah tidak ada hubungan langsung dengan soal-soal batin seperti persoalan hati atau roh dan nafsu.

Artinya sama ada sedar atau tidak, kita mengakui bahawa ajaran Islam itu sama sahaja atau setaraf dengan ajaran-ajaran isme atau ajaranajaran ideologi ciptaan manusia. Yang mana peraturan- peraturan atau hukum-hakamnya hanya mengenai kehidupan yang lahir. Yakni apa yang dapat dinilai oleh mata lahir semata-mata dan tidak ada hubungkait langsung dengan hati atau roh dan nafsu.

Merbahaya sungguh jika kita menolak ilmu rohaniah ini. Tentu kita langsung tidak akan mempedulikan soal hati, nafsu dan hal ehwalnya. Tentu kita tidak akan ambil perhatian tentang kejahatan nafsu dan tidak anggap penting untuk membersihkan diri dan membuang sifat-sifat jahat tersebut. Sekaligus bererti, manusia tidak lagi bermujahadah untuk membaiki diri agar dapat memiliki sifat-sifat mahmudah (sifat terpuji) dan menumpaskan sifat-sifat mazmumah (sifat terkeji).

Untuk menghuraikan lebih terperinci lagi kita bawakan beberapa contoh. Umpamanya, selepas memiliki aqidah, mereka cukup hanya sekadar mempraktikkan Rukun Islam yang lima. Boleh jadi mereka suka juga menambah ibadah-ibadah sunat yang lain. Tetapi di waktu itu mereka tidak akan mempersoalkan lagi tentang soal khusyuk atau tidak, ikhlas atau tidak, riyak dan ujub atau tidak, megah dan sombong atau tidak.

Mereka tidak akan ambil berat apakah mereka berbuat kerana nama dan kemasyhuran atau tidak. Apakah ada udang di sebalik batu dan sebagainya dalam mereka mengajar, belajar, berdakwah, berjuang, berkorban, memimpin, menutup aurat dan lain-lain lagi. Walhal inilah perkara yang paling penting yang mesti dijaga.

Begitu juga kalau dia meninggalkan yang haram, dia tidak akan ambil kira yang batin. Apa sebab ditinggalkannya? Adakah kerana takut ditangkap atau kerana takutkan Allah? Takut susah atau takutkan Allah. Takut malu atau takutkan Allah. Takut dihina orang atau takutkan Allah. Yang penting pada mereka, cukuplah perintah buat atau perintah tinggal itu ditaati sesuai dengan syariat. Soal-soal hati di waktu itu tidak usah diambil kira sangat. Peranan hati usah diambil kira lagi. Di waktu dia bertindak itu, kerana atau mengapa hati itu mendorong bertindak begitu, tidak diambil kira. Yang penting ianya sesuai dengan syariat lahir, itu sudah cukup baginya.

Kalau diibaratkan orang membeli buah, dibelinya kerana mempertahankan keelokan kulitnya sahaja tanpa memikirkan soal isinya. Apakah begitu tindakan kita pada realitinya bila kita membeli buah? Tentu tidak! Malanglah kalau kita menerima pandangan ini. Yakni fikir kulit sahaja, tanpa memikirkan isinya. Ini bererti kita menolak sabda Rasulullah dalam Hadisnya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani) Maksudnya: “Sesungguhnya dalam jasad ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah seluruh jasadnya. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya. Maka ketahuilah, itulah dia hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Juga ia menolak sebahagian daripada ayat-ayat Al Quran.
Firman Allah:

Maksudnya: “Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 53) Firman-Nya lagi:

Maksudnya: “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang-orang yang membersihkannya dan mendapat kecewalah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams: 9-10) Seterusnya orang yang menolak ilmu rohaniah, mereka akan menafikan adanya ilmu laduni, ilham, kasyaf, firasat, kedatangan hatif ( ) dan pertolongan ghaib. Sedangkan perkara-perkara yang disebut tadi, selain daripada ada disebutkan dengan ilmiahnya di dalam Al Quran dan Hadis, ia juga telah menjadi pengalaman orang-orang soleh zaman dahulu sepertimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab muktabar.

Begitulah wahyu Allah dan sabda Rasul-Nya serta hujah sejarah yang ada disebut di dalam kitab, yang menguatkan lagi hujah saya bahawa soal-soal roh atau hati dan nafsu ini mesti diambil kira. Kesimpulannya, pendapat-pendapat ulama yang menolak ilmu rohaniah ini sudah awal-awal lagi tertolak.


BAB 10 : PENTINGNYA MENJAGA RUH

Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan mengawasi kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera menemui doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatan biasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar.

Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi penyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikap terus tidak peduli langsung atau mereka memandang remeh terhadap persoalan hati atau roh. Padahal kesan dan akibat daripada penyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagai kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah SWT di Akhirat kelak, wal’iyazubillah.

Marilah sama-sama kita lihat mengapa terlalu pentingnya menjaga hati atau roh yang di antaranya seperti berikut:
Kerana roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti fizikal (jasad lahir), ia binasa. Di Akhirat kelak, roh itu akan diberi jasad baru. Roh itulah yang akan menerima atau merasa nikmat atau azab bersama jasad barunya di Akhirat kelak. Ia adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan yang mana sama-sama ingin mengisi. Malaikat dengan iman, syaitan dengan kekufuran atau malaikat dengan keyakinan, syaitan dengan keraguan. Ia adalah tempat jatuhnya ilham atau ilmu laduni (dapat ilmu tanpa belajar), ia merupakan wahbiah (anugerah) daripada Allah. Akal tempat ilmu nazali (ilmu yang dipelajari). Roh kalau ia bersih, Allah beri ia rasa yang tepat atau firasat. Roh kalau ia terlalu bersih, matanya lebih tajam dari mata lahir atau mata kepala, sebahagian perkara yang ghaib Allah perlihatkan kepadanya. Itulah yang dikatakan mukasyafatul qulub. Roh atau hati adalah raja dalam diri. Kalau hati itu baik, ia akan arahkan tentera-tenteranya iaitu anggota lahir atau jawarih kepada kebaikan. Kalau ia jahat, ia akan arah tenteranya membuat kejahatan. Kerana ia boleh menerima sifat-sifat mahmudah yang dikehendaki dan juga boleh menerima sifat-sifat mazmumah yang dibenci dan dikeji yang sayugianya hendaklah dibuang atau dijauhi. Ia adalah merupakan tempat merasa iaitu susah atau senang, bahagia atau dukacita, rasa sempit atau rasa lapang, rasa keluh-kesah atau tenang, rasa kecewa atau ceria, rasa putus asa atau harapan yang cerah, rasa benci atau suka, rasa ragu atau percaya, rasa pesimis atau optimis, rasa rindu atau simpati. Sikap jasad lahir atau tingkah laku adalah pancaran dari hati atau roh sama ada baik ataupun buruk. Hati tempat penglihatan dan nilaian Tuhan manakala jasad lahir tempat pandangan makhluk. Hidayah yang lahir, ia adalah punca dari yang batin atau roh atau hati. Sifat mahmudah yang paling terpuji ialah ikhlas, penentu segala amalan seseorang itu diterima atau ditolak ialah bertapak pada roh atau hati, malaikat pun tidak tahu, hanya Allah yang mengetahui. Seseorang yang membuat kebaikan, orang tidak kata baik tangannya, kakinya, tapi orang berkata baik hatinya. Ketahanan yang lahir adalah berpunca daripada ketahanan yang baik yakni roh atau hati. Segala perubahan yang lahir ini berpunca daripada perubahan yang batin yakni roh atau hatinya. Penyakit roh atau hati membawa ke Neraka, penyakit lahir membawa ke Syurga (segala kesusahan dan kesakitan lahiriah merupakan kifarah dosa). Penyakit lahir walau bagaimana teruk sekalipun, ia hanya merosakkan badan, tapi penyakit roh atau hati menghancurkan apa yang ada di dunia ini. Penyakit badan kalau sudah teruk sangat, membawa mati badan, tapi penyakit roh atau hati membawa matinya iman dan Islam. Penyakit badan sakitnya tidak kekal, tapi penyakit roh atau hati seksanya kekal abadi. Penyakit lahir hanya manusia yang benci, tapi penyakit batin Allah benci. Penyakit lahir menguruskan badan, tapi penyakit batin menguruskan iman. Di dalam tidur, adakalanya mendapat alamat di dalam mimpi sama ada secara jelas atau ibarat. Ia diperlihatkan kepada roh, bukan kepada mata kasar. Rasulullah SAW menyuruh takut dengan pandangan mata hati atau pandangan roh. Allah tidak mengatakan agar takut kepada pandangan mata kasar. Maksudnya: “Takutilah firasat orang mukmin, kerana ia melihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi) Penyakit lahir tidak dipandang hina oleh Islam, tapi penyakit batin dipandang hina. Penyakit lahir tidak sampai hilang kepercayaan orang, tapi penyakit batin sampai menghilangkan kepercayaan orang. Penyakit lahir tidak membawa permusuhan, perpecahan dan peperangan, tapi penyakit batin membawa pergaduhan, perpecahan dan peperangan. Roh boleh mengembara tanpa jasad dan dapat melihat perkara- perkara yang ajaib dengan izin Allah. Selepas mati, roh boleh balik ke dunia dan dapat melihat keluarganya, tidak seperti jasad. Penyakit lahir orang simpati, penyakit batin orang tidak simpati.
Oleh kerana pentingnya hati dan roh, maka ia hendaklah dijaga sungguh-sungguh iaitu:
Wajib kita memberi makanan yang cukup. Makanannya ialah sembahyang, zikrullah, membaca Al Quran, tasbih, tahmid, selawat, melihat kebesaran-Nya melalui pemandangan dan mengingati mati. Memberi ia pakaian iaitu dengan sifat-sifat taqwa. Jauhkan dari sebarang penyakit seperti marah, bakhil, pendendam, sombong, riyak, ujub dan sebagainya. Muhasabah terhadapnya selalu. Sanggup bermujahadah, membersihkan dan memberi ia makan serta pakaian


12 Cara Memimpin Hati
Submitted by admin on Mon, 2007-12-17 12:55

Table of contents [hide]

Pertama: Ilmu tentang hati Kedua: Latihan Praktikal A. MUJAHADATUNNAFSI 1. TAKHALLI Contoh 1: Rasa Bakhil Contoh 2: Sifat Takabur Contoh 3: Rasa Takut 2. TAHALLI 3. TAJALLI B. ISTIQAMAH C. BERTAFAKUR D. BERGAUL E. PIMPINAN MURSYID Hati mesti dipimpin agar ia menjadi bersih atau baik. Kerana membersihkan hati adalah wajib. Bila ia bersih, akan membersihkan seluruh kehidupan lahirnya. Di antara cara-cara memimpin hati ialah:

Pertama: Ilmu tentang hati
Ada ilmu tentang hati atau roh. Tujuannya untuk mengenal sifat-sifat hati yang positif dan yang negatif. Kalau tidak ada ilmu tentangnya, sifat-sifat mazmumah tidak akan dapat dikesan. Apalagi untuk ditumpaskan. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudahnya tidak akan dapat dikesan untuk disuburkan.

Kedua: Latihan Praktikal
Perlu latihan-latihan praktikal melalui:
Mujahadatunnafsi Istiqamah Tafakur Bergaul dengan orang yang baik-baik Pimpinan mursyid
A. MUJAHADATUNNAFSI
Mujahadatun nafsi itu, di antara caranya ialah dengan menempuh tiga peringkat iaitu:
Takhalli ( ) - mengosongkan, membuang atau menyucikan daripada sifat-sifat yang keji. Tahalli ( ) - mengisi atau menghiasi dengan sifat-sifat terpuji. Tajalli ( ) - terasa kebesaran dan kehebatan Allah atau sentiasa rasa bertuhan. Pada ketiga-tiga peringkat ini hendaklah dilakukan dengan mengadakan latihan yang dinamakan riadatunnafsi( ). Yakni latihan melawan atau memerangi semua kehendak-kehendak hati yang jahat, yang didorong oleh hawa nafsu. Cara memeranginya ialah melalui latihan-latihan menolak kemahuan jahat yang ditimbulkan oleh nafsu. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

1. TAKHALLI
Di peringkat takhalli, kita mesti melawan dan membuang dengan memaksa terus-menerus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah (jahat) dan dilarang oleh Allah. Selagi kita tidak memaksa diri untuk membenci, memusuhi dan membuangnya jauh-jauh secara terus-menerus dari diri kita, selagi itulah nafsu jahat akan sentiasa menguasai dan memperhambakan kita. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yang terletak di antara dua lambung engkau.” (Riwayat Al Baihaqi)
Kerana kejahatannya itu, telah ramai manusia yang ditipu dan diperdayakan untuk tunduk dan bertuhankan hawa nafsu. Ini ada diceritakan oleh Allah dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Apakah engkau tidak perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsu menjadi Tuhan, lalu dia dibiarkan sesat oleh Allah berdasarkan ilmu-Nya.” (Al Jasiyah: 23)

Apabila nafsu jahat itu dibiarkan menguasai hati, iman tidak akan ada tempatnya. Bila iman tidak ada, manusia bukan lagi menyembah Allah, Tuhan yang sebenarnya tetapi dia akan menyembah hawa nafsu. Oleh itu usaha melawan hawa nafsu janganlah dipermudah-mudah dan dianggap ringan. Ia adalah satu jihad yang besar. Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada Sahabat- Sahabat ketika baginda berangkat pulang dari satu medan peperangan:

Maksudnya: “Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar.” Bila para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu?” Baginda berkata: “Peperangan melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)

Melawan hawa nafsu sangatlah susah. Barangkali kalau nafsu itu ada di luar jasad kita dan boleh pula dipegang, senanglah kita picit dan membunuhnya sampai mati. Tetapi nafsu kita itu ada dalam diri kita, mengalir bersama aliran darah, menguasai seluruh tubuh kita. Bahkan ia menjadi sebahagian daripada jasad kita iaitu tubuh yang halus (jismul-latif). Kerana itu, tanpa kesedaran, kemahuan dan paksaan yang sungguh-sungguh, kita pasti dikalahkannya, kemudian ia peralatkan semahu-mahunya. Untuk lebih jelas, biar saya senaraikan peringkat-peringkat nafsu manusia.

Sebagaimana iman itu sendiri berperingkat peringkat, begitu juga nafsu. Seseorang yang dapat mengalahkan nafsunya akan meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik. Begitulah seterusnya sehingga nafsu manusia itu benar-benar dapat ditundukkan kepada perintah Allah.
Berikut ialah peringkat-peringkat nafsu yang saya senaraikan mengikut aturan tingkatannya:
Nafsu ammarah Nafsu lawwamah Nafsu mulhamah Nafsu mutmainnah Nafsu radhiah Nafsu mardhiah Nafsu kamilah Orang yang imannya di taraf iman ilmu, nafsunya berada di taraf yang kedua iaitu nafsu lawwamah. Kita mesti berjuang melawan nafsu itu hingga ia mahu tunduk sepenuhnya pada perintah Allah iaitu paling minima, nafsu mutmainnah. Nafsu mutmainnah ada pada orang yang memiliki iman ayan. Di peringkat inilah sahaja kita akan dapat menyelamatkan diri daripada seksaan Neraka. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah), kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hambahamba- Ku. Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.” (Al Fajr: 27-30)

Di sini saya perpanjangkan lagi, bagaimana mahu membersihkan sifat-sifat mazmumah yang melekat pada hati itu. Sifat-sifat mazmumah yang melekat pada hati sepertilah daki yang melekat di badan. Kalau kita malas menggosoknya, akan bertambah menebal dan kuatlah ia bertapak di badan. Sebaliknya kalau kita rajin meneliti dan menggosoknya, maka akan bersihlah badan. Begitulah mazmumah (daki) hati. Jika kita rajin meneliti dan membersihkannya, maka bersihlah hati itu, malah ia bercahaya.

Bagaimanakah cara membuang sifat-sifat mazmumah dari hati? Tentulah tidak sesenang membuang daki di badan. Ia memerlukan latihan jiwa yang sungguh-sungguh, didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berkesan dari guru mursyid. Yakni guru yang dapat membaca dan menyelami hati muridnya sehingga dia tahu apakah kekurangan dan kelebihan muridnya itu. Malangnya di akhir zaman ini kita ketiadaan guru mursyid. Ini dinyatakan sendiri oleh baginda Rasulullah bahawa di akhir zaman yang banyak adalah mubaligh tetapi sukar mencari guru mursyid.

Nasib kita hari ini umpama anak ayam kehilangan ibu. Tiada yang akan memandu kita melalui jalan kebaikan yang ingin kita tempuhi. Meraba-rabalah kita. Tetapi bagi orang yang mempunyai keazaman yang kuat untuk membersihkan jiwanya, dia tidak akan kecewa hanya kerana tiada orang yang boleh mendidik dan memimpinnya. Ia akan sanggup berusaha sendiri demi kesempurnaan diri dan hidupnya, sekadar yang termampu. Untuk jelasnya saya buat beberapa contoh, cara membersihkan hati yang jahat ini:

Contoh 1: Rasa Bakhil
Biasanya nafsu mendorong kita bersifat bakhil. Sedangkan bakhil itu dikeji dan dibenci oleh Allah. Kerana Allah mahu kita jadi pemurah. Dalam sebuah Hadis, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Si pemurah yang jahil lebih dicintai Allah daripada ahli ibadah yang bakhil.” (Riwayat Al Khatib)

Oleh itu kita mesti melawan kemahuan nafsu itu. Paksalah hati memberi atau menderma selalu, terutamanya waktu rasa bakhil itu menguasai diri. Yang paling baik, waktu duit tinggal sedikit, waktu itulah kita latih berkorban kerana waktu itulah nafsu rasa paling tercabar. Itulah waktu yang sebaik-baiknya untuk menundukkan nafsu. Sedangkan waktu kita kaya, fungsi menderma tidaklah sebagai riadah melawan nafsu tetapi perbuatan itu sekadar dapat pahala.

Katakanlah kita sedar bahawa pada diri kita ada sifat bakhil. Kita pun tahu bahawa Allah tidak suka pada orang yang bakhil. Kerana itu kita berazam untuk mengikis sifat yang terkutuk itu. Maka kita perlu cuba membiasakan dan membanyakkan sedekah, memberi hadiah dan lain-lain amalan yang berupa pemberian hak kita kepada orang lain. Agar sifat pemurah menjadi subur dan sebati seterusnya menjadi tabiat kita. Sebagai pendorongnya, kita hendaklah selalu membaca firman-firman Allah dan Hadis- Hadis yang banyak menganjurkan kita berkorban.

Di sini dipetik beberapa ayat Al Quran dan Hadis untuk menunjukkan Allah dan Rasul-Nya sangat menganjurkan sifat pemurah itu.
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul- Nya dan nafkahkan sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan sebahagian dari hartamu, memperolehi pahala yang besar.” (Al Hadid: 7)

Maksudnya: “Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.” (Al Hadid: 11)

Bersabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Orang yang membantu perempuan janda dan orang miskin, samalah seperti berjihad di jalan Allah dan seperti bersolat malam tanpa letih, dan seperti berpuasa siang hari tanpa berbuka.” (Riwayat Bukhari)

Sebenarnya sifat bakhil bukan sahaja ada pada orang kaya dan berharta bahkan orang miskin pun tidak mustahil dihinggapi penyakit ini. Kerana itu dalam Islam bukan sahaja sedekah itu boleh dilakukan dengan harta benda tetapi boleh juga dilakukan dengan cara yang lain. Cara-cara ini dapat mendidik akhlak mulia bagi semua orang, memberi peluang pada orang miskin mengikis sifat bakhil selain turut mendapat pahala sedekah.
Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263)

Rasulullah SAW pernah memberikan garis-garis panduan berikut dalam satu riwayat Hadisnya:
Maksudnya: “Segala perbuatan yang baik itu sedekah.” (Riwayat Ahmad dan Bukhari dari Jabir)
Maksudnya: “Senyuman kepada saudaramu itu adalah sedekah.” (Mashabi Assunah)
Maksudnya: “Aku khabarkan kepadamu, yang lebih tinggi dari darjat puasa, sembahyang dan sedekah. “Khabarkanlah,” kata Sahabat-Sahabat. “Mendamaikan dua golongan yang bergaduh itu sedekah.” (Riwayat Ahmad dari Abi Dardak)

Dengan menggunakan panduan-panduan di atas, orang yang menyedari ada padanya sifat bakhil, bolehlah cuba melatih diri untuk mengubatnya. Bila ada saja peluang untuk sedekah dan sebagainya, jangan dibiar begitu sahaja. Paksalah hati untuk mengeluarkan harta atau bertindak memberi kebaikan kepada orang lain dengan bermacam-macam cara itu.

Di waktu rasa bakhil itu terasa kuat bergantung di hati, waktu itulah perlawanan mesti dihebatkan. Keluarkan apa-apa yang disayangi itu dengan segera dan sebanyak-banyaknya. Latihan ini akan jadi lebih berkesan kalau kita sanggup mengeluarkan harta itu semasa kita sendiri kekurangan.

Katakanlah kita didatangi oleh peminta derma di waktu kita hanya ada RM5 di poket. Waktu itu, paksakan hati supaya mengeluarkan separuh yang ada. Tentulah hati rasa berat tetapi keluarkanlah juga. Insya-Allah, kalau ini dibuat dan sanggup kita buat selalu, kita akan jadi seorang yang pemurah dan rasa bakhil akan lenyap terus dari hati kita. Katakanlah kita ada duit RM10,000 tetapi yang kita dermakan hanya RM10 sahaja, tentu tidak akan berkesan apa-apa di hati kita. Di waktu duit sedikit, rasa bakhil sangat kuat maka waktu itu kita akan rasa berat untuk menderma. Ketika itulah kita perlu lawan sifat bakhil itu. Itulah yang dikatakan latihan. Itulah caranya untuk suburkan sifat-sifat pemurah.

Contoh 2: Sifat Takabur
Sifat takabur (sombong) adalah mazmumah yang wajib sangat dikikis segera. Kalau tidak ia akan menutup semua jalan-jalan kebaikan yang mungkin dibuat oleh seseorang itu. Hampir semua dari kita ada sifat ego atau sombong ini. Untuk membuangnya, amat susah sekali. Imam Ghazali ada berkata bahawa sifat ego itu hampir-hampir mustahil dapat dibuang semuanya dari jiwa manusia.

Ada ulama sufi berkata, setelah melakukan latihan melawan hawa nafsu, sifat mazmumah yang paling akhir sekali keluar dari dirinya ialah kibir, sombong atau ego.
Bagaimanapun kita perlu berusaha untuk mengurangkannya. Kita mesti cuba merendah diri dengan memaksa hati untuk merasa dan mengakui kelemahan dan kekurangan kita sebagai manusia biasa. Dalam perselisihan pendapat atau pergaduhan kita dengan orang lain misalnya, cuba rasakan kesilapan itu di pihak kita. Atau paling tidak, akuilah bahawa kita juga turut bersalah.

Bukankah ada pepatah mengatakan, “Bertepuk sebelah tangan masakan berbunyi.”
Kalau kita mampu dan berani mengakui kesalahan, akan mampu pulalah kita meminta maaf. Hanya dengan meminta maaf sahaja dosa kita sesama manusia akan terhapus. Oleh itu perlu sangatlah kita melatih diri untuk melawan sifat sombong atau takabur itu.

Latihan yang lebih berkesan lagi ialah kita biasakan diri tinggal bersama dengan orang-orang yang dipandang rendah oleh masyarakat. Orang-orang susah, peminta sedekah, orang cacat dan siapa sahaja yang setaraf, kita dampingi dan gauli. Duduk, bercakap-cakap, minum dan tidur baring bersama mereka hingga kita rasa sama seperti mereka. Waktu itu jiwa ego kita akan berasa kesal, terhina dan terseksa sekali kerana kita merasakan orang lain semua mengejek dan merendah-rendahkan kita. Biarkan. Bisikkan di hati, “Memang awak ini asalnya miskin dan hina. Berasal dari tanah dan akan menjadi tanah. Datang ke dunia dulu tanpa seurat benang dan sesen wang.”

Kalaulah amalan ini dibiasakan, insya-Allah sifat ego itu sedikit demi sedikit akan dapat kita buang dari hati kita. Alah bisa tegal biasa dan yakinlah ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Dan ingatlah selalu firman Allah:

Maksudnya: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak suka seseorang yang sombong lagi membangga diri.” (Luqman: 18)
Allah berfirman lagi:

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu golongan menghina golongan yang lain kerana boleh jadi mereka yang dihina lebih baik dari mereka yang menghina. Dan jangan pula wanita (menghina) wanita-wanita lain kerana boleh jadi wanita yang dihina lebih baik dari wanita yang menghina.” (Al Hujurat: 11)

Janganlah kita berjalan di muka bumi dengan sombong kerana kekayaan kita. Kekuatan kita tentu tidak dapat membelah bumi dan ketinggian kita tetap tidak dapat menyamai bukit. Imam Syafie pernah berkata, “Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri dan tidak akan hina orang yang merendah diri.”

Sifat berkasih sayang sesama manusia adalah sifat terpuji yang dituntut oleh Allah. Ia adalah lawan pada sifat sombong, hasad dengki dan berdendam sesama manusia. Untuk mendapat- kannya, kita kena melakukan latihan. Untuk menyayangi orang yang kita sayang itu mudah. Itu bukan latihan namanya. Untuk sayang ayah dan ibu kita, ia tidak perlukan latihan. Memang fitrah semula jadi kita sayang kepada ibu dan ayah. Tetapi yang memerlukan latihan ialah untuk berbuat baik kepada orang yang tidak pernah berbuat baik kepada kita atau berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita.
L
atihan ini sangat susah hendak dibuat kerana ia sangat bertentangan dengan nafsu. Tetapi kita diminta juga untuk mengusahakannya. Sebab itu Rasulullah ada bersabda:
Maksudnya: “Hendaklah buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kamu.”
Biasanya kita hanya boleh berbuat baik dengan orang yang berbuat baik kepada kita sahaja.

Kalau ada kawan yang menyinggung kita, kita tidak sanggup berbuat baik kepadanya. Sebab itulah kita kena latih melawan kemahuan jahat itu. Caranya, orang yang kita tidak suka itu, kita ajak makan bersama, ajak berbual, ajak bermesra, ajak berjalan dan lain-lain lagi. Hal ini memanglah boleh membuatkan hati susah sedikit. Tidak mungkin sekali dua kita usahakan, kita terus mendapat hasilnya. Kita kena lakukan latihan ini sepanjang masa. Bila ada peluang melakukannya, teruslah bertindak.

Sanggupkah kita membuat latihan seperti yang telah kita sebutkan tadi? Kalau kita mampu berbuat, kitalah rijal. Kitalah wira kerana sanggup memerangi nafsu. Ertinya sanggup memerangi diri sendiri. Namun ianya bukan mudah. Amat susah. Tersiksa kita dibuatnya. Adakalanya hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat baik kepada kita pun amat susah. Betapa pula hendak berbuat baik kepada orang yang pernah berbuat jahat kepada kita. Tentu lebih sulit lagi. Namun melalui latihan yang bersungguh-sungguh, insya-Allah ianya akan dipermudahkan oleh Allah. Allah berfirman:

Maksudnya: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)
Contoh 3: Rasa Takut
Rasa takut yang menguasai hati akan bertindak dalam berbagai bentuk mengikut suasana yang dihadapi. Contohnya, takut jin, takut harimau, takut ular, takut penjahat, takut miskin, takut orang kata, takut menegakkan kebenaran, takut maksiat dan takutkan Allah.

Di antara rasa-rasa takut yang disenaraikan di atas, ada rasa takut yang dilarang syariat dan ada pula rasa takut yang disuruh syariat. Perlu diketahui bahawa kedua-dua jenis takut ini tidak mungkin mengisi hati manusia dalam satu masa. Kalau rasa takut yang dilarang syariat ada dalam hati, maka rasa takut yang disuruh syariat, tidak akan bertapak di hati. Sebaliknya kalau takut yang disuruh syariat mengisi ruangan hati, maka hilanglah pula rasa takut yang dilarang syariat.

Tujuan melawan hawa nafsu yang dianjurkan syariat adalah untuk membuang segala rasa takut yang dilarang, untuk diganti dengan rasa takut yang disuruh. Kemuncak rasa takut yang dikehendaki syariat ialah rasa takutkan Allah, dengan erti takutkan segala azab yang dijanjikan oleh Allah di dunia apalagi di Akhirat.

Untuk itu kita mesti melawan nafsu kita yang takut pada hantu atau momok misalnya. Setiap kali kita terserempak dengan suasana itu, jangan kita mengalah dengan nafsu. Kuatkan hati dan tanamkan keyakinan bahawa Allah sahaja yang layak kita takuti. Yang lain-lain hanyalah makhluk seperti kita dan tidak ada apa-apa kuasa. Untuk lebih berkesan, cuba di waktu tengah malam, kita pergi sendirian ke tanah perkuburan atau ke tempat-tempat yang menyeramkan. Masya-Allah! Tentulah takut. Takut itulah yang mesti kita lawan. Lawan dengan iman dan ilmu. Yakin bahawa tidak ada suatu kuasa pun yang boleh memberi kesan melainkan kuasa dan keizinan Allah.

Waktu itu, isikan hati dengan zikrullah. Sedar dan yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama dan Allah sangat hampir dengan kita. Allah Maha Melihat dan sedang melihat apa yang kita lakukan. Allah Maha Mendengar dan sedang mendengar apa yang kita katakan. Allah Maha Mengetahui segala masalah yang sedang melanda hati kita. Allah penentu, Allah pemutus, Allah penolong, Allah pembantu, Allah penyelamat dan Allah Maha Kasihan Belas pada hamba-hamba-Nya yang mahu mengikut jalan-Nya.

Maksudnya: “Mereka yang bermuhajadah (berjihad untuk mencari keredhaan Allah) pada jalan Kami, akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69)

Lakukan latihan ini dengan tawakal dan doa yang sungguh-sungguh, agar Allah merestui dan memudahkan perjalanan kita. Buangkan rasa takut itu dan gantikan dengan ingatan serta keyakinan hanya pada-Nya.

Bagi orang yang ingin menegakkan kebenaran, tetapi takut dikata orang, takut dihina, takut dibuang kerja, takut ditangkap, takut dijel, takut dibenci dan diketepikan, juga wajib bermuhajadah. Lawanlah rasa takut yang begitu dengan bertindak melakukan amalan tersebut. Misalnya kita takut hendak menghantar anak ke sekolah yang terjamin ada pendidikan Islam, dengan alasan takut tidak dapat kerja, takut gelaplah masa depannya di samping takutkan sikap hidup yang konon ketinggalan zaman.

Cara melawannya ialah hantarkan sahaja anak ke sekolah yang ditakuti itu. Kuatkan hati, pejamkan mata, pekakkan telinga dan lepaskan si anak pergi. Apa sahaja yang dibisikkan nafsu dan syaitan itu kita lawan. Jangan dilayan. Tawakal dan berdoa kepada Allah semoga usaha itu direstui dan semoga Allah bukakan jalan-jalan kemenangan kepada kita di dunia dan Akhirat.

Bagi orang-orang yang tidak melawan nafsu, imannya tidak mungkin dapat bertambah. Malah makin berkurang. Sama ada mereka sedar atau tidak, mereka telah diperhambakan oleh nafsu, menempah kecelakaan dan kutukan Allah di dunia dan Akhirat.

Sebenarnya apa yang ditakuti itu, baik jin, mahupun kemiskinan atau penghinaan dari orang lain, pada hakikatnya tidak begitu. Adakah selama ini jin yang mencekik dan membunuh orang? Benarkah orang yang berpendidikan Islam itu miskin dan hina? Benarkah orang yang berpendidikan sekular terjamin hidup dunianya? Cubalah renung dan fikirkan hakikat ini. Kemudian sesuaikan pula dengan firman Allah:

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu tolong Allah, Allah akan menolong kamu dan Dia akan menetapkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)
Demi Allah yang tidak akan mungkir janji, yakinlah bahawa setiap usaha yang bertujuan mencari keredhaan-Nya pasti mendapat jaminan dan dimuliakan.

Perkara yang harus kita sadari bahwa Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih itu, sentiasa bersedia untuk menolong sesiapa sahaja dari hamba hamba- Nya. Kerana telah ditetapkan-Nya bahawa untuk mendidik hati, menambah iman itu perlu kita banyakkan latihan melawan hawa nafsu, maka Allah sendiri selalu memberi peluang pada kita untuk berbuat demikian.

Maka kita perlu ridho terhadap ujian dari Allah yang selalu menimpa kita seperti miskin, sakit, kematian, kecacatan anggota, kekurangan rupa paras, lemah dan bodoh, kata nista, hasad dengki orang, bencana alam dan lain-lain kesusahan serta penderitaan itu adalah peluang yang Allah berikan untuk kita bermujahadah. Lagi tinggi taraf iman seseorang, lagi banyaklah mehnah yang Allah datangkan. Demikian maksud sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Bala yang paling berat akan ditimpa pada nabi-nabi, kemudian orang yang paling mulia (selepas nabi), kemudian yang paling mulia selepas itu. Seseorang itu diuji mengikut pegangan agamanya. Jika kuat agamanya beratlah ujiannya. Jika lemah agamanya, maka diuji mengikut agamanya.” (Riwayat At Tirmizi)

Apabila jiwa dihimpit dengan kesusahan-kesusahan, ertinya nafsu tercabar. Nafsu bakhil, sombong, penakut dan lain-lain mazmumah itu menjadi sakit dan terseksa setiap kali ditimpa ujian. Sesiapa sahaja sama ada orang Islam atau bukan Islam, asalkan dia hamba Allah, pasti merasakan hal ini. Bagi orangorang yang beriman, dia sedar maksud Allah berbuat begitu. Setiap kali ditimpa ujian dia cepat-cepat memberitahu hatinya bahawa kalau ia sabar dan redha dengan ujian itu ia pasti akan mendapat satu dari dua yakni:
Penghapusan dosa atau Kasih sayang Allah dan pangkat darjat di Syurga Apabila diyakini sungguh-sungguh, bagi kita yang bertaraf iman ilmu tentu akan sanggup bermujahadah, memaksa nafsu untuk tenang dan merasa tidak ada apa-apa dengan penderitaan itu. Kalau kita miskin, maka pujuklah hati untuk tidak sedih dan susah hati dengan kemiskinan.

Kajilah kebaikan yang diperolehi oleh orang miskin, di dunia mahupun di Akhirat. Misalnya di dunia kita beruntung, tidak payah mengurus, tidak payah bertanggungjawab membantu orang lain. Di Akhirat pula hisab akan dikurangkan dan dipercepatkan masuk ke Syurga.

Kemudian ajaklah hati untuk menerima pemberian Allah itu dengan redha, tanpa kesal dan buruk sangka dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah cukup tahu kenapa kita perlu miskin. Kita pula sangat lemah untuk memahami hakikatnya apalagi untuk menangkisnya. Ibarat baju kita yang mana ia tidak pernah tahu kenapa kadang-kadang dibasuh, kadang-kadang digosok, kadang-kadang dijahit, kadang-kadang dipakai dan kadangkadang dibuang. Maka begitulah kita yang jahil tentang rahsia diri dan hati sendiri. Amat munasabahlah untuk kita redha dan sabar dengan ketentuan Allah kepada kita.

Memang di peringkat mujahadah, hati masih sakit dan tidak puas hati. Hanya jagalah supaya kita tidak gelisah, tidak mengungkit- ungkit, tidak mengadu-ngadu serta tidak buruk sangka dengan Allah. Kalau sifat ini dapat dikekalkan, insya-Allah peluang untuk meningkatkan iman adalah besar.

Sebaliknya kalau setiap ujian dihadapi dengan keluh-kesah dan gelisah, kebimbangan, tidak sabar dan buruk sangka dengan Allah, bersedialah untuk menanggung kegelisahan jiwa yang perit dan penderitaan di Akhirat yang amat sangat.
Untuk pengetahuan kita, perlu dinyatakan bahawa bagi orang-orang muqarrobin dan nabi-nabi, iman yang tinggi menjadikan mereka lebih senang hidup dalam kesusahan daripada kesenangan. Mereka lebih inginkan kekurangan daripada kecukupan.

Sebagai bukti cuba kita lihat doa Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Wahai Tuhan, hidupkan aku di dalam kemiskinan, matikan aku dalam kemiskinan dan kumpulkan aku dalam Syurga bersama orang-orang miskin.” (Riwayat At Tirmizi)

Sayidina Ali dalam sejarahnya pernah ketika dia hanya ada sebiji kurma untuk berbuka puasa, tiba-tiba datang peminta sedekah meminta makanan, terus diberikannya kurma yang sebiji itu.
Seorang perempuan di zaman Rasulullah SAW, yang punya tiga anak lelaki, sanggup melepaskan kesemua anaknya ke medan perang. Dia senyum ketika anak sulung dan anak keduanya mati syahid di medan perang tetapi menangis bila diberitahu anak bongsunya juga syahid. Bila ditanya kenapa dahulu senyum, sekarang menangis? Beliau menjawab: “Aku sedih kerana tiada lagi anak yang boleh aku korbankan untuk jihad fisabilillah.”
Nafsu kita juga selalu membuatkan kita kelu dan takut untuk bercakap bila berhadapan dengan orang-orang besar atau raja.

Sedangkan bercakap benar di hadapan raja yang zalim itu adalah dituntut. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Jihad yang paling utama itu berkata benar kepada penguasa yang zalim.” (Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Oleh itu kita mesti berusaha dapatkan sifat berani. Untuk melakukannya, mesti biasakan bercakap kebenaran bila semajlis dengan orang-orang besar. Memanglah di permulaannya kita akan rasa gementar tetapi lama kelamaan rasa takut pada makhluk itu pasti hilang. Yang timbul hanya rasa takut pada Allah sahaja.

Tanpa latihan tidak mungkin kita boleh buat peningkatan. Sedangkan latihan itu memang sulit. Kerana kita dihalang oleh nafsu. Rasa takut dan rendah diri itu sudah lama mendarah mendaging. Jadi dengan jiwa tauhid yang kuat dan ampuh bertunjang di hati saja, kita mampu menolak nafsu-nafsu takut dan hina diri itu. Terutama bila berhadapan dengan orang besar atau orang yang berkuasa.

2. TAHALLI
Tahalli bererti menghias. Yakni perkataan lawan bagi takhalli. Sesudah kita mujahadah yakni mengosongkan hati dari sifat-sifat terkeji atau mazmumah, segera pula kita menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah. Untuk mudah difahami, cuba gambarkan hati kita sebagai sebuah mangkuk yang kotor.

Kemudian mangkuk itu dibersihkan. Setelah bersih, jangan dibiarkan ianya kosong. Isikan dia dengan barang-barang yang berharga dan makanan yang lazat. Begitu jugalah dengan hati yang telah dibersihkan daripada sifat-sifat mazmumah tadi. Janganlah dibiarkan ianya kosong. Mestilah diisi dengan sifatsifat mahmudah pula.

Untuk mengisi hati dengan sifat mahmudah, sekali lagi kita perlu mujahadah. Saya tegaskan sekali lagi, bahawa dalam peringkat mujahadah ini, kita masih berasa berat dan susah. Susahnya memerangi hawa nafsu itu kerana hakikatnya kita terpaksa memerangi diri kita sendiri. Bukankah sebelum ini kita katakan nafsu itu sebahagian dari jasad kita, iaitu jasad halus kita (jismul latif).

Maknanya belum ada ketenangan dan kelazatan yang sebenar. Bagaimana hendak lazat kalau terpaksa memerangi diri sendiri. Insya-Allah, kalau kita bersungguh-sungguh, lama kelamaan bila ia sebati dengan hati, di waktu itu akan terasalah lazatnya. Kerana setelah kita bersungguh-sungguh, Allah akan membantu sepertimana janji-Nya dalam Al Quran.

Cara-cara mujahadah dalam tahalli samalah seperti kita mujahadah untuk takhalli. Macamlah juga orang yang buat latihan senaman untuk sihatkan badan. Peringkat awal tentulah terasa letih, menjemukan dan sakit-sakit badan. Tetapi akhirnya nanti, dia akan rasa seronok dan terhibur dengan senaman itu. Begitulah juga dalam riadatunnafsi ini. Ertinya, kita bersenam secara rohaniah. Peringkat awal tentulah jemu dan terseksa tetapi akhirnya ia akan mesra dengan tabiat diri kita.

Misalnya, kita mahu menghiasi hati dengan sifat pemurah. Maka kita mujahadah dengan mengeluarkan harta atau barang kita, terutama yang kita suka dan sayang, untuk diberi pada yang memerlukannya. Mulanya tentu terasa berat dan payah. Tetapi jangan menyerah. Kita lawan. Ingatkan hati bagaimana orang-orang muqarrobin berebut-rebut untuk dapatkan pahala sedekah. Sayidatina Aisyah r.ha. di waktu tiada apa yang hendak dimakan, beliau cuba juga mendapatkan walau sebelah kurma untuk disedekahkan. Begitu kuat keinginan mereka pada pahala dan rindunya dengan Syurga. Mereka berlumba-lumba menyahut pertanyaan Allah SWT:

Maksudnya: “Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperolehi pahala yang banyak.” (Al Hadid: 11)

Setiap kali kita rasa sayang pada harta, setiap kali itulah pula kita keluarkannya. Insya-Allah lama-kelamaan kita akan memiliki sifat pemurah. Begitu juga dengan sifat-sifat mahmudah yang lain seperti kasih sayang, berani, tawadhuk dan sebagainya, perlulah kita miliki. Untuk itu kenalah bermujahadah. Jika tidak, iman juga turut hilang. Sebab iman itu terdiri di atas sifat-sifat mahmudah.

3. TAJALLI
Sebagai hasil mujahadah dalam takhalli dan tahalli , kita akan memperolehi tajalli. Iaitu sejenis perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi. Agak sukar untuk dituliskan atau digambarkan dengan bahasa. Apakah yang dikatakan tajalli? Yang sebenarnya ia adalah sejenis perasaan yang bersifat maknawiah (zauk), yang hanya mungkin dimengertikan oleh orangorang yang mengalami dan merasainya. Sepertilah kemanisan gula, tidak akan dapat digambarkan secara tepat.

Tajalli secara ringkas, secara asas dan secara mudah difahami ialah perasaan rasa bertuhan, rasa dilihat dan diawasi. Hati seakan-akan celik, hidup, nampak dan terasa kebesaran Allah. Ingatan dan rindu penuh tertuju pada Allah. Hati tenggelam dalam kebesaran-Nya atau dalam mencintai-Nya dengan tidak putus-putus lagi.

Harapan dan pergantungan hatinya tidak lagi pada yang selain dari Allah. Dirasakan oleh hatinya bahawa seluruh amal bakti yang dibuatnya, adalah kerana dan untuk Allah semata-mata. Atau hadiah daripada Allah kepadanya. Apa sahaja masalah hidup, dihadapi dengan tenang dan bahagia. Tidak ada pun kesusahan dalam hidupnya. Sebab semua itu dirasa pemberian dari Kekasihnya, Allah SWT. Kalau begitu, bagi orang-orang yang beriman, dunia ini sudah terasa bagaikan Syurga. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan sejati dan kebahagiaan abadi iaitu kebahagiaan hati.

Kata ini yang mampu saya gambarkan rasa tajalli yang agak rasional yang boleh dihuraikan secara ilmiah. Yang selebihnya, lemahlah tinta untuk menulisnya. Hanya siapa yang dapat, dia akan merasakannya dan tidak dapat berkongsi dengan orang lain pula. Kalau cuba juga diceritakannya, akan menimbulkan fitnah di sisi orang-orang yang jahil. Sementara orang-orang yang hasad dengki pula akan mengambil peluang menuduhnya sesat, kafir atau zindik. Dalam soal ini ada seorang Sahabat Rasulullah SAW pernah berkata: “Kalau aku luahkanlah apa yang terasa dalam hati ini, orang akan menuduh aku kafir dan lantas membunuh aku.”

B. ISTIQAMAH
Sikap istiqamah (tetap) beramal adalah benteng iman yang keempat. Seseorang yang memiliki sikap ini sebenarnya telah mendirikan benteng untuk mengawal imannya daripada gangguan musuh. Sebaliknya, tanpa sikap ini seseorang telah membuka satu pintu kepada musuh-musuhnya untuk masuk ke hati dan merosakkan imannya.

Bagaimana ini boleh terjadi? Telah saya katakan berulang kali bahawa tujuan ibadah serta membersihkan hati itu adalah untuk membuahkan iman dan akhlak. Kalau tidak begitu, ibadah itu tidaklah bererti apa-apa. Amalan yang membuahkan iman dan akhlak itu adalah benteng yang menjaga iman. Maka melaksanakannya secara tetap dan berterusan akan menetapkan iman dan akhlak itu pada hati kita. Sebaliknya, kalau amalan yang berbuah itu dilakukan sekalisekala dan tidak berterusan, maka tentulah iman itu juga tidak terjamin keselamatannya. Di waktu amalan itu kita lakukan, iman akan tinggi tetapi ketika amalan itu ditinggalkan, iman akan menurun atau merosot.

Oleh itu supaya iman sentiasa ada dan stabil, sikap istiqamah beramal adalah penting. Ia akan bertindak sebagai benteng yang dapat memelihara dan menyelamatkan iman daripada serangan musuh terutama nafsu dan syaitan. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang berterusan (berkekalan) walaupun sedikit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang penting dalam beramal ialah mengekalkan amalan itu. Kalau tidak mampu berbuat banyak amalan, cukuplah sedikit, asal dikekalkan (istiqamah), daripada banyak amalan tetapi tidak kekal.

Contohnya, membaca Al Quran, cukuplah lima baris sahaja tetapi dibuat tiap-tiap hari daripada lima juz sekali baca tetapi dibuat sebulan sekali. Sembahyang sunat pula, cukuplah dua rakaat tiap-tiap malam daripada seratus rakaat tetapi sebulan sekali. Begitu juga dengan sedekah. Biar hanya 10 sen setiap hari daripada RM10 tetapi setahun sekali.
Kebaikan dari sikap istiqamah ini ialah:
Amalan yang dibuat secara istiqamah akan berkesan. Umpama setitik air kalau terus-menerus memukul batu, lamakelamaan akan melekukkan batu. Sebaliknya kalau banjir sekalipun yang datang tetapi hanya sekali datangnya, tentu tidak berbekas pada batu. Tujuan beramal dan membersihkan hati agar iman dan akhlak subur. Setiap kali kita beramal kita akan merasai nikmat buahnya itu. Jadi kalau sesuatu amalan itu kita kekalkan, maknanya kita akan sentiasa dapat menikmati nikmatnya. Nikmat inilah yang akan memelihara iman kita. Musuh kita terutama nafsu dan syaitan tidak pernah rehat daripada memusuhi kita. Dengan istiqamah, barulah seimbang pertahanan kita terhadap musuh-musuh itu. Maknanya kita juga tidak pernah berehat mempertahankan iman dan akhlak kita. Imam Al Ghazali pernah mengingatkan, “Banyakkanlah olehmu akan amalan yang terasa berbekas di hati.”

Lain orang lain hatinya, maka lain pulalah minat dan kegemaran beramal. Ada orang seronok dengan zikir ‘alhamdulillah’. Maknanya bila sebut ‘alhamdulillah’ terasa di hati lazatnya zikir itu. Maka untuk orang ini banyakkanlah zikir itu. Orang lain pula rasa lazat dengan puasa. Maka banyakkanlah puasa sunat. Begitu juga ada orang yang terasa lazat dengan berfikir. Bila berfikir terasa bertambah iman. Maka banyakkanlah berfikir.

Kebaikan dari sikap ini ialah apabila sesuatu amalan itu dilakukan dengan suka dan rela, ia akan lebih berkesan dan tidak menjemukan. Orang yang beramal kerana terpaksa dan ikut-ikutan atau secara jahil dan tidak faham falsafah ibadah itu, tidak akan memperolehi apa-apa kesan baik. Sebaliknya akan mudah terasa jemu. Orang yang jemu beramal akan putus hati dengan Allah. Bila putus hubungan hati dengan Allah, bermakna orang itu sedang berada dalam kemurkaan Allah. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi:

Maksudnya: “Hai hamba-Ku, mengapa kamu jemu beramal sedangkan Aku tidak pernah jemu memberi pahala padamu?”

Allah SWT sentiasa bersedia untuk melimpahkan rahmat dan pahala pada kita tetapi mengapa kita tidak mempedulikan-Nya? Untuk mengelak dari sikap itu, kita mesti berhati-hati dalam beramal. Jangan beramal kerana ikut-ikut orang dan kerana terpaksa. Tilik dahulu hati dan minat kita, kemudian pilihlah amalan yang betul-betul sesuai. Barulah dilakukan amalan itu. Kalau tidak, lama-kelamaan penyakit jemu beramal akan menyerang kita.

Bila jemu, banyaklah perkara yang boleh berlaku. Ada yang langsung meninggalkan amalan itu. Ada pula yang langsung benci dengan Islam. Ada yang kadang-kadang buat, kadangkadang tinggalkan. Sebab itu, banyak berlaku orang lari meninggalkan jemaah Islam, pergi meneruskan hidup yang sesuai dengan kehendak nafsu dan syaitan.
Dalam beramal elok dipraktikkan teori: “Biar sedikit tetapi banyak jenis daripada banyak tetapi satu jenis.”

Mencari keuntungan Akhirat samalah seperti mencari keuntungan di dunia. Di dunia macam-macam yang kita buat seperti berniaga, tanam padi, tanam sayur, tangkap ikan, ternak kambing dan lembu. Kalau satu daripada usaha-usaha itu mengalami kerugian, kita masih boleh bergantung pada usaha-usaha yang lain. Tetapi kalau kerja kita satu jenis sahaja, katakanlah berniaga sahaja, tiba-tiba kita rugi, akan menderitalah kita waktu itu.

Begitulah juga halnya dalam mencari keuntungan hidup di Akhirat. Elok kita beramal banyak jenis selain yang difardhukan seperti sembahyang, puasa, sedekah, zikir, baca Quran, tolongmenolong, berkhidmat, berdakwah dan lain-lain yang dianjurkan oleh syariat. Katalah ada di antara amalan itu tidak diterima oleh Allah, waktu itu masih ada lagi amalan yang lain boleh kita harapkan. Tetapi kalau satu jenis sahaja amalan, tiba-tiba yang satu itu tidak diterima, apalagi yang boleh diharapkan? Oleh itu cuba jangan tumpukan amalan kita pada satu jenis sahaja. Usahakan supaya banyak jenis. Biarlah sedikit asalkan istiqamah.

C. BERTAFAKUR
Seterusnya kita lalui jalan berfikir (tafakur). Banyak ayat Al Quran yang menganjurkan kita berfikir. Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka?” (Rom: 8)

Maksudnya: “Apakah kamu tidak memikirkannya?” (Al An’am: 50)

Maksudnya: “Pada diri kamu mengapa kamu tidak memerhatikannya.” (Az Zariyat: 21)
Berfikir yang dimaksudkan di sini ialah merenung dengan hati dan akal tentang ciptaan Tuhan hingga datang rasa insaf dan terasa kelemahan diri. Misalnya memikirkan rahsia ciptaan alam sehingga terasa kebesaran Allah dan timbul rasa gerun pada kekuasaan-Nya. Seterusnya memikirkan rahsia perjalanan hati yang bergelombang antara berbagai alunan rasa mazmumah dan mahmudah.

Yakni tanpa dikontrol oleh kita, dapat kita rasakan satu pentadbiran Yang Maha Agung sedang mengawasi diri kita. Kesannya kita akan rasa sungguh takut untuk menderhakai Allah. Merenung dan berfikir tentang mati, yang tidak pernah ada seorang pun dapat mengelak darinya sehingga timbul rasa ingin beramal secara serius, sekaligus mahu membuat persiapan ke arah itu. Berfikir terus tentang itu semua, insya-Allah hati kita akan dimasuki sifat-sifat mahmudah.

Jadi untuk memiliki sifat-sifat mahmudah mestilah seseorang itu membuat latihan-latihan berfikir seperti berfikir tentang kesalahan diri, tentang dosa dan tentang mazmumah dalam diri. Bawa tafakur dan merenung barulah terasa betapa buruknya mazmumah. Ketika itu barulah mahu menyerah dan menghina diri kepada Allah. Kesannya akan mendorong kita untuk tunduk dan patuh kepada Allah dan perintah-Nya. Mendorong kita menjadi tawadhuk, rendah diri, berlemah-lembut sesama manusia dan memiliki lain-lain sifat mahmudah. Jadi berfikir juga salah satu cara boleh membaiki diri seseorang.

D. BERGAUL
Tarbiah dan didikan juga boleh didapati melalui pergaulan. Imam Al Ghazali r.hm. ada berkata, di antara cara-cara yang praktikal untuk membaiki diri, hendaklah kita bergaul dengan orang ramai. Melalui pergaulan dapat dikesan sifat-sifat buruk kita. Manusia umum biasanya lebih memperkatakan tentang keburukan kita daripada kebaikan kita yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar dan tidak tahu itu satu kejahatan. Jadi bila kita dikata orang, barulah kita tahu akan kejahatan diri. Maka di waktu itu mudahlah untuk membaikinya.

E. PIMPINAN MURSYID
Cara membaiki diri seterusnya ialah melalui pimpinan. Pemimpin atau guru mursyid itu mampu memimpin kerana kelebihannya yakni dia lebih tahu tentang kecacatan dan kelemahan muridnya lebih daripada muridnya mengenali dirinya sendiri. Mengetahui tentang sir dan batin muridnya. Tahu pula membaca hal-hal halus yang ada pada hati seseorang.

Pemimpin yang soleh atau guru mursyid itu juga nampak dan boleh menunjuk kelemahan diri kita. Boleh mendidik dan menunjuk ajar. Biasanya cara ini lebih berkesan dan lebih cepat untuk kita membuat perubahan diri. Asalkan kita dapat memberi kepatuhan kepadanya tanpa berbelah lagi. Biasanya dia sentiasa buat teguran kepada pengikut-pengikutnya atau murid-muridnya sama ada secara langsung dengan lisan mahupun dengan perbuatan secara tidak langsung.

Jadi pimpinan pemimpin yang mursyid itu lebih berkesan daripada latihan-latihan lain dalam membaiki diri yakni membaiki roh kita itu. Walau bagaimanapun pelbagai macam latihan lagi boleh dibuat. Terpulanglah kepada kesedaran dan kemampuan kita.

Begitulah ilmu tentang roh atau ilmu rohani. Ia adalah ilmu untuk dapat mengesan sifat-sifat roh sama ada yang mahmudah untuk disuburkan mahupun yang mazmumah untuk ditum181 paskan supaya roh kita ini bersih dan murni. Membersihkan roh atau hati itu mestilah melalui dua peringkat. Peringkat awal dengan mengetahui ilmu dan peringkat kedua melalui latihan. Setelah menempuh kedua-dua jalan ini, dengan hidayah dan taufik daripada Allah, hati atau roh itu akan bersih. Sedangkan hati ini merupakan raja dalam kerajaan diri. Dialah yang mengarah, dialah yang menahan, dialah yang menyuruh dan sebagainya.

Bila mana roh dan hati ini menjadi raja dalam diri, kalau raja sudah bersih, ertinya raja itu sudah baik, maka segala anggota lahir atau jawarih seperti tangan, kaki, mulut, mata, telinga dan lain-lainnya, akan mematuhinya. Walaupun terasa berat, bila hati sebagai raja dalam negara diri sudah memerintah, maka seluruh rakyat dalam dirinya akan mematuhinya.

Ditegaskan sekali lagi, anggota-anggota lahir itu adalah ibarat rakyat dalam negara diri dan hati adalah rajanya. Bila raja baik, seluruh rakyat akan baik. Maknanya seluruh anggota lahir kita ini akan baik. Tetapi bila raja itu jahat, maka dikerahkan pula anggota lahir kita ini untuk buat kerja-kerja jahat.

Bila raja dalam diri baik, baiklah seluruh jawarih, maka jawarihkita ini akan tunduk kepada perintah Allah. Itulah anggota manusia yang bersyariat. Jadi anggota lahir ini boleh bersyariat kerana hati itu bersyariat. Anggota lahir kita ini baik, kerana hati itu baik. Anggota lahir kita ini boleh rukuk dan sujud, kerana hati itu sudah rukuk dan sujud. Anggota lahir ini walau bagaimana susah pun, dia sanggup juga tunduk kepada Allah kerana hati sudah tunduk. Inilah yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Begitu besarnya peranan hati atau roh ini. Ia adalah raja dalam kerajaan diri. Sebab itu Allah memerintahkan hati atau roh mesti dibersihkan. Bersihkan mazmumahnya digantikan dengan mahmudah melalui takhalli, tahalli dan tajalli, sepertimana yang telah dibahaskan.

Jadi baru kita tahu anggota lahir kita ini akan bersyariat bila hati itu bersyariat. Anggota lahir itu baik bilamana hati itu baik. Bila anggota lahir itu tidak patuh kepada Allah atau tidak bersyariat, itu menunjukkan hati tidak baik. Jahatnya berpunca dari hati yang tidak baik. Ertinya raja dalam kerajaan diri ini sudah khianat dan sudah zalim hingga dia menzalimi semua rakyatnya yang ada dalam dirinya, iaitu anggota lahir atau jawarih kita itu.

Jadi kalau hati yang menjadi raja dalam kerajaan diri sudah baik, maka dia akan kerahkan anggota lahirnya sebagai rakyat dalam diri membuat baik. Maka Allah berkata dalam Al Quran:

Maksudnya: “Sesungguhnya mendapat kemenanganlah orang yang membersihkan hatinya (roh atau nafsu). Dan kecewalah orang-orang yang mengotorinya.” (As Syams: 9-10)

Jadi Allah sebut orang yang hatinya baik, dia akan berjaya atau menang dalam hidup. Berjaya di dunia dan berjaya di Akhirat. Mendapat kemenangan di dunia dan mendapat kemenangan di Akhirat. Sebaliknya, kalaulah hati seseorang itu sudah rosak, hatinya kotor hingga mazmumahnya subur, mahmudahnya kurus, maka hati yang kotor itulah yang akan mengecewakan manusia di dunia lagi. Hidupnya lintang-pukang, haru-biru, tidak ada kasih sayang, tidak ada kemesraan, selalu bergaduh, bergeseran dan krisis hingga membawa peperangan.

Maka dengan kerosakan itu tidak ada lagi keamanan di dunia ini. Ini semua adalah hasil atau kesan daripada roh atau jiwa atau hati yang tidak dibersihkan. Akibatnya gagallah hidupnya walaupun dia seorang kaya, seorang raja, seorang pembesar atau seorang alim. Orang yang gagal di dunia, akan gagal di Akhirat. Orang yang kecewa di dunia, akan kecewa di Akhirat. Di Akhirat terjun ke Neraka.

Sebab itu dalam ajaran Islam, membersihkan roh itu amat penting sekali bahkan diwajibkan yakni dengan cara mempelajari ilmu rohaniah atau ilmu mengetahui tentang sifat-sifat roh atau hati. Roh itulah hakikat diri manusia. Ia adalah penentu baik atau jahatnya seseorang itu. Oleh itu bila roh manusia baik, ertinya manusia itu kembali kepada hakikatnya iaitu bersifat seperti manusia. Kalau rohnya diabaikan hingga penuh dengan sifat mazmumah, maka dia tidak kembali kepada hakikatnya. Walaupun rupanya manusia tetapi sifatnya mungkin haiwan atau mungkin syaitan.

Begitulah pentingnya roh atau hati dalam Islam. Begitu penting mempelajari ilmu rohani supaya kita tahu tentang sifat-sifat roh itu. Yang mahmudahnya hendak kita suburkan manakala yang mazmumahnya hendak kita tumpaskan dan dicabutbuangkan. Perbincangan atau perbahasan ini hanya ada di dalam ilmu tasawuf.



BAB 11: BUKTI SUSAHNYA MELAWAN HAWA NAFSU

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Kita baru balik dari peperangan kecil kepada peperangan yang maha besar.” Para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Perang melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)

Melawan nafsu (mujahadah) ini memang susah. Rasulullah ibaratkan lebih susah daripada berdepan dengan peperangan senjata. Dalam bab-bab sebelum ini, kita sudah huraikan betapa sulitnya nafsu itu hendak dikesan dan tersembunyi pula. Sebab itu sesetengah orang tidak dapat mengesannya. Sesetengahnya lagi tidak pernah ambil tahu adanya perkara batin ini. Jadi dia tidak pernah berfikir untuk berperang dengan nafsu sendiri. Golongan ini merasa hairan bila diajak melawan hawa nafsu.

Kata mereka,
“Di mana susahnya hendak melawan nafsu?”
“Betulkah nafsu itu sulit untuk diperangi?”
“Nafsu itu tidak ada apa-apa. Saya tidak ada masalah dengan nafsu saya.”
“Pelik! Mengapa orang kata nafsu itu sangat jahat? Sulit untuk ditundukkan? Ia perlu diperangi? Aku tak faham!”

Untuk golongan ini, agar mudah memahaminya kita cuba buat perbandingan. Nafsu yang jahat itu kita ibaratkan pencuri, perompak dan penyamun. Jadi mencuri, merompak dan menyamun itu memang profesyen mereka. Mereka tidak rasa susah dengan kerja mencuri, merompak atau menyamun sebab kerja-kerja itu memang kerja mereka.

Merekalah yang selalu mengganggu-gugat keamanan orang, mencuri, kidnap, pecah rumah, rampas barang orang, larikan anak gadis orang, mengancam nyawa orang, membunuh dan lain-lain lagi. Oleh kerana itu kerjanya, dia tidak terasa susah dan sulit dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut. Tetapi yang rasa susahnya ialah orang yang kena curi. Yang rasa terganggu-gugat adalah orang yang kena rompak. Yang rasa huru-haranya adalah orang yang kena samun. Betapa azabnya mereka menanggung.

Hidup dalam ketakutan. Rasa hilang keselamatan. Rasa hilang bahagia sebab harta hilang, rumah musnah, duit habis dikebas hingga jadi papa kedana. Anak isteri dilarikan dan nyawa terancam. Hati susah yang amat sangat. Hilang ketenangan. Makan tidak kenyang, tidur tidak lena. Segala kerja terganggu hingga haru-biru masyarakat. Tidak aman negara. Polis dan orang ramai turut sama susah, terganggu dan terancam. Di195 susahkan, diganggu dan diancam oleh perompak-perompak dan lanun-lanun tadi.

Membendung perompak dan lanun-lanun ini bukannya mudah. Satu kerja yang payah dan sulit. Hendak memusnahkan semua sekali tidak mungkin sebab perompak-perompak ini selalunya bekerja di waktu malam, dalam gelap pekat, di waktu orang sedang tidur nyenyak dan di waktu orang sedang sibuk dan asyik.

Dia bekerja bukan terang-terangan tetapi secara senyap- senyap dan berhati-hati. Kerjanya tangkas, cekap dan pakar. Selepas kerja, terus hilang lesap. Dia pandai menyembunyikan diri dengan menyamar macam orang biasa. Hingga manusia susah hendak mengesan dan menangkapnya. Hanya polis yang cekap dan pintar, yang dibantu dengan alatan canggih sahaja yang dapat mengesannya dan sekaligus berjaya menangkapnya. Itulah kerja perompak dan lanun-lanun yang menjadikan semua orang pening, risau, terganggu, tergugat dan huru-hara.
Jadi orang yang terganggu ini akan berdepan dengan tiga kesusahan iaitu:
Susah kerana gangguan mereka. Susah hendak mengesan siapakah yang mengganggu itu kerana mereka tidak isytiharkan diri. Susah hendak melawan dan memusnahkan pengganggu tadi.
Tetapi perompak-perompak dan lanun-lanun tadi relaks saja. Mereka tidak rasa terganggu atau hilang ketenangan sebab mereka yang mengganggu. Bagi orang yang senyap-senyap bekerjasama dengan perompak-perompak dan lanun-lanun tadi, mana terasa susah. Dia juga tidak susah macam tidak susahnya perompak-perompak tadi. Orang yang beri laluan, orang yang jadi spy dan beri kerjasama dengan perompak-perompak tadi pun tidak rasa susah dan tergugat.

Begitulah tamsilannya nafsu kita yang jahat ini. Jika seseorang itu sudah jadi pengikut nafsu yang jahat itu, dia pun senang hati dengan perbuatan jahatnya. Mana terasa susah lagi kerana telah sama-sama jadi geng jahat. Yang terasa kejahatannya itu ialah orang yang diganggu. Bagi orang yang tidak mahu tunduk dengan kejahatan nafsu dan ingin memeranginya, tentulah dia terasa susah, amat terseksa dan letih untuk memusuhi nafsunya. Kalau tidak benar-benar tekad dan tabah, ia akan kalah dan menyerah sahaja.
Orang yang terasa betapa susahnya melawan nafsu akan berdepan dengan tiga kesusahan iaitu:
Susah hendak mengesan nafsu yang abstrak, yang maknawiyah, yang terlalu halus hingga terpaksa mempelajarinya. Bila sudah tahu, kehendak-kehendak hati nuraninya pula terpaksa bertarung dengan kehendak-kehendak nafsunya. Amat susah pula untuk tidak mengikut kehendak-kehendak nafsu. Susah hendak mujahadah terhadap nafsu kerana terpaksa membuat bermacam-macam latihan yang mencabar. Di sini didatangkan beberapa contoh sebagai bukti susahnya berperang atau bertarung dengan nafsu iaitu:
Kalau ada orang mengata, menghina, mengumpat, maki hamun di depan atau di belakang kita, bagaimanakah sikap kita? Bolehkah hati kita rasa senang dan tenang? Mudahkah kita tahan hati kita yang sedang gelojak marah itu? Bolehkah kita diamkan sahaja tanpa sakit hati atau susah hati atau berdendam. Bolehkah kita ucapkan “Assalaamualaikum,” dan tinggalkan mereka dengan senyum manis? Mampukah kita memaafkannya? Tentu tidak mudah. Hati kita tentu sakit dan menderita. Apatah lagi hendak berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat terhadap kita seperti kehendak Rasulullah SAW: Maksudnya: “Berbuatlah baik pada orang yang berbuat jahat pada kamu.” Mudahkah kita memaafkan orang yang telah bersalah pada kita? Mungkin telah menghina atau berlaku kasar dengan menengking-nengking kita. Tentu tidak mudah, susah dan pahit. Kerana hati kita sudah dilukakannya selama ini kecuali kita lawan nafsu kita itu. Kita diuji Allah dengan bermacam-macam ujian seperti hidup miskin. Kita sudah berusaha tetapi tidak juga kaya. Kita ingin pandai. Setelah berusaha, kita tidak juga cerdik. Kita gagal peperiksaan. Masyarakat tidak peduli. Dicemuh pula kerana kemiskinan dan tidak ada sijil tinggi. Mudahkah kita tanamkan jiwa besar di waktu itu sehingga kita boleh berdikari dan tidak pedulikan kata-kata mereka itu? Apakah di waktu itu kita boleh menahan perasaan daripada keluhkesah hingga boleh menyerahkan pada takdir? Bolehkah redha dan baik sangka dengan Allah? Hati atau nafsu mana mahu menerima hakikat di sebalik kejadian itu ada pahala yang menunggu? Kita lihat ada orang susah, menderita dan melarat. Mungkin terasa simpati untuk membantu memberi duit padanya. Ini mungkin mudah dan rasa mulia dilakukan kerana orang kata kita baik dan pemurah. Disanjung dan dipuji pula. Tetapi untuk duduk setaraf bersama-sama mereka dan menghiburkan hati mereka, tentu susah. Mampukah kita bergaul dengan mereka? Tidur baring dan makan minum bersama mereka? Bermesra-mesra dengan mereka? Memberi salam mendahului mereka? Tentu tidak mudah. Nafsu terasa hina dan malu. Lebih-lebih lagi kalau kita ada kedudukan, tentu nafsu rasa jatuh wibawanya. Kita ada kelulusan pengajian Islam, mungkin B.A., M.A. atau PhD. Kita tahu bekerja atas tiket ijazah satu perkara yang hina dan keji dalam Islam. Sebab Rasulullah SAW pernah bersabda: Maksudnya: “Barangsiapa menuntut sesuatu dari ilmu ini yang dikehendaki dengannya wajah Allah untuk mendapatkan sedikit dari mata benda dunia, pasti masuk Neraka.” (Riwayat Ibnu Asakir) Sedangkan peluang ada. Terbuka bila-bila masa sahaja. Kelulusan yang kita miliki membolehkan kita menjawat jawatan tinggi dengan gaji dan elaun yang lumayan. Ada pangkat, ada nama, disebut dan disanjung orang. Mungkin jadi mufti, kadhi atau ketua pengarah jabatan Islam. Apakah kita akan tolak tawaran tersebut dengan alasan ingin mencari pekerjaan yang lebih halal seperti berniaga, bertani atau berternak? Tentulah akan berperang dengan nafsu sendiri. Senangkah untuk lepaskan peluang ini? Tentu payah. Nafsu akan terlonjak-lonjak berkehendakkan jawatan dan kedudukan dengan kelulusan agama tadi. Nafsu akan rasa rugi dan bodoh bila menolak peluang merebut kemewahan dunia itu. Kita ada jawatan penting. Ada kuasa untuk luluskan projek- projek untuk kemajuan rakyat. Rakyat memohon dan merayu pada kita. Kita tunaikan. Adakalanya projek yang diminta kita luluskan segera, disogoknya ratusan ribu atau berjuta-juta ringgit atau diumpan dengan perempuan-perempuan cantik serta macam-macam tawaran istimewa lagi. Apakah mudah kita menolak tawaran-tawaran istimewa ini? Tentu payah. Nafsu akan mendorong dan membisikbisikkan supaya peluang keemasan itu jangan dilepaskan. Inilah yang ditunggu-tunggu selama ini. Kawan-kawan yang setaraf sudah lama merasa. Tentu nafsu tidak mahu kalah. Hendak ditolak, orang lain pun buat. Nyatalah sulitnya melawan nafsu ini. Kita seorang peniaga. Bersama-sama kita ada peniagapeniaga lain yang berniaga bersebelahan dengan kita. Perniagaannya sangat maju dan berjaya sedangkan kita sebaliknya, tidak maju dan hampir bangkrap. Apakah mudah untuk menahan nafsu supaya sabar dan redha dengan takdir serta tidak berlaku hasad dengki dengan peniaga yang berjiran dengan kita tadi. Tentu tidak mudah! Kita sebagai petani, sama-sama berkebun dengan jiran kita. Kebunnya menjadi dan subur. Sedangkan kebun kita tidak menjadi dan tidak subur. Hasilnya juga kurang. Pendapatan kita jauh kurangnya berbanding dengan kawan kita tadi yang sudah jadi kaya-raya dengan jualan hasil kebunnya. Apakah mudah kita redha dengan keputusan Allah itu? Apakah boleh kita membendung nafsu kita supaya tidak hasad dengki dengan jiran kita itu. Tentu sulit! Kita seorang pendakwah. Kita berdepan dengan pendakwah bebas atau pendakwah dari jemaah lain atau sama-sama berdakwah dalam sebuah jemaah. Kita dapati orang itu lebih diterima oleh orang ramai dan disanjung-sanjung. Ada pengikut pula. Sedangkan dakwah kita tidak diterima orang. Bahkan dihina-hina pula. Kita tidak ada pengikut sedangkan kita ada kelulusan tinggi dari universiti oversea atau kita adalah pendakwah rasmi. Mudahkah kita terima hakikat ini? Apakah kita sanggup mengangkat tangan mendoakan kejayaannya? Kemudian memberi sokongan moral dan material pada orang itu? Sebab melalui tangannya orang boleh terima Islam. Bahkan mampukah hati kita berkata: “Tak apalah kerana ada orang yang sedar melalui orang itu.” Tentu tidak mudah. Nafsu selalunya hasad dengki bila melihat orang lain berjaya. Bahkan bertindak menyebarkan fitnah dan menjatuhkan orang itu. Kalau kita ada kuasa, kita akan cuba menyekatnya dengan alasan orang itu tidak ada tauliah. Seorang isteri yang dipoligamikan. Suami memberi kasih sayang yang lebih pada isteri-isteri yang lain. Diistimewakannya pula. Dibawa ke mana-mana. Segala permintaannya dilayan mesra sedangkan diri kita tidak. Mudahkah untuk kita bersabar dan redha dengan suami itu. Mudahkah kita bermuka manis dengan suami? Senangkah untuk tidak berdendam dengan suami dan madu kita itu? Bahkan mendoakan keselamatan dan kejayaan untuk mereka? Tidak mudah! Walaupun kita tahu betapa besarnya ganjaran yang Allah kurniakan di Akhirat kelak disebabkan tolak ansur kesabaran kita itu, nafsu tetap terasa berat. Begitulah sulitnya melawan nafsu ini. Kita duduk sekampung atau satu pejabat dengan kawan kita. Sama-sama jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik jelita. Masing-masing berusaha menawan dan menambat hati perempuan itu. Bersaing memberikan hadiah-hadiah istimewa, mengharapkan perempuan itu membalas cinta kita. Didapati cinta kita tidak berbalas. Bertepuk sebelah tangan. Sama-sama pergi meminang. Pinangan kita ditolak tetapi pinangan kawan kita itu diterima. Bagaimana hati kita pada waktu itu? Hati tentu hancur berkecai dan remuk-redam. Dirasakan hilang dunia ini dari pandangan. Di waktu itu mampukah kita membendung nafsu supaya jangan gilakan perempuan itu lagi? Tetap seperti biasa, berbuat baik pada perempuan itu? Mampukah untuk tidak berdendam dengan kawan sepejabat kita tadi? Bolehkah hati kita menerima takdir itu dengan tenang, tanpa keluh-kesah kerana redha dengan takdir Allah? Tentu payah. Sebagai bos pejabat, di bawah kita ada kerani, pekerjapekerja, pemandu, tukang kebun, tukang sapu dan lain-lain lagi. Mampukah kita bergaul mesra dengan mereka? Mampukah kita memberi kasih sayang pada mereka? Makan minum serta tidur baring dengan mereka? Apakah boleh kita membantu mereka bila mereka perlukan bantuan? Adakah senang kita memberi nasihat baik-baik dengan penuh kasih sayang, bukan marah-marah? Adakah nafsu tidak terasa tercabar untuk buat itu semua? Apakah nafsu tidak terasa jatuh taraf sebagai seorang ketua. Tentulah nafsu rasa tercabar. Nafsu rasa jatuh taraf sebagai seorang ketua. Nafsu akan rasa tuan, rasa superman. Kesalahan perlu ditegur dengan marah-marah baru orang-orang bawahan takut. Nafsu rasa puas kalau dapat tengking dan herdik-herdik, cerca dan hina-hina orang bawahan. Begitulah jahatnya nafsu yang hendak dilawan itu. Kita berdepan dengan isteri yang buat salah. Mudahkah kita nasihatkan isteri dengan baik dan penuh kasih sayang? Atau isteri, bila dapati suami bersalah, mudahkah untuk memaafkannya? Tegur dengan baik. Diingatkan dengan kasih sayang? Bukan dengan marah-marah dan mengaraharah? Mudahkah untuk berakhlak mulia ini? Tentu payah. Seorang ibu ayah yang berdepan dengan kerenah anak-anak yang memeningkan kepala. Mudahkah untuk bersabar dengan mereka itu? Tidak mudah. Selalunya nafsu akan hilang pertimbangan dengan kenakalan mereka. Terpekikpekik, terjerit-jerit dan anak-anak jadi mangsanya. Atau ibu ayah yang bersalah pada anak-anaknya, mudahkah untuk anak-anak memaafkannya? Dan berdiam diri tidak menjawab kata-kata kesat mereka? Senangkah untuk taat arahan mereka? Nafsu selalunya mendorong kita untuk melawan cakap ibu ayah kita, tidak mentaatinya, menyakiti dan menderhakai mereka. Kalau kita sebagai pemimpin berdepan dengan rakyat yang menegur kita, apakah kita dapat menerima teguran dengan sebaik-baik dan berlapang dada? Kalau teguran itu baik, apakah kita ucapkan terima kasih kerana dia sudah selamatkan kita di dunia dan Akhirat? Ertinya selamat daripada Neraka. Selalunya rakyat yang begitu akan diancam atau ditekan. Dikatakan cuba mengancam keamanan negara, hendak rebut kuasa atau hendak gulingkan kerajaan.
Begitulah nafsu kita. Betapa susahnya berperang dengan nafsu itu terbukti daripada salah satu pengalaman kita tadi. Berperang dengan musuh memanglah azab. Untuk mengikut kata nafsu memang mudah kerana kita sudah jadikan musuh sebagai kawan. Untuk jadikan nafsu itu sebagai tuhan, itulah paling mudah. Tidak terasa apa-apa susahnya kerana nafsu sudah menjadi tempat kita meletakkan cinta. Apabila nafsu sudah dijadikan cinta kita, memanglah seronok untuk kita tunduk dengannya. Diajak ke mana-mana pun senang kita ikut dan kita taati. Ini sudah pun diberitahu Allah dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Apakah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsu itu tuhannya?” (Al Furqan: 43)

Tunduk dengan cinta agung memanglah mudah. Macamlah apabila kita sayangkan isteri maka untuk mengikut cakapnya memanglah mudah. Cuba kalau isteri itu sudah dibenci dan dimusuhi. Apakah mudah diikut cakapnya? Tentu payah. Jadi walaupun kita susah memerangi nafsu ini tetapi kita usahakan juga tanpa jemu-jemu. Kita tahu memerangi nafsu inilah yang paling Allah suka. Oleh kerana ia dianggap jihad akbar (peperangan yang besar) maka kita teruskan juga. Kita yakin Allah membantu.

Kalau hati kita jahat, Allah tidak akan bantu kita. Segala kerja-kerja kita terbengkalai dan tersangkut. Tidak selesai. Itulah hukuman Allah di dunia di atas kecuaian kita bermujahadah itu. Sepanjang hidup kita berada dalam dosa. Dosa batin yang tidak kita sedari. Oleh itu mari kita bersihkan dosa batin kita ini. Mari kita terus bermujahadah yakni berperang dan bertarung dengan nafsu kita sendiri sehinggalah akhir hayat kita. Barulah dikatakan wira sejati. Seperti sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Siapakah yang dianggap wira itu?” Kata Sahabat: “Mereka yang tidak dapat dikalahkan (dalam peperangan).” Nabi menjawab: “(Orang yang dianggap wira itu) ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.” (Riwayat Ibnu Atsir)
Allah SWT juga ada berjanji:

Maksudnya: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman).” (Al A’la: 14)

Maksudnya: “Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (Asy Syams: 10)


BAB 12 : AMAL RUH

APA ITU ROH AMAL? ROH SEMBAHYANG ROH BERDAKWAH ROH JIHAD ROH BERMUSAFIR ROH PERGAULAN ROH BERILMU ROH PERPADUAN KENAPA AMALAN TIDAK ADA ROH
Di antara tugas terpenting ilmu tasawuf itu ialah untuk menghidupkan hati. Bila hati hidup, ia dapat memancarkan cahaya rohaniahnya kepada akal dan kepada seluruh anggota. Sehingga manusia mampu untuk menyuluh tindak-tanduk lahir dan batin mereka. Kemudian setiap kerja, setiap amalan, setiap tindakan yang dibuat itu akan dihubungkan dengan Allah. Dia sentiasa ada contact dengan Allah.

Setiap manusia sesudah mempunyai hati sebegini, dalam dia bertindak, beramal, berbuat dan bekerja, dia dapat kekalkan terus rasa kehambaan pada Allah. Tidak pernah terputus. Rasa kehambaan itu tetap subur dan menebal di alam rasanya (zauq). Di waktu itu bila dia berperanan di bumi, hatinya dapat berhubung dengan Allah.

Waktu dia mentadbir bumi, kakinya saja di bumi tetapi hatinya di Akhirat. Hatinya penuh rindu atau tenggelam dalam cinta Allah. Atau hati terbakar, gementar kerana takutkan azab Allah. Dia rasa dirinya hamba kepada Allah. Dia juga rasa dirinya khalifah-Nya. Di waktu itu barulah manusia dapat berperanan seperti yang Allah kehendaki.
Untuk dapat hati begini, maka setiap amal, setiap kerja dan setiap tindakan kita itu mestilah ada roh.Yakni hati sentiasa ada contact dengan Allah.

APA ITU ROH AMAL?

Islam itu ada lahir, ada batin. Ada jasad, ada roh. Ada rangka, ada nyawa. Islam itu ada kulit, ada isi. Batin Islam atau roh Islam atau nyawa Islam atau intipati (lubbun) Islam itulah yang dikatakan ruhul amal. Yakni roh dalam kita bekerja, roh dalam kita bertindak, roh dalam kita melaksanakan sesuatu, roh dalam kita berjuang dan berjihad, roh dalam sebarang usaha ikhtiar kita, walau dalam apa bidang sekalipun seperti bidang ibadah, bidang dakwah, ekonomi, politik, pembangunan, pertanian, kesihatan dan lain-lain.

Roh amal inilah yang hendak dijaga sungguh-sungguh kerana ia merupakan nyawa dan penentu amal lahir. Syariat lahir yakni kerja, usaha dan tindakan yang dapat dilihat dengan mata lahir. Roh amal itulah tempat pandangan Allah kerana ia merupakan intipati amal Islam (lubbun) atau intipati ibadah. Roh amal inilah yang Allah nilai. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasul dalam sabdanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat At Tabrani)

Artinya, amalan lahir yang kita buat seperti rukuk, sujud, berdiri dan bacaan-bacaan dalam sembahyang, semuanya Allah tidak pandang kalau rohnya tidak ada. Begitu juga percakapan kita yang didengar oleh manusia, perjuangan kita dengan menggunakan tangan dan kaki, pergi ke sana dan ke mari, bermacammacam bentuk pembangunan yang kita hasilkan dalam bidang ekonomi, pertanian dan sebagainya, itu semua tidak ada nilaian di sisi Allah kalau rohnya tidak ada.

Jadi Allah tidak melihat dan memandang gambaran lahir tetapi Allah melihat hati kita. Roh usaha kita itu yang Allah pandang, di samping usaha itu perlu dibuat. Roh amal itu yang dipandang oleh Allah, di samping amal itu perlu dibuat. Roh jihad itulah yang Allah nilai, di samping jihad itu perlu dilaksanakan. Roh puasa itulah yang Allah beri markah, di samping puasa itu perlu dibuat. Begitulah seterusnya. Jadi dalam kita beramal, kedua-duanya yakni lahir dan batin mesti kita buat, tetapi penilaian Allah pada yang batin.

Islam ada rangka, ada nyawa. Kedua-duanya perlu tetapi nyawa itulah yang dinilai oleh Allah. Jadi kalau usaha kita, ibadah kita, pembangunan kita, jihad kita atau apa sahaja yang kita cetuskan, rohnya tidak ada, ia samalah seperti manusia yang sudah tidak ada nyawa. Ertinya sudah dianggap bangkai. Manusia, walau bagaimana cantik sekalipun, kalau sudah tiada nyawa maka dia akan ditanam, tidak perlu disimpan lagi. Orang hormat kepada ratu cantik kerana rohnya atau kerana nyawanya masih ada. Bila tidak ada roh, tidak ada siapa pun minat.

Justeru itu, kita beribadah mesti berserta roh. Kita berdakwah mesti berserta roh. Kita berjihad mesti berserta roh. Begitu juga kita bermusafir, bergaul, berilmu, berpadu, berdoa, berzikir, berekonomi, membangunkan pertanian, membangunkan kesihatan, berkumpul dan sebagainya semuanya mesti berserta roh. Hinggakan diam kita pun mesti ada roh.
Jadi roh amal perlu kita jaga kerana ia merupakan nilaian Allah SWT, di samping soal-soal lahir wajib juga dilaksanakan dan ia tidak boleh diabaikan.

Apa yang dimaksudkan dengan roh amal atau nyawa pada amal, pada usaha kita, pada perbuatan kita atau pada ibadah kita itu? Sebagai contoh, berikut adalah beberapa amalan yang boleh kita nilai sama ada wujud atau tidak rohnya.

ROH SEMBAHYANG
Kalau kita bersembahyang, roh sembahyang itu antaranya ialah:
Khusyuk Faham apa yang kita baca Hati merasa hina dan kerdil di hadapan Allah serta merasakan kebesaran dan kehebatan Allah SWT.
Bila ada roh yang begitu rupa dalam sembahyang, baru boleh dikatakan kita bersembahyang. Barulah amal sembahyang itu Allah terima. Kalau tidak ada, maka sujud kita, berdiri kita dan kefasihan lidah kita membaca ayat-ayat tiada erti apa-apa. Duduk berdiri kita dalam sembahyang sudah tiada erti apa-apa kalau roh sembahyang atau nyawa sembahyang kita sudah tidak ada. Sembahyang yang sudah tidak ada roh adalah ‘sembahyang bangkai’.

ROH BERDAKWAH

Berdakwah adalah kita bercakap, menyampaikan risalah, buku, majalah dan sebagainya. Bagaimanakah yang dikatakan dakwah yang ada roh atau dakwah yang ada nyawa itu? Antaranya ialah:
Bilamana setiap pendakwah itu merasa apa yang dia buat itu satu tanggungjawab daripada Allah SWT, bukan dari305 pada dirinya dan bukan tanggungjawab daripada jemaah; jemaah itu cuma sebagai landasan untuk dia berjuang, dia seolah-olah mewakili Allah. Ibarat kita mewakili raja atau perdana menteri atau menteri, bolehkah kita bersenangsenang? Oleh itu dalam berdakwah kita patut merasa kita mewakili Allah di dunia ini untuk menyampaikan ajaran- Nya kepada umat manusia. Inilah yang dikatakan mesti ada rasa tanggungjawab dalam soal dakwah kerana kita diperintahkan oleh Allah SWT supaya berdakwah. Kita berdakwah membawa hati yang takut kepada Allah. Takut-takut tersilap menyampaikan atau tersilap menilai hukum. Sebab kadang-kadang apa yang kita sampaikan dan hukum yang kita beri dalam berdakwah itu didengar oleh ribuan orang. Mereka akan berkeyakinan atau berpegang mengikut sebagaimana yang kita ucapkan atau sampaikan. Kalau kita tersilap, bukan senang kita hendak berjumpa setiap orang untuk membetulkan kesilapan kita itu. Kalau apa yang kita sampaikan itu tidak tepat sebagaimana yang Allah dan Rasul perintahkan, bukan sahaja kita terpaksa bertanggungjawab di dunia tetapi juga di Akhirat kelak. Inilah yang dimaksudkan sewaktu kita berdakwah itu mesti ada rasa takut dalam hati. Takut-takut dalam kita berdakwah itu kita tersalah dan tersilap. Takut itu dalam hati, bukan pada telinga, bukan pada lisan. Sebab itulah kalau kita berdakwah, kita kena bawa hati sama. Jangan hanya membawa lisan atau membawa cakap sahaja tanpa membawa hati. Agar kita terjauh daripada sifat ujub, riyak, sombong, rasa marah dan lain-lain sifat mazmumah lagi. Dalam berdakwah itu, kalaulah misalnya dakwah kita orang ramai terima hingga mendorong mereka membuat perubahan, kita rasa syukur kepada Allah SWT. Itu adalah kuasa dan nikmat dari-Nya. Rasa syukur itu dirasai oleh hati, bukan mulut, bukan telinga. Jadi kita mesti rasa Tuhan yang membantu bila dakwah kita diterima orang. Itulah di antara roh dalam kita berdakwah. Kita berdakwah itu bukan kerana hobi. Bukan macam kita memancing ikan atau kita memikat burung ataupun main catur ataupun jogging. Itu semua adalah hobi. Jangan kita rasa berdakwah itu sebagai satu hobi tetapi hendaklah kita rasakan ia satu tanggungjawab atau kewajipan yang Allah pikulkan kepada kita. Kalau roh dakwah ini sudah tidak dijaga walau bagaimana pandai dan fasih kita berdakwah dan orang senang dengan apa yang kita sampaikan, tetapi Allah tidak senang. Orang ramai redha tetapi Allah tidak redha kerana roh dakwah sudah tidak ada di situ. Kita hanya membawa rangkanya semata-mata sedangkan rohnya sudah tiada. Ertinya kita membawa ‘dakwah bangkai’.
ROH JIHAD

Jihad ialah gerak diri kita, gerak kaki kita, gerak tangan kita, pergi ke sana sini memerah otak dan tenaga fizikal untuk memikirkan bagaimana hendak menegakkan hukum-hakam Allah dalam kehidupan kita. Memerah tenaga lahir dan batin kita untuk mendaulatkan Islam yakni agar hukum-hakam Allah itu mendapat tempat di tengah masyarakat. Ini semua jasad lahir atau rangka pada jihad itu. Bagaimanakah roh atau batinnya? Di antara roh jihad ialah:
Hati mesti dibawa sama dalam berjihad. Hati mesti merasa jihad ini satu tanggungjawab atau satu kewajipan yang telah Allah pikulkan kepada kita. Ertinya kita berjihad bagi pihak Allah, bukan bagi pihak diri kita dan bukan bagi pihak jemaah kita. Jemaah itu hanya sebagai landasan untuk memudahkan kita berjuang dan berjihad di tengah masyarakat. Niat itu kerja hati atau peranan batin. Niat jihad itu ialah untuk meninggikan kalimah Allah yakni hukum Allah yang lima itu. Yang wajib dan yang sunat hendak kita tegakkan dalam semua aspek kehidupan, yang haram dan makruh hendak kita hindarkan daripada semua aspek kehidupan dan yang harus seboleh-bolehnya kita jadikan ibadah. Sewaktu berjihad itu hendaklah kita merasa takut kepada Allah SWT kerana jihad ini simpang-siur dan liku-likunya terlalu banyak, gelanggangnya terlalu luas, maka mudah sahaja kita tersalah dan tersilap. Jadi kita mesti bawa hati dalam berjihad. Hendaklah sentiasa ada rasa takut kalaukalau tersalah dan tersilap. Kalau perjuangan kita tersalah dan tersilap, bukan sahaja kita rugi dan akan terhukum di dunia bahkan di Akhirat lebih parah lagi, Allah akan azab kita. Mengharapkan bantuan daripada Allah. Walaupun kita gigih dan aktif berjuang tapi hati mesti selalu saja bergantung kepada Tuhan. Mengikut pengajian akidah, usaha ikhtiar manusia itu tidak memberi bekas. Yang memberi bekas atau yang menjayakan adalah Allah. Oleh itu dalam berjihad, hati mesti bergantung kepada Allah dan mesti berharap kepada-Nya. Rasa diri lemah. Walaupun kita ada ramai pengikut, alat kelengkapan yang cukup dan hebat, gelanggang jihad kita luas dan sebagainya, namun kita mesti rasa lemah di hadapan Tuhan. Sebab kejayaan itu daripada Allah, bukan daripada usaha ikhtiar kita walaupun usaha dan ikhtiar kita itu memang diperintahkan. Jadi walaupun riuh rendah kita berjihad sampai kadang-kadang mulut kita menempikkan kalimah, “Allahu Akbar!” tetapi hati kita mesti tunduk dan mesti rasa lemah terhadap Tuhan. Kita rasa syukur bila mendapat kejayaan dan kemenangan. Ini juga roh jihad. Hendaklah kita malu dengan Allah sebab kemenangan itu hadiah atau pemberian dari-Nya. Ia merupakan rahmat dan nikmat daripada-Nya. Kemudian jika kita kalah atau tidak berjaya, hati jangan rasa kecewa. Yang baiknya hati merasa diri berdosa yang kerananya Allah tidak tolong. Tidak boleh salahkan itu dan ini. Salahkan diri sendiri. Ia tentu berlaku lantaran dosa kita hingga kita terhijab dari bantuan Allah. Oleh itu, setiap kali kita menemui kegagalan dalam berjuang, hendaklah cepat-cepat ingat kembali dosa-dosa kita dan minta ampun kepada Allah. Dosa itulah yang menghijab bantuan daripada- Nya.
ROH BERMUSAFIR

Bagaimana pula roh amal dalam bersafar, bermusafir, berekspedisi atau mengembara? Di antara rohnya ialah:
Sentiasa peka dengan apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar. Apa saja yang kita lihat dan yang kita dengar mestilah diambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Yang baik kita jadikan teladan dan yang jahat kita jadikan sempadan. Terasa kebesaran Allah bilamana melihat alam atau melihat pemandangan. Dalam safar (pemusafiran) itu, hati terasa dilihat oleh Allah SWT. Kalau dalam safar hati tidak terasa dilihat oleh Allah, itulah kadang-kadang mata kita jadi mata keranjang. Macam-macam benda yang bukan-bukan yang kita lihat nanti. Oleh itu di dalam safar kita mesti bawa hati sama iaitu terasa dilihat oleh Allah SWT.
Firman Allah: Maksudnya: “Dan Dia (Allah) sentiasa bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al Hadid: 4)
Maksudnya di mana saja kita berada, Allah Maha Melihat, bukan saja yang lahir malah sampai ke lubuk batin kita. Apabila kita melihat orang buat maksiat, hendaklah masukkan ke dalam hati kita rasa insaf dan syukur yang mana Allah telah selamatkan diri kita daripada melakukannya. Di samping mengharapkan Allah sentiasa memberi petunjuk kepada mereka agar mereka bertaubat. Jika kita lihat kebajikan dan kebaikan, hati hendaklah terasa ingin untuk berbuat dan menirunya. Kalaupun belum berkesempatan, hati setidak-tidaknya hendaklah bercita-cita atau pasang niat untuk berbuat yang sama. Hendaklah kita sensitif dengan perbuatan itu dan terbitkan keinginan di dalam hati untuk menirunya pula. Apabila kita melihat orang yang dalam kesusahan atau mendapat kemalangan, hati rasa simpati dan rasa sedih walaupun tidak dapat memberi bantuan. Jangan rasa gembira dengan kesusahan orang lain. Dalam kita bergaul sesama manusia, kita merendah diri walaupun kita ini orang pandai dan pintar atau mempunyai kedudukan yang tinggi.
ROH PERGAULAN

Dalam kita bergaul, kita tidak dapat mengelak daripada melihat maksiat. Maka hendaklah kita mengambil pengajaran daripadanya. Hati mesti rasa takut dengan maksiat yang dibuat oleh orang lain itu dan hati rasa bimbang kalau-kalau kita turut sama terlibat dengannya. Di antara roh dalam pergaulan lagi, hati rasa lapang dada berhadapan dengan bermacam-macam perangai manusia. Maklumlah kita sedang bergaul di tengah-tengah masyarakat. Kadang-kadang waktu kita hendak rehat, di masa itulah orang hendak berjumpa kita. Di waktu itu hendaklah lapangkan dada walaupun hati rasa tidak senang. Yang sebenarnya Allah hendak beri kita pahala waktu itu. Inilah yang dikatakan tasamuh (toleransi) yakni berlapang dada ketika bergaul dan berhadapan dengan berbagai-bagai ragam manusia. Di antara roh dalam pergaulan lagi, belajar membaiki diri daripada orang. Sebab tidak kurang juga kita melihat orangorang yang baik dalam pergaulan kita. Itulah pengajaran lisanul hal untuk kita tiru. Itulah tarbiah untuk diri kita. Kalaulah sikap diri yang kita gambarkan di atas tidak ada dalam pergaulan kita, ertinya kita bergaul tanpa roh. Nyawa pergaulan itu tidak ada.
ROH BERILMU

Kita belajar hingga dapat ilmu. Maka ilmu yang kita miliki itu dikira ada roh apabila:
Ia sentiasa mengingatkan kita bahawa kita mempunyai banyak tanggungjawab kepada Allah yang mesti kita laksanakan. Jadi kalau kita memiliki ilmu yang begitu banyak tetapi ia tidak mengingatkan kita bahawa kita ada tanggungjawab kepada Allah, ini bermakna roh atau nyawa ilmu itu tidak ada. Yang berlaku hanya mental exercise sahaja. Oleh kerana roh ilmu mengingatkan kita akan bertanggungjawab kepada Allah, maka bila kita ada ilmu, kita akan merasakan tanggungjawab yang makin berat. Makin banyak kita tahu, makin banyak pulalah tanggungjawab. Mengingatkan tanggungjawab adalah peranan hati. Bila kita memiliki ilmu, ia mengingatkan kita akan perintahperintah Allah sama ada yang wajib mahupun yang sunat yang hendak kita tegakkan.Yang haram dan makruh hendak kita tinggalkan. Di antara roh ilmu lagi, bila kita memilikinya ilmu itu akan mendorong hati kita cintakan Akhirat dan cintakan Allah. Ia mendorong hati kita benci dengan dunia (yang tidak memberi manfaat untuk Akhirat). Walaupun kita berjuang di dunia, menegakkan hukum Allah di dunia, mengatur masyarakat di dunia, mengambil kekayaan-kekayaan yang Allah halalkan di dunia, semuanya itu diperintahkan oleh Allah, namun hati tetap benci dengan dunia yang sentiasa saja hendak menipu kita. Tegasnya, roh dalam berilmu itu, ia sentiasa menyedarkan hati kita bahawa dunia ini penipu, jahat dan hendak merosakkan kita. Kalau kita rasa begitu terhadap dunia melalui ilmu kita, maka sudah tentu dunia tidak akan dapat tipu kita. Ambillah dunia yang halal, tetapi ingat kadang-kadang ia boleh merosakkan kita. Carilah harta kekayaan tapi ingat, kadang-kadang ia menjahanamkan kita. Berniagalah sebesar mana pun tidak salah asalkan halal, tapi ingat, jangan sampai ia merosakkan hati kita, merosakkan perpaduan antara kita. Jadi kalau roh-roh dalam berilmu ini tidak kita miliki ertinya kita baru dapat rangka ilmu atau jasad lahirnya saja. Yakni ilmu tanpa roh, atau dalam kata yang lain, “ilmu-ilmu bangkai”. Kalau ilmu-ilmu bangkai yang kita dapat, ia tidak boleh menyelamatkan kita daripada rasa sombong, megah, riyak dan lain-lain mazmumah lagi.
ROH PERPADUAN

Bagaimana pula yang dikatakan roh amal dalam perpaduan? Allah suruh kita bersatu padu maka kenalah kita bersatu padu. Perpaduan dan persatuan yang Allah suruh mesti ada rohnya. Apakah roh perpaduan itu? Di antaranya ialah:
Kita bersatu padu itu mesti disertakan rasa ukhwah (rasa persaudaraan) dan ingin mengutamakan orang lain. Ertinya jangan hanya fizikal kita saja yang bersentuh tapi hati tidak bertaut. Seterusnya perpaduan juga dikira ada roh bilamana ia disertakan rasa kasih sayang. Kalau kita berpadu dan berkumpul tapi tiada rasa kasih sayang, maka amat berat rasanya kita hendak bertemu selalu. Kalau ada tersalah tersilap, lagi benci hendak bertemu. Tapi kalau bertemu dengan hati, ada rasa kasih sayang antara satu dengan yang lain hingga rindu-merindui. Seminggu tidak berjumpa sudah bertanyatanya, polan itu mana. Itulah roh perpaduan dan persatuan. Bila ada kasih sayang, krisis dapat dihindarkan. Kalau ada krisis pun, cepat padam, tidak berpanjangan kerana masih ada lagi pertautan hati. Termasuk dalam roh perpaduan juga ialah doa-mendoakan. Doa itu tidak semestinya dengan angkat tangan atau bercakap tapi juga doa dalam hati. Bila kita nampak kawan buat baik, hati rasa senang dan mendoakan, biarlah dia terus dalam kebaikan. Bila kita tahu kawan ada melakukan kesilapan, hati merasakan mudah-mudahan jangan dia buat lagi. Hati kita berdoa kepada Allah, mudah-mudahan Allah berikan kawan kita pimpinan, taufik dan hidayah. Kawan itu tidak dibenci, sebaliknya kalau boleh diberi nasihat. Di antara roh-roh perpaduan lagi ialah ingin bertolong bantu dan simpati atas kesusahan atau ujian yang menimpa kawan. Jadi kita berpadu bukan kerana pangkat atau kerana inginkan bantuan atau kerana takutkan musuh. Juga bukan kerana ekonomi dan bukan kerana itu dan ini. Tetapi kerana ia tuntutan daripada Allah SWT. Kalau kita berpadu kerana Allah maka indah sekali perpaduan itu. Perpaduan itu akan sentiasa kukuh. Kalau tidak, bermacam-macam krisis akan timbul. Manusia di seluruh dunia hari ini cuba mewujudkan perpaduan. Mereka melaungkan: “Mari bersatu, mari bersatu!”, tapi tukang cakap itulah yang membawa pecah-belah. Dia ajak orang ramai bersatu padu tapi di sudut yang lain dialah pemecah belah umat. Oleh itu roh perpaduan mesti dijaga, kalau tidak nanti hanya berlaku pertautan fizikal tetapi tiada pertautan hati. Pertemuan itu biarlah dengan tautan hati, bukan dengan tautan fizikal semata-mata yang tiada erti apa-apa. Orang mukmin itu menurut Rasulullah ialah mereka yang jiwa (roh) mereka antara satu dengan yang lain sentiasa ikatmengikat (berangkai-rangkai, tiada putus-putus). Bagaimanakah pula roh amal dalam berdoa? Doa itu dalam bahasa Melayu maksudnya ‘meminta’. Maka antara rohnya: Mesti faham apa yang kita minta kepada Allah SWT. Kalau kita meminta tetapi tidak faham apa yang kita minta, maka itu satu hal yang pelik. Katalah kita minta sesuatu daripada kerajaan, apabila ditanya, “Apa yang kamu minta?” Kita jawab, “Tidak tahu.” Bukankah aneh dan pelik? Waktu berdoa itu mesti rasa merendah diri dengan Tuhan. Ibarat kita hendak minta sesuatu daripada menteri, janganlah bercekak-cekak pinggang di hadapannya, sebaliknya mesti dengan bahasa yang lembut dan merendah diri. Jadi waktu kita berdoa itu mesti rasa merendah diri dan mengharap kepada Tuhan. Termasuk juga roh berdoa, waktu berdoa itu kita yakin Allah terima doa kita. Jangan pula sewaktu berdoa hati kecil kita berkata, “Entahlah, akan Allah kabulkan atau tidak...” Ertinya dalam meminta itu kita sudah jahat sangka dengan Allah.
Jadi, dalam apa saja yang kita buat, roh amal itu mestilah kita kekalkan. Hinggakan diam pun mesti ada roh. Roh diam itu ialah sewaktu diam itu, kita berfikir. Berfikir tentang kebesaran Allah, tentang diri sendiri sebagai hamba Allah dan khalifah- Nya, tentang dosa, tentang mati, tentang perjuangan dan tentang Akhirat. Juga berfikir tentang perjuangan, tentang apa lagi pengorbanan yang kita hendak buat dan tentang tanggungjawab yang belum kita laksanakan.

Sebab itulah diam orang mukmin yang bertaqwa itu dianggap ibadah dan diberi pahala, kerana diamnya itu ada roh. Ia kadang-kadang lebih baik daripada orang yang tidak bertaqwa yang nampaknya aktif di tengah gelanggang kehidupan ini.

Jadi amal ibadah kita, perjuangan kita, usaha kita dan lain- lain lagi itu mesti mempunyai roh. Kalau tidak, semua amal kita itu hanya rangka-rangka atau jasad lahir semata-mata. Ia seperti bangkai sahaja. Amal tanpa roh adalah sia-sia kerana yang Allah nilai adalah rohnya, walaupun kita wajib beramal. Oleh itu roh setiap amal hendaklah kita jaga agar ia ada nilai di sisi Allah SWT.

KENAPA AMALAN TIDAK ADA ROH

Kenapa ibadah, perjuangan, jihad dan segala amal tidak ada roh? Apa puncanya? Ia adalah kerana:
Cinta dunia, iaitu gilakan perempuan, gila pangkat, cinta nama, cinta kedudukan, cinta kemasyhuran dan lain-lain. Dosa-dosa yang kita buat. Tidak ada kefahaman. Walaupun kita beramal ibadah, tetapi kerana tidak faham (jahil), maka amal ibadah kita itu tidak ada roh.
Apabila amalan kita tidak ada roh, ertinya kita beramal dalam keadaan lalai. Jika kita berdakwah tapi rohnya tidak ada, ertinya kita berdakwah dalam keadaan lalai. Kalau kita berekonomi walaupun berjaya dan dapat menegakkan yang halal tapi rohnya sudah tidak ada maka kita berekonomi dalam keadaan lalai. Betapalah kalau terlibat dengan yang haram. Kalau kita bermusafir tanpa rohnya, ertinya bermusafir dalam keadaan lalai. Kalau kita mengajar walaupun mengajar ilmu Tuhan (ilmu tauhid, feqah dan tafsir) sekalipun tapi rohnya sudah tidak ada, ertinya mengajar dalam keadaan lalai.

Begitu juga kalau kita belajar, berjemaah, bertemu dan berjihad tanpa roh, ertinya semuanya itu dalam keadaan lalai.
Sifat lalai ini dimurkai Allah. Lalai itu termasuk “dunia”. Sebab yang dikatakan “Akhirat” itu ialah sesuatu yang ada hubungan ingat kepada Allah. Kalau tiada hubungan ingat kepada Allah, itu amal dunia namanya. Sedangkan dalam Al Quran ada menyatakan:

Maksudnya: “Jangan kamu menjadi orang yang lalai.” (Al A’raf: 205)
Tegasnya setiap usaha dan ikhtiar kita mesti disertakan rohnya. Sebab rohnya itulah tempat nilaian Allah. Inilah yang dimaksudkan oleh Hadis:
Maksudnya: “Hendaklah kamu takut kepada Allah di mana saja kamu berada, dan hendaklah kamu ikuti kejahatan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya. Dan hendaklah kamu berakhlak dengan sesama manusia dengan akhlak yang baik.” (Riwayat At Tirmizi)

Ertinya dalam masa kita berjihad, kita mesti ada rasa takut kepada Allah. Begitu juga dalam masa kita bersembahyang, beramal ibadah, bermusafir, bergaul, bertemu dan berjemaah, mesti ada rasa takut kepada Allah. Jadi adanya rasa takut dalam apa saja tindakan yang kita buat itulah sifat-sifat taqwa. Itulah roh-roh amal yang telah digambarkan tadi.

Oleh kerana itulah dalam kitab ada dinyatakan, “Cukuplah dua rakaat sembahyang sunat tetapi dikerjakan dalam keadaan takut kepada Allah SWT daripada beribu-ribu rakaat yang tidak disertakan rasa takut kepada Allah (roh amal itu tidak ada atau rasa taqwa tidak ada).

Jadi kita perlu membangunkan roh dalam setiap amal yang kita buat kerana di situlah nilaian Allah. Kalau kita boleh jaga roh amal dalam setiap apa yang kita buat, insya-Allah, Allah akan sentiasa bantu kita ke jalan-Nya yang lurus. Susah sekali hendak kita jaga roh amal ini. Inilah yang dikatakan ilmu tasawuf yang orang tolak hari ini. Pada roh amal inilah letaknya kejayaan umat Islam.

Jadi beramallah, berjuang dan berjihadlah kerana Allah perintahkan demikian, tetapi rohnya perlu dijaga. Roh amal itulah dikatakan ikhlas dalam beramal.



BAB 14 : RUH DAN PERANANNYA

Untuk membangunkan satu kehidupan agar selamat di dunia dan selamat di Akhirat, agar masyarakat makmur dapat pula keampunan Tuhan, kemajuan dan tamadun tercapai, akhlak yang mulia juga wujud dan jadi budaya di dalam kehidupan, ia bak bunga yang kembang di taman yang indah yang sangat menarik pandangan dan tempat jatuhnya hati manusia, kekayaan dan makan minum mewah, budi juga mewah dan terserlah, kemudahan-kemudahan hidup cukup, tapi disiplin dan tatasusila manusia juga tinggi, tamadun tinggi tapi manusianya merendah diri, maka roh atau hati atau jiwa manusia hendaklah dibangunkan.

Dari pembangunan jiwa, akan lahir tamadun kerohanian atau akhlak yang mulia dan terpuji atau terbangun insaniah manusia yang dikatakan oleh kita selalu iaitu jati diri.
Di dalam diri manusia, roh adalah sebagai raja, akal sebagai penasihat, nafsu adalah musuhnya manakala anggota lahir (jawarih) adalah rakyat di dalam diri. Kalau raja di dalam diri baik, seluruh anggota (rakyat di dalam diri) menjadi baik. Samalah seperti di dalam sebuah negara, ada keterangan di dalam kitab mengatakan:
Maksudnya: “Manusia itu mengikut agama pemerintahnya.”

Artinya bagaimana sikap pemerintah begitulah sikap rakyatnya. Begitulah pemerintah di dalam diri (hati atau roh). Bagaimana keadaannya begitulah anggota lahirnya sebagai rakyat di dalam diri. Kalau hati baik (raja di dalam diri baik), maka baiklah anggota lahir manusia (rakyat di dalam diri). Kalau hati jahat maka jahatlah seluruh anggota lahir manusia.
Ia memang telah ditegaskan oleh Hadis Nabi:

Maksudnya: “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati atau roh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Justeru itu hati (roh) wajib dibangunkan dengan cara dididik dan diasuh. Ini kerana dari pembangunan jiwa, lahirlah kebudayaan, tamadun kerohanian dan akhlak mulia yang sangat penting. Ia tempat pandangan Allah dan tempat jatuh hati manusia. Dan kerana itulah para rasul dan para nabi alaihimussolatuwassalam diutus oleh Allah SWT demi untuk pembangunan insaniah tersebut. Mereka tidak diutus kerana pembangunan material dan fizikal. Pembangunan material, tanpa rasul dan nabi pun manusia boleh membangunnya. Itu memang telah dibuktikan oleh sejarah, manusia membangun tidak perlu adanya orang kerohanian seperti rasul dan nabi atau ulama ul amilin.

Contohnya bangsa Rom, Yunani, Farsi, bangsa-bangsa yang disebut di dalam Al Quran seperti kaum ‘Aad, kaum Tsamud, kaum Saba’ dan bangsa Babil atau Babylon. Mereka membangun dan menegakkan tamadun tanpa orang-orang kerohanian bahkan mereka menolak para rasul dan menentangnya.
Lantaran itulah juga Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan kerana menyempurnakan akhlak yang mulia.” (Riwayat Malik)

Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat At Tabrani)

Perlu diingatkan bahawa membangunkan insaniah untuk melahirkan akhlak yang mulia pada seorang manusia, tidak semudah yang kita sangka. Betapalah kalau satu keluarga, sebuah sekolah, satu kampung, satu mukim, sebuah daerah, satu negeri, lebih-lebih lagilah satu negara. Membangunkan material seperti membangun sebuah bangunan 100 tingkat mungkin lebih mudah daripada membangunkan insaniah seorang manusia.

Membangunkan pencakar langit setinggi 100 tingkat mungkin boleh siap dengab memakan masa tiga tahun, tapi hendak membangunkan insaniah seseorang manusia, mungkin memakan masa 30 tahun, itu pun belum tentu berjaya. Lantaran itulah untuk pembangunan insan ini Allah datangkan orang-orang-Nya iaitu para rasul dan para nabi alaihimussolatuwassalam. Selepas itu mereka yang tunduk kepada ajarannya seperti para auliya, kemudian para ulama ul amilin, paling tidak orang yang soleh.

Apabila disebut akhlak, akhlak yang utama terbahagi kepada dua iaitu:
Pertama: akhlak kepada Allah. Kedua: akhlak kepada manusia.
Akhlak kepada Allah, di antaranya yang paling besar selepas beriman kepada-Nya ialah menyembah-Nya (sembahyang), ikhlas, rasa bertuhan, ertinya hati sentiasa merasa di mana sahaja kita berada, Allah sentiasa mengawasi, melihat dan mendengar terhadap kita, rasa malu, rasa takut, rasa kasih, sabar, redha, tawakal, khusyuk, khuduk.

Akhlak kepada manusia di antaranya kasih sayang, pemurah, mesra, adil, amanah, menunai janji, bercakap benar, merendah diri, bertolak ansur, ziarah-menziarahi, berlemah-lembut, bertolong bantu, baik sangka.

Selain dua bahagian akhlak yang utama ini ada lagi akhlak dengan haiwan dan jamadat seperti
pokok, batu dan lain-lain lagi. Kita tidak boleh menyeksa binatang sesuka hati. Kalau kita memeliharanya seperti kambing, disediakan kandangnya, makan minumnya, sakit diubati, jika disembelih gunakan pisau yang tajam. Begitu juga dengan jamadat seperti pokok, kita tidak boleh menebang pokok sesuka hati, mesti ada maksud dan tujuan yang memberi manfaat.

Begitu sekali luas akhlak di dalam ajaran Islam dan begitu indah sekali akhlak yang dianjurkan oleh agama akhir zaman ini. Ia bersifat sejagat, ia disukai oleh semua manusia sekalipun orang bukan Islam. Justeru itulah kalau umat Islam kembali berakhlak seperti zaman tiga kurun selepas Rasulullah SAW, umat Islam akan dihormati semula oleh dunia kerana dengan akhlak yang mulia terlalu sedikit orang hasad dengki. Kerana akhlak bersifat sejagat laksana bunga yang indah, tidak ada orang yang tidak suka dan tertarik.




BAB 15: KAROMAH


KARAMAH ZAHIR (KARAMAH LAHIR) KARAMAH MAKNAWIAH (KARAMAH BATINIAH) 1. Lidah masin 2. Kasyaf 3. Firasat 4. Ilmu laduni 5. Hatif
Karamah adalah dari bahasa Arab yang bermaksud kemuliaan atau kemurahan iaitu kemuliaan atau kemurahan yang Allah kurniakan pada hamba-Nya yang bertaqwa, yang bukan bertaraf rasul dan nabi tetapi pada yang bertaraf wali. Ia berlaku pada seseorang itu dengan menyalahi adat kebiasaan, di luar logik akal atau khawariqul ‘adah. Umpamanya dapat rezeki tanpa diduga atau tanpa logik, dapat ilmu tanpa berguru, dapat bantuan-bantuan yang tidak terduga, dapat kasyaf, hatif dan firasat. Ini semua dikatakan karamah.

Apa yang kita sebut tadi semuanya adalah kemuliaan atau kemurahan yang datangnya dari Allah. Siapa yang mahu menafikan bahawa itu semua adalah satu kemuliaan? Memiliki karamah maknanya memiliki beberapa kemuliaan yang Allah kurniakan tanpa diduga, tanpa usaha, tanpa logik dan di luar kebiasaan atau menyalahi adat. Karamah boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu:
Karamah zahir Karamah maknawiah (batiniah)
KARAMAH ZAHIR (KARAMAH LAHIR)

Ia boleh dilihat oleh mata kepala kerana mata mudah melihat dan menilainya. Antara contohnya, dapat berjalan di atas air, dapat terbang di udara, ditikam atau ditembak tidak lut, racun diminum tidak membawa maut, daun dipegang bertukar menjadi duit, digenggam buah keluar darah, binatang ganas seperti harimau jadi jinak dan jadi khadamnya, boleh melompat ke atas gunung dan ribuan macam bentuk lagi. Untuk mengetahui secara luas, saya cadangkan pada para pembaca membaca buku Jami’u Karamatil Auliya’ ( ).

KARAMAH MAKNAWIAH (KARAMAH BATINIAH)

Karamah ini hanya pada makna saja, tidak pada rupa. Karamah ini tidak dapat dilihat oleh mata lahir tetapi boleh dirasa adanya dan dinilai oleh mata hati sahaja. Ia lebih baik dari karamah lahir dan lebih berkesan. Contohnya, mudah memerangi hawa nafsu tanpa mujahadah yang bersungguh-sungguh, hati tidak terpaut dengan dunia, mendapat ilmu tanpa belajar (ilmu laduni), lidah masin yakni cakap atau nasihat mudah terkesan di hati orang hingga boleh mengubah jiwa dan sikap seseorang dengan cepat, kasyaf, hatif dan rasa hatinya tepat. Itulah yang dikatakan ilmu firasat.

Dalam Hadis, sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan cahaya dari Allah.” (Riwayat Tirmizi dan At Tabrani)

Karamah maknawiah itu juga termasuklah seseorang itu mendapat kasyaf atau dapat melihat alam ghaib, orang lain memberi kasih sayang yang luar biasa padanya, musuh terasa gerun dan memandangnya hebat tanpa dia mengetahuinya, dia istiqamah beramal sama ada amalan fardhu ataupun sunat. Jiwanya juga tenang kerana hatinya kuat dengan Allah dan terlalu sabar waktu diuji. Sama ada dipuji atau dikeji, dia tidak terasa apa-apa. Tanpa mujahadah, baginya tidak ada perbezaan antara pujian dan kejian. Jiwanya teguh serta mempunyai azam yang kuat dalam menegakkan kebenaran. Walau apa pun bentuk ujian yang ditimpakan padanya, ia tidak menggoncangkan sikap dan jiwanya.

Karamah ini diberi mengikut keperluan seseorang, sesuai dengan keadaan semasa dan kepentingannya. Kalau dia seorang abid, ertinya dia bukan seorang pemimpin masyarakat, Allah berikan karamah batin yang bersesuaian dengan watak abidnya itu. Manakala pada seorang pemimpin yang diperlukan oleh umatnya, selalunya Allah kurniakan karamah zahir atau batin sesuai dengan keperluannya pula.

Sayidina Abu Huzaifah r.a. adalah seorang ahli abid, bukan pemimpin. Karamah maknawiah yang Allah kurniakan padanya ialah dapat mengetahui sama ada seseorang itu munafik atau tidak. Sebab itu sekiranya ada orang yang meninggal dunia, Sayidina Umar akan melihat sikap Abu Huzaifah terlebih dahulu. Kalau Abu Huzaifah menyembahyangkan jenazah tersebut, maka dia pun akan turut serta. Begitulah sebaliknya.

Artinya, Sayidina Umar tidak diberi karamah batin sepertimana karamah Abu Huzaifah yang mengetahui orang munafik. Padahal dari segi ilmu lahirnya, siapa yang lebih tinggi darjat dan kemuliaannya antara mereka berdua? Tentulah kelebihannya ada pada Sayidina Umar. Beliau termasuk antara sepuluh Sahabat yang dijamin Syurga oleh Rasulullah, tergolong antara Sahabat yang rapat dengan Rasulullah, yang terawal memeluk Islam, mertua Rasulullah, ahli Badar serta khalifah yang kedua selepas Rasulullah. Kelebihannya juga pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW sendiri, antaranya:
Maksudnya: “Kalaulah ada nabi selepas aku, tentulah dia Umar bin Al Khattab.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Hakim)

Kuatnya iman Sayidina Umar sehingga Rasulullah pernah berkata sekiranya suatu lorong itu pernah dilalui oleh Sayidina Umar, maka syaitan selama-lamanya tidak akan menempuh jalan tersebut. Jika syaitan tempuh jalan itu, ia terasa sakit, menderita dan terseksa. Betapa pulalah kalau ia berjumpa dengan Sayidina Umar. Tentulah lagi dahsyat kesannya.

Itulah antara kelebihan yang ada pada Sayidina Umar. Tetapi pelik, mengapa Sayidina Umar tidak dapat kenal siapa orang yang munafik? Mengapa Abu Huzaifah pula yang dapat karamah itu? Ini kerana Abu Huzaifah lebih kepada watak abid daripada watak pemimpin. Karamah Sayidina Abu Huzaifah kebanyakan untuk dirinya tetapi karamah Sayidina Umar untuk keselamatan masyarakat dan umat yang dipimpinnya. Kalau karamah itu diberi kepada Sayidina Umar, tentu sukar baginya untuk memimpin umat dan meratakan kasih sayang terhadap rakyat yang sedang dididiknya. Akibatnya, tentulah haru-biru masyarakat.

Karamah Sayidina Umar bukan untuk dirinya sahaja tetapi ia ada hubungkait dengan kepentingan masyarakat umum. Pernah berlaku, sewaktu Sayidina Umar berada di Madinah, dia dapat memberikan arahan kepada ketua tenteranya bernama Sariyah di Palestin. Waktu itu Sayidina Umar sedang menyampaikan khutbah dan Tuhan telah perlihatkan kepadanya secara kasyaf tentang keadaan tenteranya yang di dalam bahaya. Anehnya, Sayidina Umar dapat memberitahu ketua tenteranya, “Hai Sariyah, tolong betulkan kedudukan tentera kamu. Naik di atas bukit kerana di belakang bukit itu ada satu pasukan tentera musuh akan memukul kamu.”

Ketua tentera tersebut pula dapat mendengar dengan jelas kata-kata Sayidina Umar itu dan terus membetulkan kedudukan tenteranya. Sedangkan di waktu itu tidak ada telefon, faks atau internet dan lain-lain alat-alat perhubungan teknologi canggih. Tetapi begitulah canggihnya karamah Sayidina Umar ini. Suara taqwanya sudah cukup untuk didengar oleh ketua tenteranya dari jarak 1000 batu tanpa menggunakan apa-apa alat pun.

Untuk menyelamatkan umat, Allah beri karamah kepada Sayidina Umar sesuai dengan peranannya sebagai seorang pemimpin yang tugasnya menyelamatkan umat. Allah berikan karamah kepada seorang pemimpin tidak sama dengan karamah yang diberi kepada orang soleh yang membawa dirinya sahaja. Apakah hikmahnya?

Karamah itu tujuannya untuk keindahan, bantuan dan keselamatan tetapi kalau menimbulkan kesulitan, ia bukan lagi satu karamah atau kemuliaan. Bahkan dianggap satu penghinaan pula.
Sebagai contoh, katalah ada seorang pemimpin yang berdakwah ke kawasan pedalaman. Dengan izin Allah, dia dikurniakan karamah boleh berjalan atas air. Bila dia sampai di sungai, dia terus meluncur berjalan di atas air. Sedangkan pengikut-pengikutnya tidak. Cuba gambarkan bagaimana dengan keadaan pengikut-pengikutnya yang ikut sama. Tentulah mereka tertinggal di belakang sedangkan pemimpinnya sudah sampai ke seberang. Ini tentulah menjadi bala kepada mereka, bala ditinggal pemimpin. Pengikut tertinggal 3 jam, pemimpin pula terpaksa menunggu 3 jam.

Sebab itulah Allah tidak berikan karamah bentuk itu kepada para pemimpin.
Contoh lain, katakanlah seorang ketua panglima perang yang membawa bersama-samanya tentera yang terpaksa menempuh gurun, padang pasir dan bukit-bukit serta gunung-ganang. Pemimpin tersebut dapat melompat ke sebelah bukit atau gunung itu tetapi pengikut-pengikutnya tidak. Terpinga-pingalah pengikut-pengikutnya mencari jalan untuk sampai kepada pemimpinnya. Tentulah susah, payah dan makan masa yang lama.

Pemimpin juga dapat bala. Bala menunggu pengikut. Akhirnya sama-sama susah. Walaupun pemimpin tersebut dapat melompat, sampai dulu dalam sekelip mata tetapi terpaksa menunggu anak buah, itu pun satu penyeksaan juga.
Adakalanya Allah berikan karamah pada seseorang itu tanpa disedarinya. Kebanyakan mereka itu bukan dikurniakan karamah lahir tetapi karamah maknawiah. Sebab itu sesetengah orang tidak menganggap itu karamah. Contohnya:

1. Lidah masin
Biasanya dikurniakan kepada seorang pemimpin. Di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat.

2. Kasyaf
Karamah ini menjadikan Sayidina Umar nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam itu. Ertinya menyelamatkan umatnya. Banyak lagi karamah-karamah yang dikurniakan pada pemimpin-pemimpin selain daripada Sayidina Umar yang semuanya untuk keindahan, kemudahan dan keselamatan umat.

3. Firasat
Sayidina Umar pernah berkata, “Akan ada nanti dari sulbiku seorang yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan bertanda di dahinya.” Itulah dia Sayidina Umar Abdul Aziz, cicit Sayidina Umar yang menjadi khalifah dan mujaddid di kurun pertama yang terkenal taqwa dan warak dalam sejarah itu. Pemimpinpemimpin yang mendapat karamah-karamah ini tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya pada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka.

4. Ilmu laduni
Iaitu ilmu yang Allah kurniakan pada seseorang yang terus jatuh ke hatinya, tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Ianya terus jatuh ke hati dan akhirnya jadi ilmu. Ini biasanya diberikan pada pemimpin-pemimpin yang bertaqwa dan yang warak. Orang yang sayang kepadanya, terlalu sayang hingga hilang pertimbangan. Sebaliknya orang yang benci kepadanya juga terlalu benci sehingga hilang pertimbangan. Hikmahnya, orang yang kasihkannya itulah yang akan jadi kawan untuk membantu perjuangannya. Manakala terhadap orang yang membencinya, dia dapat bersabar dengan mereka. Maka dia akan dapat pahala sabar dari-Nya.

5. Hatif
Iaitu mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliyullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira atau berita yang negatif. Tujuannya Allah hendak menghiburkannya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya kalau berita itu duka, juga akan menggembirakannya kerana ia telah tahu terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya dia boleh bersiap sedia menghadapi ujian itu. Atau agar dia dapat mengelak daripada bahaya itu sebagai rahmat dari Allah.






BAB 16 : RAHASI HATI

A. WAHYU B. ILMU LADUNI/ILHAM PERTAMA: Hujah naqli (nas) 1. Hujah Al Quran 2. Hujah Hadis KEDUA: Bukti Sejarah 1. Imam Al Ghazali 2. Imam Sayuti 3. Imam Nawawi C. FIRASAT D. KASYAF
Hati kalau sudah bersih, pandangannya akan menembusi segala hijab-hijab iaitu tabir alam maddiah (benda). Akan tersingkap hijab-hijab itu dan terbanglah ia ke alam ghaib yang maha luas setakat yang diizinkan oleh Allah Taala.

Hati yang benar-benar bersih, di waktu itulah Allah SWT curahkan ke dalamnya perkara atau barang yang berharga dan terlalu bernilai iaitu keimanan, keyakinan, ketaqwaan, hikmah, wahyu, kasyaf, ilmu laduni, firasat dan lain-lain lagi.
Huraian, tafsiran atau penjelasan tentang hal-hal ini akan diperbahaskan secara terperinci, di bawah tajuknya yang tersendiri.

A. WAHYU
Ia adalah ilmu yang Allah sampaikan kepada rasul-rasul dan nabi-nabi secara terus atau direct. Atau melalui perantaraan malaikat, terus jatuh ke hati mereka, terus dapat dihafal dan tidak lupa buat selama-lamanya. Ianya berlaku tanpa usaha ikhtiar dan tanpa belajar. Inilah mauhibah atau anugerah dari Allah. Wahyu membawa syariat baru, memansuhkan syariat yang sebelumnya.

B. ILMU LADUNI/ILHAM
Apakah itu ilmu laduni? Ia adalah ilmu yang membawa pengertian atau makna yang baru kepada syariat, bukan membawa syariat baru. Ilmu laduni atau ilmu ilham ialah ilmu yang Allah jatuhkan ke dalam hati para wali-Nya, tanpa melalui proses usaha ikhtiar atau hasil mendengar kuliah daripada guru atau hasil berfikir. Ia terjatuh direct ke dalam hati.

Yang mana bila disyarahkan atau dihuraikan, ia jadi satu ilmu atau satu huraian yang sangat ilmiah. Ertinya ia jadi satu ilmu yang sangat bermanfaat. Ilmu yang didapati itu tepat, meyakinkan, logik, memberi kepuasan serta tidak meletihkan otak.

Bagaimana pun ia boleh lupa daripada ingatan. Berbeza dengan ilmu hasil belajar, membaca, berfikir atau mentelaah yang cepat menjemukan. Kadang-kadang ianya tidak tepat, tidak meyakinkan atau tidak logik dan meletihkan. Untuk mendapatkannya perlu proses masa yang lama. Ertinya hasil membaca, berfikir setelah faham baru dapat ilmu. Kalau begitu ilmu laduni atau ilmu ilham bukan membawa syariat yang baru. Ia membawa makna atau tafsiran yang baru, yang sesuai dijadikan tindakan dan penyelesai masalah untuk zamannya atau makna yang tertentu, khusus untuk orang itu.

Mengapa pula ilmu ilham atau ilmu laduni ini dikatakan sebagai penyelesai masalah sesuai dengan zamannya dan bukan untuk semua zaman?Kalau saya hendak misalkan ilmu Allah itu yakni ilmu Al Quran atau Sunnah Rasul, yang maha luas dan tidak berkesudahan itu diibaratkan sebagai khazanah lautan, setiap orang yang mencari khazanah lautan itu insya-Allah dapat sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya dan juga untuk orang lain.

Apa yang diperolehi oleh setiap orang itu mungkin tidak sama di antara satu sama lain. Mungkin ada yang dapat kerang atau ada yang dapat ikan sahaja. Orang yang dapat ikan pula mungkin tidak sama jenisnya. Ada yang dapat ikan yu, ada yang dapat ikan pari, ikan kembung dan sebagainya. Ada juga yang dapat minyak, mutiara, batu karang dan lain-lain lagi.

Bagi orang yang tidak faham, dia akan mengatakan kepada orang yang dapat batu karang: “Awak ni tak dapat apa-apalah! Saya dapat ikan. Inilah khazanah lautan yang sebenar. Awak ni dapat batu karang dari hutan mana?” Tapi bagi orang yang dapat batu karang menyangka mereka yang dapat ikan itu bukan dari khazanah laut. Akhirnya berlakulah tuduh-menuduh. Sebenarnya kerang dan ikan sama-sama khazanah laut, tetapi oleh kerana masing-masing kurang ilmu, maka masing-masing menganggap apa yang mereka dapat itulah sebenarnya dari laut. Yang lain bukan dari laut. Lebih-lebih lagi orang yang dapat minyak, tentulah mereka lebih sombong lagi dan menuduh orang-orang yang dapat benda-benda lain tidak dianggap dari khazanah laut.

Oleh itu bagi orang yang faham tentang laut, ia tidak jadi masalah. Semua yang disebut itu adalah khazanah lautan. Cuma keperluan saja yang tidak sama. Ikan untuk dimakan. Kalau minyak untuk enjin dan batu karang pula untuk hiasan dan begitulah seterusnya.

Jadi, orang yang dikurniakan ilmu laduni atau ilmu ilham ini adalah orang yang mendapat khazanah dari lautan ilmu Allah. Ada macam-macam ilmu dan setiap sesuatu ilmu itu mempunyai banyak pengertian dan tafsirannya. Jadi Allah memberi pengertian dan tafsiran satu-satu ayat sesuai pada seseorang itu untuk menyelesaikan masalah di zamannya atau keperluan seseorang itu.

Perkara itu pula kebanyakannya bukan pengertian mengenai hukum-hakam kerana soal itu sudah tetap dan tidak berubah untuk setiap zaman kecuali perkara khilafiah. Sebaliknya ilmu laduni ini kebanyakannya mengenai penghuraian, falsafah, didikan, hal semasa, metod dan kaedah sahaja. Perkara-perkara ini boleh berubah.

Jika ilmu wahyu disampaikan kepada rasul atau nabi, ilmu laduni atau ilmu ilham pula Allah kurniakan kepada para wali dan orang-orang soleh. Ilmu wahyu adalah syariat baru yang memansuhkan syariat yang diamalkan sebelumnya manakala ilmu laduni akan membawa tafsiran atau makna baru kepada ilmu wahyu itu, sesuai untuk zamannya atau orangnya. Ilmu wahyu tidak dilupakan tetapi ilmu laduni atau ilham mudah dilupakan oleh orang yang menerimanya. Kalau yang menerima ilmu wahyu itu adalah rasul maka wajib ianya disampaikan tetapi kalau dia seorang nabi, maka tidak wajib menyampaikannya. Sedangkan ilmu laduni elok disampaikan kerana ia akan dapat menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat, sesuai untuk zamannya. Atau untuk mengetahui hikmah atau pengajaran sesuatu hukum itu.

Kalau ilmu wahyu ditolak, automatik seseorang itu akan jatuh murtad atau kafir dan di Akhirat akan terjun ke Neraka serta kekal selama-lamanya. Sebaliknya kalau menolak ilmu laduni atau ilmu ilham, tidak menjadi kafir tetapi akan menghilangkan barakah dan tertutup pintu bantuan Allah.
Mungkin ada orang yang akan menolak pendapat saya tentang ilmu laduni ini dan payah untuk menerimanya terutamanya:
Orang yang tidak percaya adanya ilmu laduni atau ilham di dalam Islam. Seseorang yang tidak ada ilmu ini dan tidak ada pengalaman mengenainya, sekalipun dia mempercayainya. Seseorang yang tahu mengenai ilmu ini tetapi kerana hasad dengki, dia tidak senang dengan orang yang mendapat ilmu ini, maka dia pun buat-buat menolaknya, sedangkan hatinya membenarkan. Apa bukti ilmu laduni atau ilmu ilham ini wujud? Buktinya, adalah berdasarkan hujah berikut:

PERTAMA: Hujah naqli (nas)
1. Hujah Al Quran
Dalam Al Quran ada dalil yang kuat sebagai bukti kewujudan ilmu ini.

Maksudnya: “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan ajar kamu.” (Al Baqarah: 282)
Dalam ayat ini jelas Allah memperkatakan tentang orangorang bertaqwa yang bersih daripada sifat-sifat mazmumah, Allah akan beri ilmu secara wahbiah, tanpa usaha ikhtiar, tanpa belajar atau berguru.

2. Hujah Hadis
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang beramal dengan ilmu yang dia tahu, Allah akan pusakakan padanya ilmu yang dia tidak tahu.” (Dikeluarkan oleh Abu Nuaim)
Inilah buktinya. Ertinya ilmu yang telah sedia ada itu akan bertambah bila diamalkan. Yakni ia akan dapat ilmu baru hasil dipraktikkan ilmu itu. Proses ini juga berlaku secara wahbiah. Inilah yang dikatakan ilmu laduni atau ilmu ilham yang mana Allah pusakakan melalui tiga cara:
Ilmu itu Allah jatuhkan terus ke dalam hati. Adakalanya Allah tayangkan ilmu itu yang boleh dilihat seolah-olah melihat skrin TV. Sedangkan orang lain yang ada bersama-sama dengannya ketika itu tidak dapat melihatnya. Atau mungkin mendengar suara yang membisikkan ke telinganya tetapi tidak nampak rupa makhluknya. Inilah yang dikatakan hatif. Mungkin suara ini suara malaikat, jin yang soleh atau wali-wali Allah.
KEDUA: Bukti Sejarah
Banyak kitab dahulu menceritakan bagaimana pengalaman salafussoleh, ulama-ulama besar dan pengarang-pengarang kitab sendiri yang mendapat ilmu-ilmu laduni ini. Ada kitabkitab karangan ulama muktabar yang menunjukkan pengarangnya mendapat ilmu laduni. Di antara ulama yang memperolehi ilmu laduni atau ilmu ilham ini di samping ilmu melalui usaha ikhtiar ialah imam-imam mazhab yang empat, ulama-ulama Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, ulama-ulama tasawuf seperti Imam Al Ghazali, Imam Nawawi, Imam Sayuti, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Junaid Al Baghdadi, Hassan Al Basri, Yazid Bustami, Ibnu Arabi dan lain-lain lagi.

1. Imam Al Ghazali
Umurnya pendek sahaja iaitu sekitar 54 tahun. Beliau mula mengarang selepas sahaja habis bersuluk di kubah Masjid Umawi di Syam (Syria). Umurnya waktu itu sekitar 40 tahun. Ertinya dalam hidupnya dia mengarang sekitar 14 tahun. Dalam waktu yang pendek ini dia sempat mengarang 300 buah kitab yang tebal-tebal, yang bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan termasuklah kitab yang paling masyhur iaitu Ihya Ulumuddin, kitab tasawuf (dua jilid yang tebal-tebal) dan Al Mustasyfa (ilmu usul fiqh yang agak susah difahami).

Cuba anda fikirkan, bolehkah manusia biasa seperti kita ini menulis sebanyak itu. Walau bagaimana genius sekalipun otak seseorang itu, tidak mungkin dalam masa 14 tahun boleh menghasilkan 300 buah kitab-kitab tebal, kalau bukan kerana dia dibantu dengan ilmu laduni yakni ilmu tanpa berfikir, yang terus jatuh ke hati dan terus ditulis. Dalam pengalaman kita kalau ilmu hasil berfikir dan mengkaji, sepertimana profesor-profesor sekarang, dalam masa empat tahun baru dapat membuat satu tesis di dalam sebuah buku. Kalau satu buku mengambil masa empat tahun, ertinya kalau 14 tahun dapat tiga buah buku. Terlalu jauh bezanya dengan Imam Ghazali yang mencapai 300 buah buku itu.

2. Imam Sayuti
Umurnya juga pendek, hanya 53 tahun. Beliau mula mengarang sewaktu berumur 40 tahun dan dapat menghasilkan 600 buah kitab. Dalam masa hanya 13 tahun dapat menghasilkan sebegitu banyak kitab. Ertinya dia dapat menyiapkan sebuah kitab setiap dua minggu. Kitabnya itu pula tebal-tebal dan tinggi perbahasannya dalam bermacam-macam jenis ilmu. Antara kitabnya yang terkenal Al Itqan fi Ulumil Quran, Al Hawi lil Fatawa (dua jilid), Al Jamius Soghir (mengandungi matan-matan Hadis), Al Ashbah wan Nadzoir, Tafsir Jalalain, Al Iklil dan lain-lain lagi.

Kalaulah beliau menulis atas dasar membaca atau berfikir semata-mata, tentulah tidak mungkin dalam masa 13 tahun dapat menulis 600 kitab atau tidak mungkin dalam masa hanya dua minggu dapat tulis sebuah kitab. Inilah ilmu laduni. Tidak hairanlah hal ini boleh berlaku kerana dalam kitab Al Tabaqatul Kubra karangan Imam Sya’rani ada menceritakan yang Imam Sayuti dapat yakazah dengan Rasulullah sebanyak 75 kali dan dia sempat bertanya tentang ilmu dengan Rasulullah.

3. Imam Nawawi
Beliau adalah antara ulama yang meninggal sewaktu berusia muda, iaitu 30 tahun. Beliau tidak sempat berkahwin tetapi banyak mempusakakan kitab-kitab karangannya. Di antara yang terkenal ialah Al Majmuk yakni kitab fekah. Kalau ditimbang berat kitab itu lebih kurang 3 kilogram, yakni kitab fekah yang sangat tebal. Selain itu termasuklah kitab Riadhus Solihin, Al Azkar dan lain-lain lagi.

Untuk mengarang kitab Al Majmuk saja kalau ikut kaedah biasa yakni atas dasar kekuatan otak, tidak mungkin dapat disiapkan dalam masa dua atau tiga tahun. Mungkin memakan masa 10 tahun. Ini bererti dia mula mengarang semasa berumur 20 tahun. Biasanya di umur ini orang masih belajar lagi. Tetapi di usia semuda itu Imam Nawawi mampu mengarang bukan saja Al Majmuk, tetapi turut mengarang kitab-kitab besar yang lain. Ini luar biasa! Biasanya orang jadi pengarang kitab di penghujung usianya. Ini membuktikan selain dari cara belajar, ada ilmu yang Allah pusakakan tanpa belajar, tanpa usaha ikhtiar dan tanpa berguru. Itulah dia ilmu laduni atau ilmu ilham.

Sesudah kita mengkaji kemampuan ulama-ulama dahulu, kita lihat pula ulama-ulama sekarang ini dan cuba kita bandingkan. Berapa banyakkah buku-buku atau kitab yang telah ditulis oleh mereka sekalipun setelah mereka ada PhD? Oleh itu, jika ulama-ulama dulu mampu menulis kitab-kitab yang banyak dan tebal-tebal dalam masa yang singkat tentulah ianya bantuan Allah yang luar biasa melalui ilmu laduni atau ilmu ilham yang bersifat wahbi di samping ilmu kasbinya.

Jelaslah sekarang ini sudah tidak ada lagi ulama yang dapat ilmu laduni. Ini kerana kita semua sudah bersalut dengan cinta dunia dan berkarat dengan mazmumah. Lihatlah zaman sekarang ini, susah untuk kita dapati ulama yang mengarang buku atau kitab. Mereka tidak mampu mengarang kerana kekeringan minda, sibuk dengan dunia, di samping perlu menggunakan otak, berfikir, membaca, banyak mentelaah dan kena banyak reference yang tentunya memakan masa yang lama. Ini semua membosankan dan meletihkan, banyak ambil masa serta tidak cukup masa. Mereka tidak dapat pula ilmu melalui saluran ilham. Maka inilah rahsia kenapa ulama sekarang tidak menulis atau kurang menulis.

C. FIRASAT
Firasat ialah perasaan atau gerakan hati yang benar atau tepat kerana mendapat pimpinan dari Allah. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Takutlah olehmu firasat orang mukmin kerana ia memandang dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)
Jika hati kotor, syaitanlah yang mengisinya yakni dengan was-was, jahat sangka, keraguan dan lain-lain lagi.

D. KASYAF
Apa itu kasyaf? Kasyaf ertinya ‘singkap’ yakni tabir-tabir yang jadi penghalang atau yang jadi hijab pada mata batin untuk melihat alam ghaib atau rohaniah itu, Allah singkapkan. Allah buka dan perlihatkan. Tabir-tabir penghalang itu adalah sifatsifat mazmumah. Apabila tabir-tabir mazmumah itu sudah terangkat, maka hatinya jadi celik dan terang-benderang, putih bersih.

Sehingga mata hati mampu melihat makhluk-makhluk Allah yang pelik-pelik di alam yang bukan alam benda atau material itu seperti melihat alam jin, alam malakut dan alam Barzakh. Juga dapat melihat sifat batin manusia yakni kalau seseorang itu berperangai seperti kuda, maka dilihatnya rupa orang itu seperti kuda. Kalau berperangai anjing, orang itu berupa anjing. Allah perlihatkan hakikat orang itu




BAB 17 : MAKSUM DAN MAHFUZ

MAKSUM MAHFUZ 1. Supaya kewaliannya tertutup 2. Mengekalkan rasa hamba
Pengertian maksum mengikut istilah bahasa ialah terpelihara lagi terkawal. Mengikut pengertian syariat pula, maksum ialah orang yang hatinya terlalu bersih kerana tidak pernah melakukan dosa-dosa besar dan dosa kecil sama ada dosa lahir mahupun dosa batin. Pengertian mengikut istilah syariat inilah yang akan kita perkatakan.

MAKSUM
Maksum bermakna terpelihara daripada dosa dan terkawal daripada kesalahan dan kesilapan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil sekalipun perkara makruh, lahir atau batin serta terjamin terpelihara hingga ke akhir hayatnya.

Maksum ini hanya berlaku kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Kalaupun mereka melakukan kesalahan, bukanlah kesalahan-kesalahan yang terjatuh kepada haram atau dosa. Bahkan makruh pun tidak berlaku. Tetapi kalaupun tersalah, kesalahan yang berlaku itu mengikut istilah syariat dipanggil khilaful aula, yang bererti menyalahi yang utama.

Maksudnya begini; bila hendak melakukan kebaikan, mereka pilih yang kurang utama. Sebagai contohnya, katakanlah ada dua kebaikan. Satu kebaikan itu dibuat dapat 10 pahala dan satu lagi dapat 70 pahala. Kedua-duanya baik tetapi ada sesetengah rasul itu tertempuh jalan kebaikan yang dibuat hanya dapat 10 pahala. Inilah yang dikatakan menyalahi yang utama.

Yang utamanya elok dia menempuh jalan yang dapat 70 pahala. Tetapi dia menempuh jalan yang dapat 10 pahala saja. Walaupun 10 tetapi masih baik dan berpahala. Ini yang dinamakan khilaful aula atau menyalahi utama. Atau contoh yang lain, satu perkara itu kalau ditinggalkan lebih utama dan mendapat pahala daripada dilakukan kerana melakukannya harus (mubah) sahaja.

Apa hikmahnya para rasul dan para nabi tidak membuat dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil dan juga yang makruh, sama ada yang lahir atau batin? Hikmahnya ialah kalau sedikit sahaja kecacatan yang dilakukannya, risikonya amat berat. Mereka adalah pemimpin, pendidik, sumber rujuk, sumber ilmu, tempat sandaran, tempat contoh agung seluruh umat di zamannya.

Maka segala-galanya yang dilaksanakan oleh mereka akan ditiru oleh umatnya. Jika dia tersilap, umatnya akan meniru kesilapan dengan alasan rasul mereka berbuat demikian. Selain itu, orang ramai juga akan meragui keadilan dan kewarakan mereka.
Sebab itulah Allah jadikan mereka tidak pernah melakukan dosa besar dan dosa kecil, juga perkara yang makruh sama ada kesalahan lahir mahupun batin. Allahlah yang menjaga dan mengawal orang-orang-Nya ini, yang kerana itu mereka digelar maksum atau terpelihara dan terkawal.

MAHFUZ
Pengertian mahfuz mengikut istilah bahasa ialah dijaga tetapi mengikut istilah syariat ialah seseorang yang hatinya bersih kerana terkawal daripada dosa besar dan banyak meninggalkan dosa-dosa kecil kecuali terlalu sedikit sahaja. Itu pun dia terlalu menyesal, lantaran itu cepat-cepat meminta ampun dan terlalu sedikit pula membuat yang makruh.

Perbahasan ilmu ini hakikatnya memperkatakan tentang hati wali-wali Allah yang berbeza dengan hati para rasul dan nabi-nabi. Kalau maksum bermaksud terpelihara lagi terkawal dan terjamin daripada kesalahan hingga sampai ke hujung umurnya. Sementara mahfuz hanya terkawal tetapi tidak ada jaminan sepertimana kawalan yang diberi pada rasul dan nabi yang memang benar-benar terjamin.

Maksudnya, hati mereka bersih kerana terpelihara daripada dosa-dosa besar dan kecil kecuali sedikit sahaja serta terlalu kurang terlibat yang makruh. Yang sedikit itu pun tidak istiqamah dan tidak kekal. Mungkin terlupa atau terlalai sahaja. Walau bagaimanapun mereka tidak dijamin daripada melakukan kesalahan hingga ke akhir hayatnya. Kerana itulah mereka tidak dianggap maksum tetapi hanya mahfuz sahaja. Mereka bukan rasul dan nabi tetapi hanya wali sahaja.

Bila mereka terbuat dosa kecil, Allah rasakan dalam hatinya amat terseksa sekali dengan dosa yang sangat sedikit itu. Hatinya rasa parah dan menderita. Mungkin barangkali penderitaannya sepanjang masa tetapi orang lain tidak mengetahuinya. Yang empunya diri sahaja yang tahu. Hati yang rasa teruk menderita dengan dosa itulah yang dikatakan mahfuz iaitu terkawal atau dijaga. Kerana itu dosanya diampunkan oleh Allah. Orang yang diampunkan dosanya oleh Allah macamlah orang yang tidak berdosa. Itulah yang dikatakan dijaga. Macam orang yang kena lumpur, kemudian dibersihkan. Jadilah dia bersih macam tidak terkena lumpur. Kalau kena lumpur lagi tanpa dirancang, dibasuh lagi, maka bersih lagi.

Ketika membasuh dan membersihkan itu, hati mereka terlalu susah dan menderita kerana takut-takut kalau terbuat dosa lagi. Rasa terseksa dengan dosa itulah mendatangkan kasih sayang Allah. Yang mana Allah rindu dengannya. Itulah yang menjadikan Allah ambil perhatian terhadap mereka. Begitulah hati para waliyullah.
Apa hikmahnya dijadikan wali-wali Allah ini terbuat sedikit dosa kecil, yang dosanya itu tidak pula dikekalkan? Ia hanya tersalah, tersilap dan terbuat dosa-dosa tetapi itu pun tidak dirancang pula. Hikmahnya ialah:

1. Supaya kewaliannya tertutup
Kalau Allah bukakan rahsia kewaliannya akan berlaku nanti pada sesetengah orang itu rosak binasa. Sama ada orang yang bencikannya menjadi terlalu benci dan orang yang sayang juga terlalu sayang atau cinta secara melulu. Kedua-duanya merosakkan.
Yang terlalu benci, dia akan caci maki, hina, fitnah dan membinasakan wali itu.

Sebab itulah ada amaran dari Allah tentang hal ini melalui Hadis Rasulullah SAW.
Maksudnya: “Barang siapa yang bermusuh dengan wali-Ku, Aku mengizinkan memeranginya.” (Riwayat Bukhari)

Terdapat juga dalam Hadis lain, ulama yang bertaraf wali kedudukannya macam racun. Siapa yang memakan racun yakni cuba membinasa, mencerca, menyusah-nyusahkan mereka, dia akan binasa. Siapa makan racun pasti akan binasa. Penentangan mereka itu kepada para waliyullah akan merosakkan mereka sendiri. Allah SWT akan tetap membela wali-Nya. Walaupun nyawa mereka diancam, diugut, dicaci dan dihina oleh musuhmusuhnya tetapi syariat dan imannya tetap dapat ditegakkan. Walaupun kadang-kadang dia mati terbunuh namun perjuangannya tetap diterima umum. Matinya pun Allah golongkan dalam golongan orang-orang yang mati syahid.

Tetapi orang yang menentang itu pula, di dunia dan di Akhirat akan terhina.
Manakala di pihak orang-orang yang jahil yang suka dan cinta kepadanya, terlalu memberi kasih sayang sampai hilang pertimbangan dan melulu. Ini juga akan menyusahkan wali tersebut dan orang itu terjatuh kepada kesalahan yang tidak disedari.

Contohnya, mereka ingin berjumpa dengan wali itu tidak kira waktu, ziarahnya tidak kira masa, minta didoakan, minta jampi air, minta sembahyang hajat, minta bermacam-macam sehingga tidak ada kerehatan dan mengganggu urusan wali itu. Kebanyakan orang jahil yang datang kerana mahukan berkat bukan mahu mencontohi akhlaknya, ibadahnya, perjuangannya, jihadnya, mindanya dan lain-lain lagi. Di situlah salahnya. Kalau sampai mengganggu wali itu, orang yang mengganggu itu dianggap berdosa. Walaupun asalnya niatnya baik tetapi dalam cara berhubung dan bergaul dengannya tidak berakhlak dan beradab. Kerana itu tetap Allah kira sebagai satu kesalahan atau dosa.

Kesimpulannya, kedua-dua golongan ini dikira berdosa. Orang yang jahil, yang terlalu suka tetapi tidak pandai beradab dengannya pun berdosa manakala yang terlalu benci pun lebihlebih lagi berdosa. Inilah rahsia besar kenapa kewalian seseorang itu tertutup rapat. Sengaja Allah sorokkan dengan menampakkan ada kesalahan-kesalahan kecil yang bukan dirancang dan sebagainya. Supaya orang ramai menganggap dia bukan wali kerana pada mereka wali itu tidak pernah buat salah. Tentu mereka akan berkata: “Takkan wali begitu. Mana wali boleh bersalah?”

2. Mengekalkan rasa hamba
Di antara hikmahnya lagi kenapa para wali itu Allah lakukan sedikit kesalahan kerana dengan ini akan menyedarkan wali itu bahawa dia tetap hamba yang hina dan lemah serta berdosa. Jadi dia tidak rasa dirinya sempurna. Agar hatinya tidak dicelahi oleh ujub, riyak, sombong dan sebagainya. Kalau mereka tidak mempunyai kesalahan langsung, ditakuti dan dibimbangi hati mereka akan dicelahi riyak, sombong dan ujub memandangkan mereka tidak terjamin terpelihara iaitu tidak maksum. Ini sangat merbahaya kepada mereka.

Di sudut tafsiran tasawuf mengatakan: “Kesalahan yang sedikit yang dilakukan oleh Allah kepada seseorang itu, itulah yang lebih menyelamatkan dia dari Neraka daripada seseorang yang langsung tidak berdosa kerana dengan itu dibimbangi datangnya sifat ujub, sum‘ah dan sebagainya.”

Tetapi perlu diingatkan bahawa, kesalahan yang berlaku itu bukan kesalahan yang ditempah seperti berkata: “Nanti aku buat dosalah. Kemudian boleh bertaubat.” Ini kesalahan yang dirancang namanya. Berlakunya salah itu bukan sengaja dirancang tetapi terlalai, terlupa dan tidak istiqamah. Disangkanya perkara itu tidak salah, rupa-rupanya termasuk ke kawasan salah. Kesalahan itu menjadikan hatinya menderita dengan teruk. Lantas dia bertaubat. Itulah yang menyelamatkannya. Orang ini tidak sempat dicelahi ujub, sombong dan riyak kerana mereka merasa sentiasa bersalah. Sedangkan orang yang tidak pernah melakukan kesalahan mudah didatangi riyak, sombong dan ujub yang berkemungkinan menyebabkan dia tidak selamat.



BAB 18 : PENGALAMAN ILMU RASA

1. Sembahyang sunatnya banyak 2. Hati Terbakar 3. Hati dan Jantung yang Gementar 4. Dapat Menahan Sakit 5. Menangis kerana Takutkan Allah SWT 6. Membaca Al Quran 7. Kahwin 8. Syattah (melatah) dan Sakar (mabuk)
Rahasia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin dan salafussoleh dapat memerintah dan menawan tiga suku dunia dengan jayanya adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka. Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka.

Kalaulah mereka tidak mengutamakan sifat-sifat terpuji (mahmudah) lebih daripada sifat-sifat terkeji (mazmumah) tentulah mereka senasib dengan kita. Yakni bukan saja tidak dapat menegakkan empayar, hendak memerintah satu negara pun tidak akan berjaya. Memerintah satu negeri pun akan gagal. Bahkan memerintah satu kampung pun akan timbul pecah belah. Bahkan gagal untuk menawan walau satu hati pun.

Kalau masalah dalam diri tidak dapat diatasi, tidak selesai-selesai, apa logiknya untuk tawan hati orang lain? Lebih-lebih lagi apa logiknya untuk tawan hati manusia dalam satu empayar? Bukankah fitrah hati itu akan jatuh hati hanya dengan orang yang mempunyai akhlak terpuji?
Sekali lagi diulang, berjayanya Rasulullah SAW dan para Sahabat serta salafussoleh mengislamkan dunia adalah kerana mereka serius membersihkan hati mereka yang asalnya dari alam jahiliah kecuali Rasulullah SAW yang sememangnya bersih dan tidak berdosa (maksum).

Memang sebahagian mereka pernah melakukan bermacam-macam dosa tetapi kerana seriusnya mereka dalam membersihkan hati daripada sifat terkeji melalui mujahadatunnafsi, riadatunnafsi, dengan disiplin serta barakah pimpinan Rasulullah SAW, maka mereka diberi Allah sifat-sifat hati yang bersih seperti yang disebutkan dalam tajuk-tajuk yang lepas.

Contohnya rasa kasih sayang, berkorban apa sahaja, cintakan kebenaran, cintakan Allah, takut, harap, tawakal pada Allah, rasa gerun dan hebat pada Allah, merasa diri hamba, merendah diri dan malu dengan Allah, pemaaf, suka meminta maaf, takut dan gerun dengan Neraka-Nya, cinta dan mabuk dengan Syurga-Nya dan lain-lain sifat mahmudah lagi.

Bahkan hidup mati mereka diserahkan kepada Allah. Hati mereka sedikit pun tidak terpaut dengan dunia. Sedangkan di waktu yang sama, mereka mengurus dan mentadbir serta memerintah tiga perempat dunia.
Hakikat yang berlaku ialah bila mereka cintakan Allah dan cintakan Akhirat, di waktu itulah mereka mengorbankan hidup dan mati mereka untuk Allah. Seperti orang bercinta, dia sanggup beri apa saja demi menunaikan hajat cintanya. Begitulah hati mereka dengan Allah.

Hati, jantung, kaki, tangan serta seluruh anggota mereka gementar bila disebut nama Allah dan bila mendengar ayat-ayat- Nya. Mereka sangat cinta, rindu dan kasih kepada Rasul-Nya. Sesama mereka sangat berkasih sayang, bertolong bantu, bertolak ansur, berkorban apa saja, pentingkan orang lain, tenang dan damai serta hidup aman makmur. Dengan kehidupan yang beginilah mereka dapat tegakkan masyarakat yang baik selama 300 tahun. Itulah yang dikatakan masyarakat salafussoleh sepertimana yang Allah kehendaki. Firman-Nya:

Maksudnya: “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.” (Saba’: 15)
Bilamana umat Islam sudah tidak mengikut kaedah ini lagi, yakni selepas umat Islam tidak mengamalkan Islam melalui proses pembersihan hati daripada sifat mazmumah, empayar Islam telah jatuh ke tangan musuh-musuhnya. Bila musuh datang, bukan musuh yang diperangi, tetapi sebaliknya yang berlaku. Kawan dianggap musuh maka mereka bermusuh sesama sendiri. Hati penuh dengan cinta dunia, hasad dengki, sombong, bakhil, penakut, pemalas, pemarah, gila pangkat, gila nama dan bermacam-macam gila lagi. Di waktu itu, dunia yang sudah ada di tangan, terlepas semula.

Tanpa proses pembersihan hati, negara dan masyarakat akan dikuasai oleh orang jahat kerana rakyatnya telah jahat. Rakyat akan hidup susah dan menderita. Sedangkan orang yang punya kuasa, hidup senang-lenang dan mewah serta berlumba-lumba membina empayar masing-masing. Hal ini kita boleh lihat dalam realiti hidup kita. Di mana negara yang umat Islamnya ramai, ekonomi negara dan masyarakat dikuasai oleh orang yang bukan Islam. Hidup masyarakat berkasta-kasta di mana yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terlalu miskin. Hidup nafsi-nafsi, pecah amanah dan rasuah. Penipuan, pergaduhan, pencurian, demonstrasi, pembunuhan sering berlaku dan dunia seluruhnya tidak aman lagi.

Sebab itu Islam meminta agar umatnya membersihkan hati daripada sifat mazmumah dan menanam sifat-sifat mahmudah. Kerana dengan kaedah ini saja hati-hati manusia akan dapat ditawan. Dunia akan selamat dan aman makmur. Hati cinta dengan Allah tapi dunia dalam tangan. Hati rindu dengan Allah tapi dunia dapat ditadbir dan diuruskan. Kaki berpijak di bumi, mengurus ekonomi, pertanian, perubatan, khidmat masyarakat, berdakwah dan mengajar, berhubung dan mesra dengan manusia tetapi hati dengan Allah.

Kesan dari mujahadah yang sungguh-sungguh untuk membersihkan hati, maka lahirlah buah dalam kehidupan masyarakat. Apabila salafussoleh ini memerintah dan mentadbir dunia, oleh kerana terlalu takutnya dengan Allah yakni takut ditanya tentang pentadbiran dan rakyatnya, dia tidak sempat memikirkan keperluan dirinya sendiri. Tidurnya hanya satu pertiga malam. Sembahyangnya terlalu banyak. Kalau mereka berniaga, di waktu tidak ada pelanggan, mereka akan terus bersembahyang, membaca Quran atau berzikir. Ada di antaranya tidak sempat mandi junub kerana mendengar panggilan jihad (gendang perang) lantas menyahut seruannya. Mereka menangis kalau tidak dapat ikut serta dalam perang. Mereka menangis dan pengsan bila mendengar ayat-ayat Allah. Sanggup berpisah dengan suami atau isteri sampai berpuluh-puluh tahun kerana berdakwah atau berjihad. Sanggup hidup ala kadar kerana Islam. Sanggup hidup mati untuk Allah dan Rasul-Nya.

Malangnya melalui sistem pengajian Islam yang sudah disekularkan, ilmu tasawuf atau ilmu rasa (zauq) ini sudah ditolak atau sudah tidak diambil berat lagi. Bahkan dianggap mengarut dan sesat serta menyesatkan. Kalau diajar pun ajaran tasawuf, hanya di mulut atau seronok menyebut istilah-istilahnya sahaja. Tetapi intipati ajaran tasawuf tidak bertapak di hati. Sebab itu orang yang belajar tasawuf, ilmunya itu tidak dapat mengubah sikap dan peribadi mereka.

Oleh itu mari kita fikirkan secara serius tentang ilmu tasawuf atau ilmu rohani atau ilmu rasa (zauq) ini supaya jiwa kita yang sudah buta dan mati ini dapat dicelikkan kembali serta hidup dan berfungsi. Agar ia dapat menjadi power kepada kebangkitan Islam di akhir zaman. Kalau dulu dunia dapat ditawan, maka kali ini sejarah itu akan berulang sekali lagi di tangan-tangan kita.
Pengalaman atau kesan daripada mereka yang mendapat ilmu rasa (zauq):

1. Sembahyang sunatnya banyak
Rasulullah SAW adalah manusia biasa tetapi kemampuan baginda untuk sembahyang banyak dan berlama-lama adalah perkara luar biasa. Ianya tidak termampu dilakukan oleh manusia biasa. Sembahyangnya sampai beratus-ratus rakaat sehari semalam. Dalam pada itu, baginda tetap mentadbir dunia, tetap berhubung dangan Sahabat-Sahabat dan masyarakat. Bagaimana hal ini boleh berlaku serentak? Ini tentulah tidak terbuat oleh manusia biasa. Tentu ada yang akan berkata, “Yalah dia tu nabi, tentulah boleh buat begitu!”

Baginda berbuat itu bukanlah kerana baginda itu nabi. Baginda berbuat kerana merasa dirinya adalah hamba Allah. Walaupun Allah sudah jamin Syurga tetapi baginda tetap berbuat bukan kerana hendakkan Syurga. Sebaliknya kerana dia adalah hamba. Jadi baginda tetap berbuat walau tidak diminta atau diarahkan.
Buktinya Sayidatina Aisyah r.a. isteri kesayangan pernah menegur baginda: “Kenapa engkau sembahyang sampai bengkak- bengkak kaki, ya Rasulullah! Sedangkan Allah mengampuni dosa-dosamu yang lalu dan yang kemudian.”

Baginda menjawab: “Tidakkah layak aku menjadi seorang hamba yang mengenang budi (yang bersyukur).”
Baginda dapat berlama-lama sembahyang sunat dan banyak pula sampai bengkak-bengkak kakinya dan pernah terjatuh. Rehatnya ialah dalam sembahyang. Di waktu itulah dia terasa benar-benar dapat bercakap dengan Allah, terasa amat dekat dengan-Nya, dapat bermanja, merintih, rindu yang amat sangat, merasa terlalu lazat dapat berdialog, mengadu, menyerahkan diri, menceritakan segala hal dan terasa Allah menjawab cakapcakapnya itu. Terasa satu kepuasan dan nikmat hingga tenggelam dalam kerinduan cintanya. Itu sebabnya baginda terlalu lama sembahyang sehingga tanpa disedari kaki baginda jadi bengkak dan badan terkulai, langsung jatuh.

Artinya, kerana dia terlalu asyik sampai terlupa yang fizikalnya sudah tidak mampu lagi menanggungnya walaupun rohnya kuat. Jadi kalau bukanlah kerana terlalu lazat dalam sembahyang sudah tentu Rasulullah SAW juga tidak mampu berlama-lama dalam sembahyang baginda. Dalam pada itu baginda juga tetap sempat memikirkan pentadbiran dunia dan rakyatnya. Dunia yang ada di tangan, semuanya digunakan untuk agama Allah.

Salah seorang Sahabat Rasulullah SAW, Huzaifah r.a. pernah meriwayatkan tentang lamanya sembahyang baginda.

Maksudnya: Abu Abdullah (Huzaifah) bin Al Yaman r.a. berkata, “Saya bersembahyang di belakang Rasululah SAW pada suatu malam. Dan setelah membaca Al Fatehah baginda membaca surah Al Baqarah. Mulanya saya menduga akan rukuk pada ayat keseratus, mendadak terus dibacanya. Dalam perasaanku mungkin akan dibacanya satu surah dalam satu rakaat, mendadak setelah selesai terus memulai membaca surah An Nisaa’ sehingga selesai dan mulai surah Ali Imran. Maka dibacanya dengan tartil, tiap ada ayat tasbih, baginda membaca tasbih, dan bila ada ayat ta’awwiz, dia berlindung kepada Allah daripada bahaya. Kemudian dari itu semua baru rukuk sambil membaca ‘Subhana rabbiyal ‘azimi wabihamdih’. Dan rukuknya hampir sepanjang berdirinya. Kemudian bangun membaca ‘Sami’ Allahu liman hamidah, Rabbana lakalhamdu’. Dan lama berdiri sama dengan rukuknya. Kemudian bersujud sama dengan berdirinya.” (Riwayat Muslim) Begitu juga dengan Sahabat-Sahabat yang lain. Sembahyang mereka juga banyak, ratusan rakaat dan lama. Paling sedikit di kalangan mereka ialah seratus rakaat.

2. Hati Terbakar
Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a. yang terlahir dari rasa hatinya yang pecah-pecah dengan Allah, rindu dan dendamnya akhirnya hatinya terbakar hangus dan bau hangitnya terkeluar. Baunya tercium oleh para Sahabat yang lain.

3. Hati dan Jantung yang Gementar
Hati-hati salafussoleh ini semuanya gementar kerana takutkan Allah sepertimana disebut di dalam Al Quran. Contohnya berlaku pada Sayidina Umar Al Khattab r.a. kerana hatinya terlalu takut dan gerun dengan Allah serta rasa kehebatannya, setiap masa getaran hati dan jantungnya dapat didengar daripada jarak tiga saf sembahyang.

Sayidina Umar juga terkenal dalam sejarah sebagai seorang yang suka menghisab dirinya sendiri kerana mengenangkan dosanya. Dia menangis teresak-esak dan kadang-kadang ketawa kerana mengenangkan kebodohannya sewaktu di alam jahiliah. Di malam-malam hari, dia selalu memukul-mukul badannya sambil berkata: “Inilah Umar yang banyak dosa. Biarlah Umar rasa sakit di dunia asalkan jangan diseksa di Neraka.” Sedih dan menyayat hati bila mengenangkan kisah-kisah bagaimana Sahabat-Sahabat membersihkan diri mereka dari dosa-dosa. Sedangkan mereka sudah dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW.

4. Dapat Menahan Sakit
Semasa berperang dengan orang kafir musyrik, Sayidina Ali r.a. terkena panah di belakangnya. Ada sesetengah riwayat menyatakan di betisnya. Sahabat-Sahabat telah mencabut anak panah tersebut sewaktu Sayidina Ali sedang sembahyang kerana Sahabat- Sahabat sedar di waktu itu saja tidak menyakiti Sayidina Ali disebabkan dia tenggelam dalam lazatnya sembahyang. Kelazatan itu telah dapat mengalahkan kesakitan apabila panah itu dicabut.

Artinya, kalaulah bukan kerana hatinya terasa kehebatan dan kebesaran Allah, terasa terlalu hina dan rasa lazat yang amat sangat sewaktu bermunajat dengan Tuhannya, tentu mustahil dia tidak sedar panah itu dicabut. Bukankah pelik. Ertinya segala kesakitan-kesakitan di dunia akan hilang atau tidak terasa kalau kita tenggelam dalam cinta Allah.

Ibarat orang yang sedang bercinta. Apabila bertemu dengan cintanya, masa yang lama dirasakan sekejap sahaja. Dua jam dirasakan dua puluh minit sahaja kerana terlalu asyik. Banyak lagi cerita Sahabat-Sahabat lain yang turut sama dipanah, ditikam dan ditetak tetapi tetap teruskan berperang sehingga terbunuh (syahid). Sahabat yang bernama Anas bin An Nadhri ketika selesai perang didapati lebih 80 kesan tikaman pedang, tombak, panah dan dicincang-cincang oleh kaum musyrikin.

Begitu juga Sahabat-Sahabat yang lain. Dorongan cinta Allah inilah yang membolehkan mereka berbuat begitu. Ada di kalangan mereka sewaktu sedang berperang itu, mereka ternampak bayangan Syurga dan bidadari-bidadarinya. Sampai terlupa kesakitan yang mereka hadapi dan sangat rindu dengan Tuhannya. Sebab itu mereka sanggup syahid waktu itu juga untuk menemui cintanya.

5. Menangis kerana Takutkan Allah SWT
Allah SWT telah menceritakan perihal salafussoleh ini. Firman- Nya:

Maksudnya: “Dan sujudlah mereka sambil menangis dan bertambah khusyuk.” (Israk:109)
Dalam sebuah Hadis disebutkan:
Anas r.a berkata bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW berkhutbah, belum pernah dia mendengar khutbah seperti itu. Lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: Maksudnya: “Andainya kamu mengetahui sebagaimana yang kuketahui, nescaya sedikit tertawa dan banyak menangis.” Anas berkata: “Seketika itu para Sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis yang lain pula mengatakan:
Maksudnya: Abdullah Syeikhir r.a. berkata: “Saya datang kepada Nabi SAW sedang baginda sembahyang, maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejananya.”(Riwayat Abu Daud dan At Tarmizi)

6. Membaca Al Quran
Ada di kalangan Sahabat-Sahabat dan salafussoleh, bila membaca Al Quran sama ada dalam sembahyang atau di luar sembahyang, bila sampai tentang ayat azab atau ayat tentang kebesaran Allah, ada yang jatuh pengsan dan terus mati. Sensitifnya dengan ayat-ayat Allah bagaikan terkena gencatan elektrik, terus mati.

Kalaulah bukan kerana kehebatan rasa dalam hati tidak begitu menekan sangat maka tidak mungkin dia jatuh pengsan. Ada sesetengah salafussoleh bila mendengar tentang ayat azab Neraka, ada yang tidak lalu makan berhari-hari. Kalaulah bukan kerana rasa hati yang begitu hebat tentang azab di Akhirat tentulah tidak sampai terjadi demikian.

Sebab itulah sebahagian salafussoleh membaca Al Quran, oleh kerana terlalu lazat dan asyik, mereka boleh menghabiskan tiga puluh juz dalam waktu satu malam sahaja. Begitu juga wirid, zikir dan sedekah, terlalu banyak.

7. Kahwin
Sesetengah mereka ini kerana rasa hati terlalu takut dengan Allah hingga tidak ada mood untuk mengadakan perhubungan dengan isteri lagi. Hingga Rasulullah terpaksa menegur perbuatan mereka ini. Begitu juga telah diakui sendiri oleh isteri Sayidina Umar Abdul Aziz selepas diberi tanggungjawab berat memikul urusan negara (khalifah), dua tahun mereka tidak mandi junub.

Artinya begitulah takutnya Sayidina Umar Abdul Aziz kepada Allah, takut akan ditanya tentang urusan dunia dan pentadbirannya dan takut ianya akan diazab. Dan matinya pun setelah mendengar cerita mimpi khadamnya yang menceritakan bagaimana para pemerintah Bani Umaiyah sebelumnya semuanya terjun ke Neraka. Belum sempat khadamnya menceritakan tentang nasibnya, dia sudah jatuh pengsan dan terus mati.

8. Syattah (melatah) dan Sakar (mabuk)
Ada di kalangan Sahabat-Sahabat yang membuat pengakuan, kalau aku ceritakan apa yang terasa di hatiku ini, akan ada orang yang akan menyesatkanku dan akan membunuhku. Setengah-setengah ahli sufi zaman dahulu kerana mabuk cintanya sangat mendalam kepada Allah hingga berlakunya syattah atau melatah. Iaitu mengeluarkan kata-kata di mulut yang tidak dapat dikawal (control). Sewaktu-waktunya atau kadangkala tidak dapat difahami oleh orang yang mendengarnya. Kalau dilihat secara lahir, ia tidak dapat ditakwil dengan mudah agar sesuai pengertiannya mengikut kedudukan syariat. Kesannya, ada yang menuduhnya kafir atau syirik. Ini yang berlaku kepada Ibnu Arabi dan Al Hallaj, hingga mereka dibunuh orang.

Sebenarnya apa yang terjadi ialah bahasa hatinya tidak dapat diterjemah oleh bahasa lidah. Maka terkeluarlah bahasa lidah yang tidak mampu menterjemahkan bahasa hatinya. Maka bagi orang yang tidak memahami soal-soal rasa ini dan juga tidak dapat mentakwilnya maka jadi fitnah padanya, langsung disesatkan orang yang hampir dengan Allah itu.

Juga pernah berlaku pada orang-orang sufi yang mabuk cintanya dengan Allah yang tidak dapat dikawal hingga ada yang sakar (mabuk). Iaitu seolah-olah macam orang gila seperti berlaku pada Uwais Al Qarni dan lain-lain lagi. Boleh juga terjadi pada satu keadaan lain, mereka ini bila cuba melahirkan bahasa cinta mereka kepada Allah, akan terkeluarlah bahasa-bahasa yang indah-indah dan sastera yang mendalam melalui syair dan sajak-sajak yang memuja dan memuji Allah atau Rasul. Contohnya berlaku pada Rabiatul Adawiyah dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, kesan daripada ilmu rasa (zauq) inilah dapat melahirkan sifat-sifat mukmin yang sejati. Rasa hati telah membentuk sikap manusia yang lahir di tengah-tengah kehidupan salafussoleh. Yakni orang mukmin itu pada lahirnya saja bersama- sama manusia tetapi hatinya bersama Allah. Badan lahirnya sibuk mentadbir dunia tetapi hatinya sibuk dengan Allah. Jasadnya sibuk berhubung dengan manusia tetapi hatinya remuk dan pecah-pecah dengan Allah.
Mereka ini nampak senyum wajah lahirnya tetapi hatinya berduka dengan Allah, cemas, harap, bergantung dan bertawakal dengan Allah. Kaki mereka berpijak di bumi tetapi hati dan perasaannya mengembara ke alam yang lebih tinggi. Kakinya di dunia tetapi perasaan di Akhirat.

Jasad lahirnya bersama dunia tetapi hati tidak terpikat dengan dunia kerana hatinya bersama Allah. Badan lahirnya mengembara di bumi Tuhan tetapi rohnya mengembara di alam rohani. Mulutnya bercakap dengan manusia tetapi hatinya tidak lepas berhubung dengan Allah. Matanya memandang dunia tetapi hatinya gerun dengan Neraka-Nya. Telinganya mendengar percakapan manusia tetapi hatinya mendengar apa kata Allah.

Ini menjadikan mereka walaupun berpijak di bumi, menguruskan pentadbiran dunia tetapi hati mereka gementar takut kepada Allah yang mengawasi, melihat dan mendengar apa yang dilakukan. Akhirnya terkeluar daripada mulutnya, dia bercakap-cakap seorang diri seolah-olah berbisik-bisik dengan Allah, Tuhannya itu. Kadang-kadang payah untuk diceritakan dengan bahasa lidah.

Gambaran ini hanya sedikit yang dapat dicoretkan daripada pengalaman-pengalaman mereka yang begitu banyak dalam sejarah. Bahasa tulisan lagilah tidak mampu untuk menterjemahkan bahasa lidah dan bahasa hati yang unik itu. Ini semua tentulah dianggap mengarut oleh orang-orang yang menolak ilmu tasawuf atau ilmu rasa (zauq) ini. Apatah lagi bagi mereka yang mengambil ilmu Islam daripada lidah orang-orang kafir (musuh Islam). Tentulah orang kafir (musuh) tidak akan ajar ilmu-ilmu ini kerana mereka tidak faham terutamanya mereka yang mengambil ilmu Islam di London, di Scotland, Temple University di Amerika Syarikat, Universiti Kent di Britain, di Jerman, di Perancis dan lain-lain tempat lagi. Ini semuanya pada mereka mengarut, sesat lagi menyesatkan.

Kenapa terjadi begitu? Apa logiknya mereka tuduh sesat? ini kerana mereka mengukur orang lain dengan ukuran diri mereka. Hal-hal rasa ini sudah tidak dicampakkan ke dalam hati mereka kerana hati sudah dipenuhi dengan cinta dunia. Lihatlah kehidupan mereka dan perbualan mereka. Yang jadi perbualan harian ialah hal-hal gaji, elaun, mileage, kenaikan pangkat, halhal yang menambahkan harta dan membesarkan rumah dan lain-lain lagi. Masakan Allah beri ilmu rasa ini!



BAB 19: BAHASA HATI



PERSOALAN HATI 1. KHAZANAH HATI 2. WADAH HATI 3. HATI MESTI DIJAGA 4. SUSAH HATI KERANA TUHAN 5. HATIKU BERGOLAK SELALU 6. HATI TERHIBUR MEMBUAT KERJA TUHAN 7. SULITNYA MENJAGA HATI BAHASA HATI 1. DERITA JIWAKU KERANA DOSA 2. ISTIQAMAHKANLAH RINDUKU 3. RINDU DAN TAUBAT YANG SEBENAR 4. SUARA HATI 5. PENCIPTA ALAM 6. BAHASA HATI HUBUNGANKU DENGAN-MU 7. ENGKAU MENDENGAR... 8. KURNIAKAN AKU KEAMPUNAN-MU 9. ANTARA KHAUF DAN RAJA’ 10. SAKITNYA BERJUANG 11. AKU TETAP TIDAK JEMU 12. PERJUANGAN TETAP KUTERUSKAN 13. JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH LAGI 14. BERSEDIALAH 15. BILA HATI DIABAIKAN 16. BEKALAN KE AKHIRAT 17. DETIK UMUR 18. TIDAK SIA-SIA BERJUANG 19. JANJI 20. INDAHNYA BERJUANG 21. IKHLAS DALAM IBADAH 22. TIDAK ADA MILIK KITA 23. TIDAK SEDAR DIRI 24. DI HARI YAUMAL HISAB
PERSOALAN HATI

1. KHAZANAH HATI

Hati ini khazanah Tuhan
Bak lautan dalam
Menyimpan segala perbendaharaan
Tidak setiap hati menjadi perbendaharaan
Hanya hati pilihan
Yang selalu dicurahkan ilmu dan hikmah
Siapa yang diberi hikmah
Ia diberi sesuatu yang banyak
Sebaliknya hati yang usang
Bak tanah gersang
Tidak boleh sebarang pokok ditanam
Ia lapangan yang kosong
Daripada sebarang penghidupan
Tidak ada air melepaskan kehausan
Tidak ada perlindungan daripada hujan dan panas
Siapa yang ada di tanah itu
Laksana Bani Israil yang sesat di Padang Teh

2. WADAH HATI

Hati ibarat wadah
Untuk diisi sesuatu yang indah
Ilmu, hikmah, taufik, hidayah
Dia Tuhan yang menganugerah
Allah tidak akan mengisi wadah yang kotor
Mana boleh barang yang berharga diletak ke dalamnya
Selagi belum bersih
Bekas yang kotor, layak diisi dengan benda yang kotor
Macam tempat buangan sampah
Segala kekotoran dilempar kepadanya
Oleh itu jagalah hati
Bersihkan selalu
Dari mazmumah yang melulu
Gilaplah ia hingga bercahaya
Agar layak menampung anugerah
Dari Al Khaliqur Rahman
Yang berupa iman, hidayah dan taufik,
ilmu dan hikmah
Dan lain-lain lagi yang tidak ada nilainya

3. HATI MESTI DIJAGA

Hati kena jaga
Ia adalah wadah
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Kedua-duanya berlumba-lumba mengisinya
Jiwa yang bersih, malaikat yang mengisinya
Iman, ilham, pimpinan insan
Jiwa yang kotor, syaitanlah yang mengisinya
Isinya keraguan, kekufuran dan was-wasnya
Hati kena pelihara
Ia raja dalam kerajaan diri yang memerintah
Bila syaitan dan nafsu menjadi penasihatnya
Kederhakaanlah yang terjadi
Memenuhi kerajaan diri
Bila malaikat penasihatnya
Atau hati yang murni
Ketaatan, kepatuhan, ketertiban yang terjadi
Memenuhi kerajaan diri
Yang dilaksanakan oleh rakyatnya
Iaitu jawarih yang dapat dilihat oleh mata
Jagalah hati
Ia hakikat diri
Bahkan menjadi raja di dalam kerajaan diri

4. SUSAH HATI KERANA TUHAN

Hati yang pilu
Adalah hati yang susah
kerana memikirkan Akhirat
Selain itu, penderitaan yang salah
Hati yang hidup
susah dengan yang ada kaitan dengan Allah
Hati yang mati
susahkan yang ada hubungan dengan dunia menipu
Hati sakit bukan sakit kerana dunia
Hati sakit kerana mengenangkan hidup di sana
Setiap rintihan diberi pahala
Setiap penderitaan penghapusan dosa
Selain itu dianggap Neraka
Neraka dunia ditimpakan dahulu
Kalau tidak rujuk kepada yang Esa
Di sana dihukum lagi, lebih teruk dari ini
Hati mukmin hati yang sejati
Hati kafir hati yang mati
Hati fasik tidak bercahaya
Hati yang sejati itu memberi cahaya
Cahayanya terpancar ke muka
Bahkan pancaran cahayanya ke seluruh anggota

5. HATIKU BERGOLAK SELALU

Hati ini selalu berbelah bagi
Sentiasa bergolak, tidak menentu hala
Bak lautan samudera
Sentiasa bergelombang dan berkocak
Tenangkan hatiku
Dengan yakin pada-Mu
Hiburkan hatiku daripada surat-surat dari-Mu
Sematkan harapan yang tinggi di dalamnya
Terhadap janji-janji-Mu yang pasti
Lautan, dia akan tenang
Bila tidak ada angin yang lalu
Begitulah hati akan tenang bila beriman dengan yang Esa
Kalau tidak dia akan berkocak selalu
Hilanglah ketenangan kita di dunia fana ini
Kita bimbang dia akan berlarutan sampai ke sana
Alam Akhirat yang baqa
Tenang di sini, tenanglah di sana
Berkocak di sini, bergeloralah di sana

6. HATI TERHIBUR MEMBUAT KERJA TUHAN

Perjuangan itu sulit
Pahit dan sakit
Terpulas dan terhimpit
Mata nampak begitu
Tapi hati ini
Itulah hiburan dan kebahagiaan
Seronok dan indah
Kerana menunggu kemanisannya
Di hujung nanti
Di Akhirat sana
Mengikut janji Tuhanku
Janji itu pasti ditepati
Membuat kerja Tuhan, terhibur di dalam sakit
Membuat kerja sendiri, sakit dalam terhibur

7. SULITNYA MENJAGA HATI

Hati ini amat seni sekali
Perasaan halusnya
Payah dikesan
Sulit dikuasai
Berbolak-balik setiap hari
Berubah-ubah setiap waktu
Perjalanannya tidak menentu
Sulit hendak didisiplinkan
Inilah di antara keajaiban hati
Kerana itulah kita disuruh berhati-hati
Kerana dari sini sumber kekuatan aktiviti
Atau sebaliknya
Kalau tidak berhati-hati
Matilah seluruh amal ibadah kita

BAHASA HATI

1. DERITA JIWAKU KERANA DOSA

Kalbuku merintih, jiwaku pedih
Melihat dosa yang melimpah-ruah
bak air bah
Aku terlibat juga, payah mengelaknya
Keampunan-Mu Tuhan kuharapkan
Maghfirah-Mu, itulah rahmat-Mu
Pada hamba-hamba-Mu seperti aku
Dosaku, buat aku derita di jiwa
yang tidak kunjung hilang
Moga-moga itulah penghapusan dosaku
Kerana rintihan orang yang berdosa
Dicintai lebih daripada tasbih auliya
Jiwaku kadang-kadang rasa terbakar
Oleh dosa yang selalu mendatang
Hilang bahagiaku
Moga-moga itulah hukuman
Yang didahulukan
Agar terlepas di masa depan
Yang sangat membimbangkan

2. ISTIQAMAHKANLAH RINDUKU

Rinduku pada-Mu Tuhan tidak selalu berbunga
Ia datang sekali-sekala
Tapi selalu terputus, lama tidak juga
Cuma belum istiqamah saja
Aku harap rinduku pada-Mu tidak diputuskan
Walaupun cintaku pada-Mu selalu terputus
Terputus bukan aku sengajakan
Tapi bisikan-bisikan dunia
yang selalu melalaikan
Aku tidak suka itu semua
Tapi ia mengganggu juga, setiap masa
Aku cuba mengatasinya
Agar cintaku pada-Mu tidak terputus
Bantulah aku Tuhan mengatasinya
Agar rinduku pada-Mu sering berbunga
Maka cinta-Mu padaku berbunga pula
Alangkah indahnya
Engkau dan aku rindu-merindui
Agar selain-Mu tidak ada harganya

3. RINDU DAN TAUBAT YANG SEBENAR

Rindu yang satu bukan sebutan
Bukan sekadar sebutan lisan
Ia rindu menusuk, mabuk di lubuk hati
Hilang pertimbangan
Kena panah cinta abadi
Kebesaran Allah bukan sekadar tahu
Ia terasa hebatnya di jantung hati
Terbakar jantung, bahang panahnya
Yang lain tidak terasa adanya lagi
Nikmat-Nya yang diberi,
bukan sekadar tahu dari-Nya
Rasa malu di hati menerimanya
Terasa benar panahan kasihnya di lubuk hati
Hingga malu meminta lagi
Taubat bukan taubat si fajir sekadar ucapan mulut
hati tidak terasa hebatnya dosa
Lubuk hati terbakar rasanya
Takutkan Tuhannya menikam jantungnya
Hingga ketawa tidak ada lagi
Dunia tidak ada tersemat di dalam hati
Hancur-luluh kaca hatinya
Kalaulah ia benda, pecah berderai
Berserpih-serpihan merata-rata
Oleh hati hamba berdosa
Bila tersedar kesalahannya

4. SUARA HATI

Suara hati payah diterjemahkan
Kelu lidah menterjemahnya
Kalau diterjemah juga
Berbagai-bagai tanggapan manusia
Boleh jadi ada yang mengelirukan
Tidak kurang yang akan mentohmahnya
Menuduh-nuduh membabi buta
Ada yang rosak akidahnya
Kerana melulu mentafsirkannya
Tidak berlapang dada
Kerana pengalaman belum ada
Membaca kurang pula
Hilang baik sangka
Begitulah suara hati
Selalu membuat manusia
berbalah sesama mereka

5. PENCIPTA ALAM

Alangkah indahnya alam ini
Bila hati menautkan
Di antara kejadian ini
Dengan penciptanya, Tuhan alam
Terasa di hati kasih sayang-Nya
Rahmat-Nya yang dicurahkan ke buana raya
Allah! Hati terasa hebatnya
Ia merupakan tanda-tanda kebesaran-Nya
Tuhan, Engkau pelindung semesta
Pentadbir, pengurus, penjaganya
Aku menumpang rahmat-Mu dengan percuma
Yang sepatutnya menyembah-Mu dengan rela
Tanda syukur tidak terhingga
Engkau penyelamat,
Engkau pemberi rahmat
Sampai masanya Engkau ambil semula
Begitulah kami semua makhluk
Tertakluk kepada-Mu semuanya

6. BAHASA HATI HUBUNGANKU DENGAN-MU

Kuuntukkan pengorbananku
Pada-Mu yang menciptaku
Kubisikkan pada-Mu, terimalah amalanku
Kuletakkan harapan pada-Mu Tuhan
Ampunan dan kemaafan
Aku munajat pada-Mu
Di waktu-waktu hening dan tenang
Agar bahasa hatiku, aku fahami dengan mendalam
Itulah hubunganku dengan-Mu, Engkaulah yang menilainya
Di waktu itu moga Engkau terima dengan sempurna
Yang terasa di hati, tidak dapat diterjemahkan
Tapi Engkau pasti faham
Itulah kehendakku, harapanku setiap waktu
Segala rintihanku Engkau dengar dan terima
Kesalahanku yang terlanjur Engkau ampunkan saja
Kerana aku inikan hamba-Mu yang pelupa
Kalau Engkau ampunkan aku
Engkau tidak ada cacat celanya
Dan aku selamat dari azab-Mu di sana

7. ENGKAU MENDENGAR...

Engkau selalu mendengar, Tuhan
Kerana Engkau tidak bertelinga
Engkau Maha Mengetahui
Kerana Engkau tidak ada akal
Engkau Maha Melihat, tidak ada selindungnya
Kerana Engkau tidak ada mata
Kuasa-Mu mutlak
Kerana Engkau tak punya badan macam makhluk
Engkau kekal abadi
Kerana tidak ada bermula dan tidak berakhir
Kerana Engkau awal
Daripada segala-gala yang ada
Engkau pencipta tunggal
Yang tidak bermula
Kerana segala yang bermula
Engkau menjadikannya

8. KURNIAKAN AKU KEAMPUNAN-MU

Aku harap pada-Mu Tuhan
Keampunan hari ini
Untuk hari esokku
Jangan Engkau biarkanku di dalam kekotoran
Kemaafan-Mu itulah kebersihan
Itulah bekalku mengadap-Mu
Orang yang berdosa bila diampunkan
Seperti tidak berdosa
Inilah penyelamatku
Di hari yang sangat menakutkan
Keampunan-Mu itulah rahmat-Mu
Pada hamba-Mu yang selalu terlalai
Permintaanku ini Engkau kabulkan
Engkau tetap dengan kebesaran-Mu
Tidak sedikit pun meluakkan
Engkau memang sudah sedia sempurna
Tidak dikurangkan oleh apa saja
Itulah kebesaran-Mu sebagai Tuhan
Oleh itu
apalah salahnya
ampunkan sajalah dosaku

9. ANTARA KHAUF DAN RAJA’

Rahmat-Mu Tuhan maha luas
Tidak dapat diukur dengan kiraan
Sifat-Mu ini mengalahkan Ghadhab (marah)-Mu
Di sinilah yang menjadikan aku tenang
Walaupun begitu, Ghadhab-Mu tetap ada
Pada siapa yang membuat dosa
Ghadab-Mu syadid juga
Memandangkan ini gementar jiwa
Takkan macam aku boleh terlepas dosa
Aku sentiasa meletakkan diriku
Di antara khauf dengan raja’
Agar kerjaku untuk-Mu ada perimbangan
Itulah yang Engkau pinta kepada setiap hamba
Ia menjadi kereta menuju-Mu
Istiqamahkan aku di dalam jalan ini
Agar aku selamat menuju-Mu
Jangan sampai aku kecewa di Hari Hisab
Itulah yang kupinta pada-Mu

10. SAKITNYA BERJUANG

Aduh, sakitnya berjuang
Kiri kanan mendapat hentaman
Depan belakang juga tidak kurang
Adakalanya ia merimaskan jiwa
Tapi Engkau selalu mengubatnya
Dengan maghfirah-Mu
Dengan bantuan-Mu
Dengan janji-Mu yang di sana menunggu
Kalau bukan air mata jiwa ini
Perjuanganku sudah lumpuh pasti
Air penawar hati inilah pengubat hatiku
Yang selalu pilu di dalam perjuangan
Moga-moga air ini
selalu Engkau curahkan
Di dalam kalbuku
menempuh perjuangan
Agar perjuanganku dapat kuteruskan
Dapat menolak segala rintangan
Supaya selamat aku menuju-Mu
Hinggalah umurku
Engkau sudahkan tempohnya

11. AKU TETAP TIDAK JEMU

Sudah kucuba dengan daya yang ada
Menumpukan ibadah pada-Mu
Tapi tidak juga ia istiqamah
Kerana gangguan terlalu banyaknya
Tapi kucuba juga tidak jemu-jemunya
Aku berhempas-pulas melakukannya
Tapi selalu saja ada turun naiknya
Dia tidak juga mahu terus maju
tanpa tolehnya
Namun tetap kucuba
walau bagaimana keadaan
Di samping tidak lepas
meminta pertolongan-Mu
Biarpun begitu
Sikapku ini belum ada lurusnya
Walaupun begitu aku berjanji pada-Mu
Aku akan cuba selalu
Aku akan bermujahadah setiap waktu
Aku yakin satu masa akan berjaya juga
Kerana yakin dengan janji-Mu
Orang yang bermujahadah itu dibantu
Ia akan dijayakan kerjanya
Janji-Mu pasti Engkau tunaikan
Maha Suci Engkau dari mungkir janji
Tapi itulah yang aku tagih
Setiap waktu

12. PERJUANGAN TETAP KUTERUSKAN

Selagi jiwaku membara
Dengan iman dan cita-cita
Dengan keyakinan dan harapan
Pada janji-Mu Tuhan
Di dalam Quran
Perjuangan ini tetap kuteruskan
Walaupun badan aku luluh
Namun tetap aku teruskan
Aku harap semangat yang membara ini
Allah tidak tarik semula
Agar ia menjadi motor
Menolak perjuanganku ke depan
Selagi iman dan keyakinan ini
Aku tidak bimbang dengan rintangan
Dengan apa jua gangguan
Kerana iman dan cita-cita
Dapat menempuh apa saja
Kecewa tidak ada padanya
Aku harap pada-Mu Tuhan
Bekalan jiwaku ini
Jangan sampai Engkau tarik semula

13. JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH LAGI

Jangan tunggu hari esok
Belum tentu engkau punya
Urusan Tuhan hari ini
Selesaikan di hari ini
Hari esok belum tentu engkau temui
Jangan mudah-mudah menangguh-nangguhkan kerja
Kerana umur kita bila-bila masa sampai ajalnya
Buatlah kerja Tuhan sepadan dengan janji-Nya
Buatlah kerja kita sepadan pula dengan keperluannya
Yang ia tidak lama
Keperluan di sana tidak sama dengan di sini
Di sini dapat diukur dengan masa
Di sana sepanjang masa
Tidak ada kesudahannya
Oleh itu masa yang diuntukkan
Bagi dunia dan Akhirat tentu tidak sama
Kalau begitu bagilah masa sesuai dengan keperluannya
Jangan terpengaruh dengan konsep ‘fifty-fifty’ yang dikata
Itu menipu kita saja

14. BERSEDIALAH

Nun di sana negara abadi
Di sanalah kita akan pergi
Cuma kita tidak tahu bila ke sana
Namun lambat-laun sampai juga
Bersedialah menunggu masa
Dengan iman di dada
Dengan taqwa yang diminta
Itulah bekalan untuk ke sana
Tidak ada keduanya
Melepaslah kita
Kita akan papa-kedana
Di negara yang tidak diukur dengan masa
Tempatnya ialah Neraka
Jangan cuai mencari bekalannya
Agar kita tidak menyesal di sana
Di sana tidak ada usaha ikhtiar
Di sinilah kita lakukan ini semua
Bersungguh-sungguhlah mencari bekalannya
Jangan lupa jangan lalai
Agar tidak menyesal


15. BILA HATI DIABAIKAN

Dunia sedang huru-hara
Merata-rata di mana-mana saja
Tidak ada bumi yang terkecuali
Manusia hidup di dalam kehinaan
Di dalam kecelakaan
Mengikut nilai masing-masing
Kerana kedudukan tidak sama
Cara mereka ditimpa bencana pun berlainan
Masing-masing menerima kesusahannya
Mana hendak mengadu?
Siapa menyelesaikan?
Tukang selesaikan pun tidak selesai
Tukang membaiki tidak baik
Kerana hati setiap manusia sudah rosak
Oleh daki dunia
Yang direbut-rebut
dan diburu-buru selama ini
Mereka tidak tahu apa puncanya
Dan bagaimana membaikinya?
Mereka bingung terpinga-pinga
Inilah logiknya
Pemimpin yang disimpan
Di akhir zaman
Untuk menyelesaikannya
Imamul Mahdi gelarannya
Yang sangat ditakuti kedatangannya
Oleh setengah manusia
yang durjana

16. BEKALAN KE AKHIRAT

Nun di sana matlamat yang dituju
Akhirat namanya
Di sinilah titik tolak
perjalanan ke sana
Dunia yang sementara
Kita sedang dibawa ke sana
Oleh kenderaan masa
Yang tidak terasa
Tiba-tiba sampai saja
Ingatlah kita sedang menuju ke sana
Tapi kita tidak terasa
Bekalannya kena cari dari sini
Taqwa dan amal bakti namanya
Jangan lupa berusahalah mencarinya
Di sana tidak ada usaha lagi
Di sana adalah memakan hasilnya
Apa yang kita bawa dari sini
Kalau buah pahit yang kita bawa
Pahitlah yang kita rasa di sana
Kalau buah manis yang dibawa
Manis pula di sana kita rasa
Berhati-hatilah mencari bekalannya
Agar jangan tersilap membawa
Sesuatu yang tidak berguna
Bahkan berbahaya

17. DETIK UMUR

Setiap detik berlalu
Berlalulah umur kita
Setiap saat berlalu
Makin banyak luaknya
Setiap hari yang pergi
Makin bertambah lagi kurangnya
Bila minggu berlalu
Sudah banyak umur yang dikikisnya
Kalau bulan berlalu
Makin laju kita ke sana
Bila tahun baru menjelang
Wah! Terlalu banyak umur yang hilang
Sedarkah kita hal ini?
Setiap detik umur hilang?
Menuju pulang!
Negara yang tidak ada ukuran masa lagi
Seperti di sini
Masa masih menjadi kiraan
Hendaklah kita ingat semuanya ini

18. TIDAK SIA-SIA BERJUANG

Nikmat yang diberi wajib disyukuri
Ujian yang menimpa kenalah disabari
Ilmu yang ada kenalah diamalkan
Kalau tidak, menyesal kemudian nanti
Berkawan sesama mukmin
Mestilah setia
Bersama-sama mengerjakan perintah agama
Agar perpaduan terjalin bersama
Dapat mendukung Akhirat yang lebih sempurna
Harta yang ada korbankanlah
Untuk perjuangan fisabilillah
Iman dan taqwa terutamanya
Yang mesti menjadi kekuatan di dalam perjuangan
Jalan yang direntang mesti sampai matlamatnya
Kalau tidak cita-cita tidak berjaya
Begitulah sebahagian tuntutan agama
Yang mesti difahami
Yang mesti diamalkan
Moga-moga dengan itu
Perjuangan kita tidak sia-sia

19. JANJI

Janji mesti ditepati
Janji adalah budaya hidup
yang mesti dijaga
Di sini keyakinan manusia
Di sini keharmonian hidup
Menunggu janji satu penyeksaan
Jangan sampai tidak ditunaikan
Kerana ia boleh mengecewakan manusia
Janji jangan diringan-ringankan
Menunaikan janji sifat mukmin
Sebaliknya sifat munafik
Awas, jangan mudah mungkir janji
Janji adalah hutang
Setiap hutang mesti dibayar
Bahkan hutang ini lebih bernilai
Dari hutang wang ringgit
Janji yang tak ditunaikan
Hilang kepercayaan orang
Ertinya hilang harga diri
Kalau hilang harga diri
Hidup tidak bermakna lagi

20. INDAHNYA BERJUANG

Pahitnya berjuang
Manis nilainya
Sakit di dalam perjuangan,
tinggi darjatnya
Terkorban di dalam perjuangan,
syahid pula
Hapus dosanya setiap masa
Wah! Kalau begitu
Indahnya berjuang ini
Mari bersama kita ikut serta
Agar keutamaan itu kita terima
Itulah nilai hidup
Yang tidak ada tara bandingnya
Patutlah orang dahulu
Perjuangan katanya hiburan mereka
Kerana menunggu janji Tuhan
yang akan diterima
Mereka tidak jemu-jemu melakukannya
Hingga terpisah dengan anak isterinya
Kerana perjuangan merekalah
Kita beragama
Marilah kita sambungi warisan ini
Untuk generasi di belakang hari

21. IKHLAS DALAM IBADAH

Aduh pilunya hati
Gundah-gulana setiap hari
Kerana ikhlas payah didapati
Nampak kerja di kulit luarnya amat cantik
Di dalam hati bukan untuk-Mu lagi
Selalu saja hati ini
Riyak, ujub yang diisi
Payah menghindarnya
Kerana gerakannya halus sekali
Macam desiran semut
Terlalu sembunyi
Tidak berbunyi
Aduh, bagaimana mengatasi ini Tuhan
Bantulah kami, tolonglah kami
Kalau tidak usaha-usaha kami
Ibarat abu-abu berterbangan saja
Alangkah kecewanya kami
Apalah yang akan jadi harta di negeri abadi
Kalau kami muflis
Oleh syirik khafi

22. TIDAK ADA MILIK KITA

Apalah yang hendak kita banggakan
Apa yang ada ini
Tidak ada satu pun milik kita
Bangga dengan cantik
Megah dengan kekuatan diri
Kuasa yang tinggi
Bukankah itu semuanya
Ciptaan Tuhan
Anugerah dan keizinan-Nya
Ilmu yang ada
Bukankah ini dapat melalui saluran otak
Makhluk-Nya
Ilmu itu juga dari-Nya
Terpesona dengan rumah yang besar
Gedung yang indah
Bahan kayunya, bahan simennya
Bukankah dari ciptaan-Nya juga
Bermegah dengan kereta yang menjalar
Bahan buatannya bukankah ciptaan Rabbul ‘Alamin
Oleh itu
Mana kekuatan kita
Mana milik kita
Mana? Mana kita punya?
Tidak ada sebenarnya
Oleh itu jangan selalu berbangga!

23. TIDAK SEDAR DIRI

Kita tidak sedar diri
Merasa kuat bila berkuasa
Merasa gagah bila ada tenaga
Merasa bangga bila kaya
Terpesona bila berilmu
Berbunga hati bila cantik
Dengan ini semua
Boleh membendung sakit?
Boleh elak fitnah yang tiba?
Boleh sekat masa tua?
Boleh tolak berbagai masalah?
Boleh elak dari mati?
Jawablah sendiri!
Kerana masing-masing boleh jawab
Kerana itu semua
Adalah pengalaman yang terjadi
Di dalam kehidupan ini

24. DI HARI YAUMAL HISAB
Bila sampai Yaumal Hisab
Tidak ada seorang yang berkata
Semua bisu kelu belaka
Gementar seluruh badan
Bergelombang seluruh jiwa
Bak lautan samudera
Kecuali siapa yang diizinkan oleh Tuhan
Allah berfirman di waktu itu
Siapa berkuasa sekarang?
Bertambah lagi badan terketar
Jiwa bergelora
Tidak tentu hala
Lebih-lebih lagi kaisar-kaisar, raja-raja,
diktator-diktator dunia
Bertambah kecut perutnya
Tidak terangkat anak mata
Sedangkan di waktu yang sama
Matahari di ubun-ubun kepala
Ketatnya Mahsyar
Jarum jatuh tidak jelus ke tanah
Berpuluh-puluh tahun terbiar
Macam cacing kepanasan
Ingatlah hari yang akan terjadi ini
Wahai insan
Kita akan menempuhnya
Walau kita raja besar dunia
Apakah kita mahu lalai?


BAB 20 : WADAH HATI

Fizikal mengembara melalui wasilah atau alat
Akal menjelajah setelah melihat bendanya
lebih dahulu atau setelah ada tajuk dahulu
Roh mengembara tanpa sebarang alat
Ilmu yang didapati melalui saluran akal
terasa letih
Adakalanya terasa jemu
Tapi ilmu yang didapati mengikut saluran hati
Tidak jemu dan tidak letih
Bahkan terasa indah dan tenang
Rahsia hati orang yang bersih itu atau yang
diberi berkat
Kalau diceritakan kepada ulama lahiriah atau
ulama materialistik
Dia akan menolaknya atau akan membuat bermacammacam
tuduhan
Kerana mereka itu Allah beri hanya melihat dengan mata
sahaja
Tidak dengan hati
Makanan dan minuman makanan jasad
Ilmu dan pengalaman makanan akal
Iman makanan roh
Biasanya setiap yang dapat dinilai oleh mata
Lebih mudah dibuat
Daripada yang dapat dinilai oleh hati
Memikirkan kebaikan lebih mudah daripada membuat
kebaikan
Membuat dan menjiwai kebaikan lebih susah lagi
daripada itu
Jangan kaki sahaja yang mengembara
tapi hati tidak mengembara
jangan kaki sahaja yang berpijak di bumi
tapi fikiran tidak berpijak di bumi
Keseronokan nafsu selalunya
diakhiri dengan penderitaan dan penyesalan
Keseronokan jiwa membawa kebahagiaan
yang abadi
Membanyakkan sembahyang mudah
tapi menjiwai sembahyang amat susah sekali
Kebaikan yang ditegakkan
dengan beramai-ramai itu
dapat mengelakkan daripada rasa ujub
Bermesralah tapi jangan sampai mengada-ngada
Seriuslah tapi
bukan sampai bersifat keras dan sombong
Berani, takut dan malu
biarlah bertempat
agar kita pandai hidup
supaya hidup kita bernilai
Berlumba-lumba membuat kebaikan disuruh
tidak senang dengan orang yang membuat baik ditegah
tidak peka dengan orang yang membuat kebaikan
menunjukkan hati sudah mati
Berjiwa besar disuruh
membesarkan diri dilarang
membesarkan perut mematikan hati
Sakit badan menderita di dunia
sakit hati Neraka padahnya
Ramai orang sanggup berjuang
terhadap musuh lahirnya

Artikel ini adalah bagian dari buku Pendidikan Rapat Dengan Rohaniah Manusia  yang berisi buah fikiran dan ilham dari Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi

0 komentar:

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes